Berbagai kenyataan telah dibuat berhubung dengan penyertaan Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abdidin ke dalam arena politik. Kononnya beliau dijangka akan membawa bersama 100 orang lagi ulama muda menyertai UMNO.
Berikut adalah kenyataan terkini beliau yang disiar dalam blog beliau http://www.drmaza.com/ :
Bukan perkara baru alim ulama menyertai UMNO, dahulu seorang tokoh ulama muda Datuk Ustaz Firdaus Ismail bekas Imam Mesjid Negara pun diguling-garakkan oleh puak-puak UMNO Bahagian Permatang Pauh. Hari ini beliau langsung diam.
Semoga penyertaan tokoh ulama di dalam UMNO tidak dijadikan alat dan diletak sebagai pembaca doa semasa Perhimpunan Agong UMNO sahaja.
Berikut adalah kenyataan terkini beliau yang disiar dalam blog beliau http://www.drmaza.com/ :
Penyertaan Ke Dalam Parti PolitikApa juga keputusan yang bakal dibuat oleh beliau semua pihak harus menghormati beliau. Jika UMNO menjadi pilihan Dr Asri semua pihak di dalam UMNO harus memberi kerjasama dan ruang kepada Dr Asri agar beliau tidak dijadikan mangsa sepak terajang orang-orang UMNO yang lapar dan rakus kuasa.
Sehingga saat ini saya belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik. Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini.
Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan di adakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini.
Saya berdoa kepada Allah agar diberikan kebaikan untuk umat Islam dan para pendakwah Islam yang ikhlas.
- dr mohd asri zainul abidin.
Bukan perkara baru alim ulama menyertai UMNO, dahulu seorang tokoh ulama muda Datuk Ustaz Firdaus Ismail bekas Imam Mesjid Negara pun diguling-garakkan oleh puak-puak UMNO Bahagian Permatang Pauh. Hari ini beliau langsung diam.
Semoga penyertaan tokoh ulama di dalam UMNO tidak dijadikan alat dan diletak sebagai pembaca doa semasa Perhimpunan Agong UMNO sahaja.
Sebagai kawan,saya benar2 berharap,Dr.Asri tidak menyertai mana-mana parti.Sejarah membuktikan lebih banyak keburukan dari kebaikan.
ReplyDeleteBeliau masih muda dan juga manusia biasa,biarpun berstatus ulama...politik itu amat kotor!
MUmmy oooi,
ReplyDeleteini yang achi runsing...pakat-pakat pompuan dok mengaku kawan asri..mampui~!!!
Harap-harap Dr. Asri tidak jadi macam Us. Firdaus Ismail. Mula-mula nama naik memuncak, lepas tu jatuh pelan-pelan dan akhirnya senyap sepi. Begitulah agaknya nasib ulama dalam politik.
ReplyDeleteSalam Mummy! Untuk pengetahuan blogger-blogger Umno/Pro-Umno/Neutral Negeri Kedah Darul Aman. Isu "BN/Umno negeri Kedah buat kerja slow sangat". Tadi 21/06/2010 12:12PM saya ada berbual dengan Dato IR Nawawi Bin Ahmad, S/U Umno Negeri Kedah/ADUN Kuah, minta saya arrangekan satu perjumpaan dengan blogger-blogger BN Negeri Kedah bersama Umno/BN Negeri yang bakal diadakan di Langkawi. Saya minta Mummy tolong kumpulkan semua blogger yang Mummmy kenal dan boleh call/sms saya @ 0124553525 (Asri, Baling) atau email @ myocate@yahoo.com.my. Kerjasama Mummy dan para blogger kita semua amat saya harap-harapkan. Terima Kasih.
ReplyDeleteaku ingat dr asri fikirlah sedalamnya.aku takut dr asri jadi macam dato firdaus di ptg pauh dan dato dr masitah di baling.macam dugaan dan layanan tak baik yg depa terima.takut hilang maruah sebagai bekas mufti.
ReplyDeleteTidak salah Dr.Asri nak masuk politik tetapi line mana yg sepatutnya dipilih ulamak glamour yg dicaci atau ulama' tulin yg sentiasa dihormati & disanjungi.ulama'adalah insan yg dimuliakan oleh Allah dg ilmu keperibadiannya yg menepati ilmu yg dimiliki.ciri2 ulama suu menjual agama demi mdpt habuan,menyembunyi kebenaran,mendiamkan diri tatkala berdepan maksiat dan mungkar.
ReplyDeletetdk salah nak join pltk tetapi line mana sepatut dipilih.ulama'adalah insan yg dimuliakan oleh Allah dg ilmu dan kepribadiannya yg menepati ilmu yg dimiliki. mengkhianati ilmuyg dimiliki&menjual demi mendpt habuan ,menyembunyi kebenaran,mendiam diri tatkala berdepan masiat&mungkar sudah tentu mendapat kemurkaan Allah.
ReplyDeleteTuan Hj Sahar,
ReplyDeleteTakkan nak gelar musuh pula?Dah tentu kita berkawan dengan semua.Hanya politik yang mengundang musuh...agama tidak!
4 senawi kg pisang,
ReplyDeleteYa...saya sependapat.Insyallah,Dr.Asri akan fikir!Fikir!Fikir!Sedalamnya.
Tak sanggup melihat sahabat di sepak-terajang dek politik.
Mendoakan agar Dr Asri diberi hidayah utk join mereka yg terbaik
ReplyDelete