Wednesday, June 16, 2010

Her Excellency Datin Paduka Rosmah Mansor is the liability to His Excellency Datuk Seri Najib Tun Razak.


Pembongkaran aktivis jalanan MP Batu, Tian Chua berhubung dengan soalan beliau dalam Parlimen kepada PM tentang iklan dua muka warna-warni dalam New York Times April 16 ternyata membawa milage besar kepada PKR amnya dan aktivis jalanan Tian Chua khususnya.

Dalam jawapannya yang disiarkan dalam NST 16/6/2010 Najib berkata :
"I believe its cost to the government does not arise and this matter should be put to rest," he said in a written reply to Tian Chua (PKR-Batu).

Dalam bahasa lain beliau percaya ia tidak melibatkan kos kepada kerajaan dan perkara ini tidak harus dibangkitkan.

Pemerhati melihat ia mungkin tidak melibatkan kos kepada kerajaan tetapi ia melibatkan kos yang besar kepada kredibiliti, kewibawaan, pengaruh, integrity, air muka dan kejantanan kepimpinan DS Najib sendiri.

Di dalam Najib usaha membina suasana kemuncak kepimpinan beliau dalam masa yang sama juga seperti ada satu aura negative yang sedang meruntun perlahan-lahan meruntuhkan kewibawaan beliau. Yan g mendukacitakan aura ini berada di dalam keluarga beliau sendiri.

Hakikatnya disini ternyata mereka yang sanggup membayar untuk iklan mewah ini sangat strategis dan berpandangan jauh seperti Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew.

11 comments:

  1. nampaknya Datin Rosmah kembang terlalu gila publisiti dan glamour.Terkenang bagaimana Emiylda
    Marcos yang menjadi liabiality kepada Presiden Ferdinand Marcos.

    ReplyDelete
  2. Engkau ni mami tak habeh-habih hentam Ibu Mithali Rosmah. Tengok la kebaikannya sama.Suami isteri mestilah ada kasih sayang seperti kata Tom Jones Share that loving feeelinggggggggggggg.
    Poooooorahhhhhh....

    ReplyDelete
  3. Secara ikhlasingin saya buat teguran di sini yakni, ibu Rosmah masih terlalu awal untuk dianugerah apa-apa juga anugerah oleh masyarakat antarabangsa. Biarlah satu atau dua penggal YB DS Najib memerintah dahulu baru menerima anugerah apa-apa juga.
    Jika sekarang ini masih terlalu awal dan jasa masih belum terbukti, jika dianugerah juga ia lebih kepada kerja-kerja tidak ikhlas dan jujur. Lebih kepada diangkat-angkat julangnya di dalam bakul sendiri.

    ReplyDelete
  4. Saya khuatir isteri PM kita nanti disamakan dengan isteri Presiden Marcos, yang menyebabkan rakyat Filipina memberontak dan menghalau Marcos sekeluarga ke Hawaai. Mohon disimpangkan malaikat 44 perkara ini berlaku.
    Isteri PM Najib harus bijak menjadi isteri yang menyokong di belakang, bukan sebaliknya menjadi PM Pengarah, hingga menimbulkan meluat rakyat kepada telatahnya. Kepentingan negara mesti mengatasi kepentingan peribadi dan keluarga PM Najib.

    sri hartamas

    ReplyDelete
  5. Mahal tau mummy iklan2 lagu ni...makan puluh dan ratus ribu.Lebih baiklah duit tu belanjakan pada golongan pelajar miskin dan peniaga kecil yang berpotensi.
    Mummy bayangkan,hampir dua tahun barulah saya dapat bantuan smidec,itu pun separuh dari yg sepatutnya.Bukan tak bersyukur tapi TAK FAHAM.
    Punyalah ramai golongan yg susah dan patut dibantu-menunggu lama dan ada yg langsung tak mendapat bantuan walaupun layak.Bukankah lebih baik kerajaan back up golongan pelajar muda yg ber'otak' dan usahawan muda yg lebih serious mahu mengiklankan perniagaan berbanding membazir 'menjual muka'.Boh muka saya lagi baik,sekurang-kurangnya ori.Tidak mengandungi penambah perasa tiruan!


    Juliet,mummy menghentam dengan penuh kasih saying :))) tak seteruk hentaman pakcik tukar tiub n follower...siap bg gelaran 'suami najib' lagi.

    ReplyDelete
  6. Blogger Nia Sarah, apabila you menyentuh tentang SMIDEC aku pun menghadapi situasi yang sama.
    Proses kelulusan sebanyak RM50,000 memakan masa selama satu tahun. Ditolak kesana kemari seperti bola sepak piala dunia. Udah letih emak dan bapak aku mendahului wang gaji mereka untuk menampung modal kerja aku.
    Aku sudah tidak yakin dengan apa juga dasar kerajaan membantu usahawan muda seperti aku. Menteri cakap bagai nak rak dasar itu dan dsar ini tetapi bila ke bawah diperingkat implimentation hampehhhh.Pegawai yang ditugaskan nyombong dengan kuasa yang ada.
    Sekarang aku ingin lihat apa perubahan yang Najib nak lakukan di Malaysia ini.
    Jangan sampai dicapkan cakap tak serupa bikin.Mengutama isteri lebih dari rakyat baik aku dan generasi aku sokong parti lain.

    ReplyDelete
  7. Politik Malaysia ni dah makin tak dapat diduga, today you're in tomorrow you might be out...

    ReplyDelete
  8. "Buat baik berpada-pada , buat jangan sekali". Demikian peribahasa Melayu lama.

    Mungkin Datin Seri tiada niat buruk terhadap suaminya tetapi caranya bertindak membawa keburukan. Tak kisah di mana atau bagaimana ia berlaku.

    Jadi, cara yang paling baik ialah jangan buat. Populariti boleh datang dengan sendiri dan bila-bila masa sahaja.

    ReplyDelete
  9. Salam, apa korang buat pada negara nie macam rosmah buat taska permata negara. korang nie pandai kutuk jer lebih, dan kalau korang berani aku nak hantar pi palestin sana. ada berani kaa. myocate@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  10. pada cekla..
    maaf nak kata tapi mmg ROsmah adalah liabiliti kepada Najib.
    patutnya Datin rosmah kena lay low mcm datin siti hasmah bila Tun mahathir jadi PM dulu..

    ReplyDelete
  11. kalau benar cakap2 ada campur tangan politik umno olih Rosmah terhadap Najib ....maka malang bagi najib kerana episod Paklah akan berulang lagi,,,,,,,,Paklah terjun kerana MENANTU,,,,,,,,,Ambilah iktibar apa yg berlaku,,,,,,,,,,Orang Melayu hari ini bolih menilai setiap apa yg berlaku,,,,,,,,,,,,,,

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.