Cadangan UMNO dan PAS supaya bersatu ternyata menghadapi laluan yang sukar dan hampir-hampir mustahil. Dolak-dalik PAS dengan mengenakan berbagai syarat kepada UMNO adalah seperti menghantar pinangan Puteri Gunung Ledang.
UMNO harus melupakan terus cadangan ini dan berusaha dengan penuh iltizam untuk merubah UMNO dari dalam. Najib harus mengunapakai pendekatan “The Blue Ocean Strategy” seperti yang dibacanya,”Make your competitors irrelevant”.
UMNO harus menguatkan kekuatan dalaman dengan lebih giat menjuarai pendekatan Islam di dalam parti mereka. Mengapa dibiarkan PAS sahaja memonopoli jenama Islam. Apakah UMNO sudah ketandusan ulamak dan tidak dilihat oleh rakyat memperjuangkan Islam?
Hakikat yang sebenarnya seperti yang umum mengetahui bahawa UMNO sudah menyimpang jauh dari perjuangan untuk Melayu dan Islam. Rakyat melihat UMNO parti yang elitis, mewah, boros dan penuh perebutan kuasa. Sejak tsunami politik PRU12 2008 yang lepas sehingga hari ini, UMNOmasih tidak berubah masih dilihat terkial-kial konon untuk membuat perubahan tetapi tidak menjadi.
Rakyat melihat kayu pengukurnya ialah dinegeri-negeri yang mereka kalah. Masih bercelaru dan bercempera sesama mereka.
Apabila mereka gagal berubah kini mereka bercadang untuk bersatu dengan PAS. PAS terus merasa bongkak dan UMNO seperti “Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong”.
UMNO harus menguatkan biro agama Islam dengan diluaskan menjadi satu sayap yang penting di dalam UMNO. Lupakan PAS.
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
salam.....
ReplyDeleteberilah peranan yg lebih besar kepada
ahli-ahli 'iman muda atau ulamak muda'yg baru masuk UMNO tu...merancang hala tuju bagaimana
nak terapkan Islam dalam polisi negara...
dalam isu arak dan judi...mereka pasti
ada pandangan bernas yg boleh difikirkan bersama.
Salam.Untuk memperlihatkan UMNO benar benar berubah,perkara yang utama adalah membersihkan pemimpin pemimpin yang rasuah atau yang kelihatan tidak bersih.Masukkan mereka ke dalam penjara kerana mereka adalah perompak rakyat.Jika UMNO tidak berani bertindak begini bagaimana rakyat akan mempercayai UMNO semula?
ReplyDeletejangan salah kan dato najib sahaja.yang salah ini kumpulan yang keras kepala degil serta bodoh sombong.cari dulu sebab apa orang sokong pas.adakah pas itu islam.jawapnya tidak pun.pas itu bagus pun tidak juga.orang lari kerana imej umno sendiri.pas dapat penyokong kerana imej umno yg kurang meyerlah dikaca mata orang lain.terutamanya rasuah politik wang,kroni,suka ego,tak ikhlas,sombong dan sebagainya.umno tak perlu melutut pada pas.jadikan umno parti yang bersih.pemimpin berjiwa islam,tol;ak ansur dan tidak pentingkan diri.INSYA ALLAH umno akan mantap.pemimpin korup dan tak amanah mengikut lunas islam jangan beri tempat dan ruang pada mereka.umno yg membawa kemajuan dalam semua bidang serta melahirkan insan berilmu.jadi rakyat hasil pelaburan umno itulah yg menilai kembali kerja buat umno.umno tak berdosa .yang berdosa pemimpin pedukang.umno kuat pas akan lemah nanti.pastikan umno bersih dari segala kemungkaran.jangan jadi macam pas yang jual maruah agama islam.
ReplyDeletesgt setuju. tp UMNO maseh degil nmpaknye maseh lg terlihat sebagai parti yg korup. Dato najib kne bertndak cpt..
ReplyDeleteApa salahnya kita lihat pula bagai mana muka puak2 Pemimpin UMNO jadi pembangkang selepas PRU 13 nanti.
ReplyDeleteWalaupun aku merupakan penyokong kuat UMNO dari zaman Tengku Abd. Rahman lagi, tetapi entah mengapa dengan sikap Pemimpin2 UMNO tanpa kecuali Presdin nya aku dah mula rasa Meluat dan benci melihat telatah mereka....
Dulu aku takut sekiranya apa2 berlaku kepada UMNO, tapi sekarang aku tak kisah, biarlah nak telungkup ke apa ke lantaklah...
Ahli UMNO yang kecewa..
aku pun terfikif juga dgn ahli umno kecewa.aPA jadi pada puak umno kalau ditakdirkan jadi pembangkang pada pru13 nanti.ramailah puak opurtunis akan beralih angin dan berpaling tadah nanti.
ReplyDeleteaku pun terfikif juga dgn ahli umno kecewa.aPA jadi pada puak umno kalau ditakdirkan jadi pembangkang pada pru13 nanti.ramailah puak opurtunis akan beralih angin dan berpaling tadah nanti.
ReplyDeleteorghang umno kata
ReplyDeletebetui tu,lupakan saja,selagi kita nak ajak selagi tu lepa eksyen padahai lepa tau lepa pon tak terha manapon,Pemimpin umno perlu lah bersatu dulu baru cerita ,di bawah ni sedia memangkah bn
setuju
ReplyDeletehttp://sa-melayu.blogspot.com/