Akhbar “Penyebar Fikiran Rakyat”, Utusan Malaysia dalam Sisipan Mega bertarikh 26/7/2010 mukasurat 30 telah memaparkan visual artis AF3 Marsha Londoh dengan posing yang sungguh bernafsu dengan baju yang hampir terlondeh.
Hakikatnya sesiapa juga yang melihatnya bukan sahaja terbeliak biji mata tetapi pasti bersyahwat atau istilah remaja hari ini "steam" baik di kalangan remaja, duda, suami-suami, pelajar sekolah, pak lebai dan pak haji. Paling tidak pun akan mengundang berbagai tafsiran liar di dalam kotak minda masing-masing. Mungkin hanya mereka yang tebal iman tidak akan mudah terusik nafsu syahwat mereka.
Apapun masyarakat Malaysia hari ini sedang berperang sengit melawan penzinaan di kalangan remaja Melayu untuk membendung berleluasanya pembuangan anak-anak luar nikah.
Seharusnya apa juga gambar-gambar dan bahan-bahan lucah yang boleh mengundang bangkitnya nafsu syahwat dikawal dan diharamkan sama sekali dari disiarkan dalam akhbar dan TV. Mencegah adalah lebih baik dari merawat.
Utusan harus merealisasikan kempen “Kami Prihatin” yang mereka laung-laungkan di dalam akhbar mereka. Mereka harus prihatin untuk tidak bersubahat menggagalkan kempen ini dengan memaparkan gambar-gambar tidak senonoh kerana ia juga bertentangan dengan slogan mereka “Penyebar Fikiran Rakyat”.
Gambar-gambar sebegini tidak harus dijadikan bahan yang sebenar untuk disebarkan dalam fikiran rakyat.
P/s - Salam sayang kepada Ketua Pengarang Utusan, Datuk Aziz Ishak.
majalah mangga adalah berkali kali lagi teruk dari gambar diatas.. Dikatakan sebagai majalah playboy halal di malaysia, menampilkan artis2 yang sentiasa basah berada di kolam renang dan berpakaian seksi.
ReplyDeletesalah siapa?
Syer Argh,
ReplyDeleteTerima kasih.
mr.itulah ciri-ciri negara islam dimalaysia.
ReplyDeleteMummy pun boleh tahan gak, pakai singlet seksi gitu.
ReplyDeleteMummy ketinggalan zaman. Gambar camtu tak menarik perhatian remaja dah. Dalam Internet melambak gambar bogel dan video lucah yg boleh ditonton secara percuma oleh mereka, siap dgn bunyi sekali. Malangnya, bila ada cadangan untuk sekat gambar dan video lucah dlm Internet, ramai yg heboh bantah kerana katanya kebebasan Internet tak boleh disekat. Mummy termasuk geng ni ke?
ReplyDeleteWanita akan selalunya merelakan diperlakukan demikian..Akalnya satu nafsunya 9..
ReplyDeleteMR..I setuju dengan apa yang you cakapkan..kelakar sikit tapi memang yea! Apalah diaorang ni..teruk betul!
ReplyDeleteheheh,,pendedahan yang menarik.....masha pun menarik juga pendedahannya....biasa lah......mengumpan,,,,kut ada yg mengorat bawa jet pejuang pulak,,,,
ReplyDeleteBaju Marsha bukan terlondeh. Tengok betul betul. Fesyen baju tu hanya menampakkan sebelah bahunya. Kadang kadang aksi perempuan berkemban yang menampakkan kedua dua bahunya dalam drama Melayu lagi teruk.
ReplyDeleteMummy, carilah isu isu yang lebih mencabar bukan isu remeh temeh.
hahahaha lawak2 gambar dedah2 mcm ni halal je jualanya, tapi komik "1funny malaysia" di haramkan atas alasan "mengancam ketenteraman awam" alasan mcm kartun juga, dan pengeluaran surat khabar pembangkang di kekang takan dah takut kot ura2 PRU13 nak dekat, now terimalah musibah gambar londeh yang menyebabkan puan rokiah pun cemburu kan wakakakakaka...
ReplyDelete-mak tak rela u-
Salams
ReplyDeleteDato Aziz Ishak minat kat masha kot!
....wawa
Kalau zaman dulu, tak sah wanita Melayu jika tak berbaju kurung atau kebaya. Kalau boleh diselitkan bunga di telinga lagi cantik, manis dengan sopan-santun.
ReplyDeleteZaman sekarang tak sah perempuan Melayu kalau tidak berbogel untuk tontonan sedara-mara, tak sah jika tak berzina, buang anak, tak sah jika tak minum arak, ambil dadah, jadi bohsia.
OWH MELAYU KU, KEBODOHAN MASIH KEKAL.
Bukankah ada garis panduan dan penapisan. Atau dah tak diguna pakai lagi?
ReplyDeletealaha..ni pun nak jadi isu,
ReplyDeletedah memang pompuan sekarang suka camtu,bagi aku maruah pompuan sekarang nilainya cuma sekupang.
kalu nk tengok yg lebih pun ada,tak heran dah semua tu.
sedangkan mr sendiri pun letak gambar camtu..sebelum nak kata orang,perbetul kekurangan diri dulu.
aku cabar mr tukar pict dengan yg lebih sopan.
pict wanita muslimah yg dituntut olih agama kita.
amacam????ada berani ker>>...
salam,
ReplyDeleteapasal segala perbuatan buruk orang persaorangan disalahkan kerajaan plak? ramai orang melayu islam kita ni jika perkara baik yg kerajaan buat takmo dituruti. kempen2 kerajaan untuk mengimarahkan ajaran islam, kemanusiaan, alam sekitar, jimat cermat, kebersihan & segala amalan murni yg disyorkan agama selalunya diketepikan begitu saja, sebaliknya ramai yg suka melakukan bencana terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat & negara. sebenarnya, iman tidak diwarisi. kuatkanlah pegangan & jatidiri, jangan jadi kacang lupakan kulit... jgn suka menyalahkan pihak lain, diri sendiri tidak bersalah kah? tepuk dada,tanya iman, kental atau tidak? malaikat di kiri kanan sentiasa mencatat..
Salam, Media itu umpama pisau sekiranya di salah guna pasti melukakan diri..if digunakan dengan berhikmah pasti byk memberi manfaat kepada kita insyaallah..sy sudah follow blog saudara/i..hope follow sy balik...mayb di masa hadapan kita blet bertukar2 pikiran..
ReplyDeleteTerima Kasih