Wednesday, March 17, 2010

Sebarkan CD fatwa Prof Yusuf Al- Qaradawi

Di dalam ceramah perdana sempena ulang tahun kedua kerajaan Pakatan Rakyat Selangor baru-baru ini DS Anwar ada menyatakan akan menyebar CD rakaman fatwa Ketua Ulama Islam Sedunia, Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi selama 30 minit mengenai kes liwat beliau.

"Kita perlu sebarkan kepada orang Pas, PKR dan UMNO sekali, kerana kita tidak mahu mereka jatuh kepada kategori munafik dan fasik”.

“Dr Yusuf berkata kepada saya, tolong selamatkan mereka. Ini merupakan satu amanah, tolong sampaikan, dan sebarkan kepada semua," katanya.

Di dalam usaha-usaha menutup bangkai yang makin hari makin memekung ternyata DS Anwar Ibrahim menggunakan segala daya usaha, strategi, perhubungan antarabangsa, politiking, manupulasi fakta serta teknikal sistem perundangan dan apa sahaja termasuk mempengaruhi negara-negara kuasa besar untuk membela beliau sehinggalah memutar-belitkan fakta dan kenyataan ulama Islam tersohor.

Sesungguhnya rakyat Negara ini sedang menonton sandiwara badut terkenal ini dengan tanpa sedar beliau sedang menelanjangi sedikit demi sedikit oleh beliau sendiri.

Jika kita masih ingat dalam sekitar tahun 1999 dahulu semasa proses perbicaraan kes yang pertama dahulu badut ini menghentam secukupnya mantan PM ketika itu Tun Mahathir Mohammad.

Hari ini apabila berdepan dengan kes yang kedua, maka timbullah watak-watak lama yang dahulu menyokokong beliau bagai nak rak terbalik menghentam beliau secukupnya seperti Ruslan Kassim, Nallakarupan, Ezam Mohd Noor dll.

Malangnya yang menjadi mangsa sandiwara ini ialah rakyat yang cintakan perdamaian. Apabila berlaku gangguan keselamatan negara ini seperti berlaku tunjuk perasaan jalanan, gangguan kuasa luar di dalam sisitem perundangan negara, politik yang tidak stabil dan ekonomi yang tergugat maka berbagai pihak sedang mengambil kesempatan.

8 comments:

  1. Apa yang dikatakan oleh Yusuf Qaradawi semuanya benar. Tetapi pernyataan itu boleh berbentuk umum. Contohnya beliau bercakap tentang fitnah. Tidakkah Anwar juga memfitnah PN dan isterinya yang dikatakan membunuh Altantuya?

    Selain itu, benar kata Mummy, fakta sebenar kes tidak dinyatakan terlebih dahulu kepada Yusuf. Kes Anwar adalah tuduhan liwat atau rogol dimana yang diliwat atau yang dirogol membuat laporan. Ia sangat berbeza dengan kes 1998 yang lalu.

    ReplyDelete
  2. Setakat CD tak main le weei. Bawa Ulama tu kalu tidak buat press confrence online ( skg ni teknologi dah canggih ) baru real. Bodoh tul le Anwar ni. lebih lebih lagi orang bodoh dalam PAS.Tepi aku nak meludah ni
    Pttuuii

    ReplyDelete
  3. Kalau kita golongan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi, jangan cepat menjatuhkan hukum terhadap orang lain.

    ReplyDelete
  4. Tidak salah kiranya Anwar nak menggunakan CD Yusuf Qardawi untuk tujuan politiknya. Ini tidak berbeza dengan apa yang dibuat oleh pemerintah sekarang; dengan slogan merapu dan kempen membazir.

    ReplyDelete
  5. agaknya CD ni pun termasuk dalam klentong "we've got the numbers" kot.

    anak mami jarum

    ReplyDelete
  6. Masih ada lagi penyokong BN/UMNo yang buta hati perut yang masih mempercayai konspirasi liwat ini.

    Mana ada orang yang dipaksa liwat begitu riang kerana dapat publicity murah. Lagi pulak 3 orang doktor sahkan buntut saiful tak ada kesan di liwat. Tak masuk akal tapi penyokong BN/UMNo yang bangang ni masih percaya,

    ReplyDelete
  7. Negara Malaysia yang kucintai menuju kehancuran. Fitnah menjadi lumrah...Pemimpin munafik, fasik diangkat menjadi ketua.Kita (rakyat) yang menjadi mangsa...Slogan yang menjengkelkan, memualkan utk gula2 rakyat...Untuk Mummy teruskan tulis dedahkan ketamakkan org UMNO especially si dak tajul tu!

    ReplyDelete
  8. Salam buat semua,
    Kalau dah boring isu politik jengok le blog saya,insan OKU (blog seni insan autism).

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.