Saturday, July 31, 2010

Thaek Jho Low & Paris Hilton VS Rizal Ashram & Fasha Sanda

Selama dua hari berturut-turut akhbar The Star 29 dan 30 July 2010, memaparkan kisah menarik dan latar belakang jutawan muda Cina Thaek Jho Lo. Beliau bukannya anak bekas mana-mana pemimpin politik atau menteri kabinet. Jho Lo, 28 tahun ialah anak seorang tokoh koporat Pulau Pinang Datuk Jarry Low pengasas MWE Bhd.

Beliau mendapat pendidikan awal dari Sekolah Rendah Chun Ling, Pulau Pinang dan telah bergelar jutawan ketika berumur 20 tahun dan masih menuntut di Wharton School of Business, Univ of Pennsylvania, Philadelphia (2000-2005).

Selama ini tidak ramai yang mengenali beliau hanya apabila didedah New York Post http://www.nypost.com/p/news/local/item_Fu1amZaRx9MOMsr9HCIOzK baru masyarakat ingin tahu siapa budak ini.

Melalui wawancara dengan beliau itu ternyata Jho Low bukan calang-calang “busisnessman”. Kontek dan rakankongsi beliau yang kuat khasnya dengan anak-anak tokoh perniagaan terkemuka timur tengah bukan sahaja telah membawa pelaburan ke Malaysia tetapi telah mencapai ke peringkat global.

Rupa-rupanya Jho Low bukan berjoli katak dengan Paris Hilton seperti yang dilapurkan New York Post,. Perhubungan beliau dengan Jamie Foxx, Leonardo di Caprio, Usher dan lain-lain tetapi semuanya itu adalah pelaburan baginya untuk membawa mereka mengenali Malaysia dan meletakkan Malaysia di mata Hollywood.

Seperti posting MR 30/6/2010 yang lepas, itulah bezanya jutawan muda Melayu seperti anak bekas MB Perak yang mengorat artis tempatan Farsha Sanda dengan helicopter dan berjoli dengan bermodalkan kekayaan bapa semasa menjadi MB tetapi lain dengan anak muda Cina Thaek Jho Lo yang juga- berfoya-foya dengan artis besar Hollywwod tetapi membawa pelaburan yang besar kepada negara ini.

p/s Terima kasih Datuk Wong Chun Wai, The Star.

2 comments:

  1. Biasalah tu..kan orang Melayu kan suka action...

    ReplyDelete
  2. ada ke billionaire lain partying tahap gaban macam taik jholow ni utk business...akai ada ka. Apa business sebenar dia...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.