Saturday, June 12, 2010

Shafie Apdal tidak ada masa untuk politik Kedah


Suasana politik di Kedah sedikit tenang apabila buat pertama kalinya Ketua Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Shafie Apdal mengadakan pertemuan dengan ADUN-ADUN UMNO yang bukan Ketua Bahagian dan berjanji akan menyelesaikan beberapa isu berhubung peruntukan kepada rakyat dari Kerajaan Persekutuan.

Mengikut Datuk Syed Sobri, pertemuan khas ADUN bukan ketua bahagian dengan Mohd Shafie diadakan kali pertama sejak Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah itu mula memegang tampuk kepimpinan UMNO Kedah dua tahun lalu.

Mungkin selama ini Shapie Apdal terlupa atau sibuk dengan tugas-tugas sebagai Menteri Kabinet, naib presiden UMNO dan hal ehwal UMNO Sabah sehingga terabai ADUN-ADUN ini.

Beliau mungkin lebih asyik dan sibuk melayan Ketua UMNO Bahagian di Kedah sahaja kerana mereka merupakan watak-watak yang penting untuk memilih Naib Presiden, Timbalan Presiden atau Presiden UMNO dalam pemilihan yang akan datang.

Budaya kepimpinan UMNO yang menjahanamkan UMNO dalam PRU12 yang lepas ialah pemimpin-pemimpin ini hanya melayan dan mendengar gedembong watak-watak yang di sekeliling mereka sahaja.

Nampaknya Shafie Apdal masih tidak belajar dari tsunami politik yang lepas, “mengapa Shafie menunggu sehingga Datuk Syed Sobri nak keluar parti baru nak berjumpa mereka?”.

7 comments:

  1. Tebal juga rupanya dinding kotak pemimpin UMNO nie. Selagi dinding tak koyak, selagi itulah mereka masih berfikir dalam kotanya sendiri.

    agbr47: Amanat TPM tidak sampai kebawah.

    ReplyDelete
  2. MR,
    Ambo sokong dengan pendapat mu cuma ambo ingat kalau UMNO Kedah nak berubah pentadbiran kena diubah seratus peratus.Kikis keping-keping daki kotor di kulit mereka itu.
    Datuk Shafie harus berani mengubah, kalau tidak dia akan diubah.UMNO Kedah kecundang muka beliau juga terpalit lumpur busuk. Buktikan beliau berani, ambo sokong seratus peratus.

    Awang.

    ReplyDelete
  3. Susah mau cakap rambut sama hitam hati lain-lain,semua cita-cita mau jadi MB.
    Dalam keadaan sekarang baik diteruskan saja dengan kepimpinan Ustaz Azizan. Kebijaksanaan Ustaz terbukti Kedah aman dan tenang dan Ustaz pemimpin yang tidak berdendam.Ustaz tidak menyelak kedis-kudis buta UMNO yang dulu kerana ustaz tidak dendam kesumat. Hanya UMNO dok cari kesilapan ustaz dan membuat cerita yang bukan-bukan terhadap kepimpinan ustaz.
    SEKIAN, TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  4. SEbenarnya UMNO Kedah sudah tidak ada rohnya lagi kerana dipimpin orang luar.
    Jasad saja UMNO, rohnya kosong dan kulitnya saja isinya tiada.

    ReplyDelete
  5. kenapa sekian lama baru tehidu masaalah umno kedah.dah koyak rabak baru nak jahit.umno kedah ini banyak lagi masaalah.perjumpaan dengan adun bukan ketua bahagian pun hanyalah selasai perkara pinggiran.shafie afdal belum nampak lagi masaalah bahagian yg mampu diselesai oleh ketua bahagian yg cuba sembunyi bisul dan nanah dibahagian mereka.aku sendiri pun tak tahu siapakah penasihat pada shafie afdal mengenai umno kedah.agaknya dia percaya 500 peratus laporan ketua bahagian yg kelentong dia.

    ReplyDelete
  6. MR.minta Awang Dogo cerita sikit makna daki kotor yg ada dalam umno kedah.ramai yg tak paham dan kurang tahu.pemimpin umno kedah ni rupa nya banyak daki dan kudis buta.

    ReplyDelete
  7. ketua umno bahagian dikedah ini mereka sendiri pun tak tahu apa yg umno kedah sakit.......

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.