Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata beliau akan mengadakan perjumpaan pada peringkat Jawatankuasa Induk parti minggu depan bagi membincangkan langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah berkaitan ahli UMNO yang gagal dikesan.
Semua bahagian dan cawangan UMNO seluruh negara diarah melaksanakan program mengesan semula ahli parti seramai 302,117 orang yang ada dalam senarai keahlian UMNO tetapi tidak dapat dikesan status keahlian dan kedudukan mereka sekarang.
Hakikatnya bukan mereka hilang tetapi setiap kali berlaku pertandingan di dalam pertandingan perubatan jawatan dalam bahagian ada yang menang dan ada yang kalah. Yang menang, menang semua dan yang kalah, kalah kesemua. Yang menang membenam yang kalah dan yang kalah merajuk membawa diri. Biduk berlalu kiambang tak bertaut.Itulah hakikat yang berlaku di dalam UMNO, keahlian mereka semakin mengecil setiap kali berlaku perebutan kuasa.
Yang berkuasa di bahagian hanya “menjamu” penyokong-penyokong atau “hantu-hantu raya” mereka sahaja. Mereka bimbang yang kalah akan bangun semula dan menentang mereka. Mereka hanya dihiburkan dengan “pak pacak” dan “pak hangguk” atau “yes men” mereka sahaja.
Tidak hairanlah jumlah kehilangan ahli yang besar seramai 320,117 orang di dalam UMNO ini seperti “tips of the iceberg”. Aisberg ini akan cair sedikit demi sedikit jika sesuatu tindakan tidak di ambil.
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
yep
ReplyDeletesetuju. saya sebagai ahli UMNO temerloh akan juga keluar dari UMNO bersama sama rakan lain.
UMNO temerloh masih lagi tidur dgn nyenyak dan bila mesyuarat panggil KJ dan mana tah pak hangguk yang memang sial.
Kalau nak tengok ketua pemuda dan ketua bahagian yg tak sedar diri, datangla ke temerloh.
sebenarnya MR 302 ribu ahli umno itu ada.ada yg dah masuk pas/pkr/dan lone ranger atas pokok bukan atas pagar.puncanya perangai ketua bahagian yg menang berkata yang kalahlah wajib melutut pada yang yang menang.perkataan ini aku dengar sendiri dari seorang ketua bahagian yg menang direstoran dekat bangunan tunku.kekuatan umno bergantung pada ahli.kalau ahli pun dah tak dapat dikesan apakah selama ini yg dibuat oleh pemimpin umno bahagian.tak lain tak bukan syok sendiri.ini berlaku kerana proses penyingkiran secara halus dan terhormat demi keselesaan ketua bahagian.ketua bahagian wajib main peranan.bukan kerja presiden dan majlsi teringgi.ketua bahagian harus bertanggung sepenuhnya segala isu keahlian ditempat mereka.mereka banyak buat laporan palsu dan tipu.ketua cawangan pula antara penyumbang kekuatan umno yg semakin jadi kemetot.rakyat kampong jadi jelik dan bosan.bila pilihanraya pun perangai ego mereka ada juga.mesra rakyat tak ada.pakat-pakat tengoklah mana pergi ahli umno sebanyak itu.kalau masih syok sendiri alamat habislah.
ReplyDeleteBegitulah adanya.....Mana Ketua Pemuda UMno Bahgian?Apa yg mereka buat ?Dok cari duit ajelah...mencari kekayaan,mana ada masa nak menambah bilangan ahli, mereka ini sibuk memanjang ,dgn projek ,masing2.....kepada ahli2 UMno jgnlah lantik ahli2 Keparat yg hanya tahu menabur duit masa pemilihan nanti cukuplah nasib melayu masa ini
ReplyDeleteClorocBleach
KALAU BEGINI PUNYA CERITA ALAMATNYA UMNO DIAMBANG SENJA..OK LAH SELAMAT MALAM.MIMPILAH APA YG PATUT PADAN.BYE....
ReplyDelete