Tuesday, June 29, 2010

Anugerah kepada pencuci longkang.

P.Shanmugam berada di dalam longkang sedang mencuci saluran yang tersumbat

P.Shanmugam,54, sudah 28 tahun bekerja sebagai pencuci longkang dan rakannya S.Govindasamy, 53 sudah 31 tahun. Mereka bekerja dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Pengalaman sepanjang kerjaya mereka sebagai pencuci longkang termasuklah mengangkat bangkai binatang seperti babi yang mati di dalam sungai, berendam di dalam longkang yang penuh sampah sarap dan berkejaran dengan tikus-tikus di dalam terowong longkang untuk membuang sampah yang tersekat dan berbagai-bagai lagi kerja jijik yang tidak sanggup orang lain lakukan malah ada yang meloya dan termuntah apabila melihat dan menyebutnya.

Shanmugan dan rakan-rakannya sudah mangli dengan bau busuk. Deria bau hidung mereka mungkin sudah kematu dan busuk itu adalah wangi bagi mereka.

Mengenang jasa-jasa mereka “the unsung heroes” ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menganugerahkan pingat penghargaan dan wang tunai RM500 di dalam satu program "Cleaner Greener Penang" di Komtar semalam. Ia disampaikan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, En Lim Guan Eng.

“Saya rasa terharu dan tidak menyangka kerja saya selama ini dilihat oleh kerajaan. Walaupun kerja ini nampak kotor dan jijik tapi demi kebersihan dan keselesaan penduduk, kami perlu laksanakan tugas sebaik mungkin” kata P.Shanmugam.

Mungkin selama ini jasa mereka terlepas pandang oleh pemerintahan BN kerana asyik melihat jasa-jasa datuk-datuk, YB-YB dan golongan elitis sahaja sehingga terlepas pandang golongan bawahan seperti pencuci longkang, jamban dan parit.

12 comments:

  1. Akhirnya..jasa mereka dikenang jugak.

    ReplyDelete
  2. Yg baik harus dijadikan contoh teladan...

    ReplyDelete
  3. Sangat setuju mereka diberi ganjaran. Sepatutnya bukan setakat RM500 tapi RM10,000.

    ReplyDelete
  4. Mereka juga adalah pengundi yang setia. Ada ka Samy Veloo nampak mereka ini atau Samy asyik bikin wang.
    Inilah masyarakat India yang mesti diiktiraf jasa mereka.
    Kalau mereka tak cuci Samy punya rumah juga akan tengelam.
    MIC masih tak berubah.

    ReplyDelete
  5. Patut di contohi oleh UMNO.

    trinora

    ReplyDelete
  6. Pemberian ganjaran ini bagus dan boleh, malah, mesti dicontohi oleh pihak berkuasa yang lain.Misalnya, pekerja Alam Flora, IWK,mekanik kereta, buruh binaan, dan kerja seumpamanya. Lebih elok lagi, beri mereka, contohnya, PPT (Pingat Perkhidmatan Terpuji).
    Anugerah ini sangat bermakna kepada penerima kerana ia tidak dibeli, tidak seperti setengah penerima anugerah Datuk, Tan Sri, mesti membeli gelaran ini.

    sri hartamas

    ReplyDelete
  7. well done LGE.Please find more n provide fair gratuity to those 'unsung' heroes,ameen.

    ReplyDelete
  8. another political stunt by the CM.emm
    to elok jgk le.

    ReplyDelete
  9. 500 je?hampeh


    apala sgt 500 tu.aku korek idung pun dapat lebih

    ReplyDelete
  10. an inspirational story!
    saban hari, ada saja orang2 di ofis saya yang mengadu "bosanlah kerja ni!" atau "kalaulah aku dapat gaji lebih..." - tapi ada orang yang membuat kerja yang orang lain tak mau buat pun...dan terus melakukannya saban tahun.

    marilah kita sama-sama bersyukur dengan pekerjaan kita. apa2 pekerjaan yang halal, dibuat dengan hati yang ikhlas dan berdedikasi adalah satu kelebihan. work is a privilege.

    farha

    ReplyDelete
  11. Yang ini aku terasa malu dengan En.Lee Guan Eng......
    Harap2 Ikhlas....

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.