Friday, July 23, 2010

David Teoh penerbit filem sampah

(Filem misi besar seperti Hati Malaya gagal meraih "boxoffice")

Apa kelebihan dan kelayakan usahawan filem David Teoh sehingga beliau berjaya memikat hati DS DR Rais Yatim, Menteri KPKK dan KSU KPKK untuk dilantik menduduki jawatan penting sebagai Ahli Lembaga Pengarah Finas telah menimbulkan kemusykilan.

Kalau setakat berjaya menerbitkan filem boxoffice Melayu yang meraih jutaan ringgit itu tidak harus diambil sebagai kriteria dan kelayakan utama kerana semua filem-filem David Teoh banyak memaparkan kebodohan, kelemahan, tahyul, khurafat dan syirik di kalangan orang Melayu.

Tidak ada satu pun filem David Teoh yang berjaya merubah minda atau membawa misi besar seperti perpaduan kaum Cina dan Melayu dalam negara ini. Ahmad Idham hanyalah Melayu suruhan atau “fronting” David Teoh sahaja. Filem-filem hasil David Teoh hanyalah kosong, sampah dan bermatlamatkan untung semata-mata.

Jika kriteria boxoffice diambilkira sebagai kelayakan untuk menduduki ALP Finas atau KP Finas ternyata pengarah-pengarah dan penerbit Melayu akan tinggal corot ke belakang kerana banyak penerbitan mereka membawa misi, mesej dan agenda Melayu yang memang sukar meraih keuntungan dari jualan tiket.

David Teoh dikira lebih layak menjadi “industry player” daripada diangkat menjadi “policy maker” kerana FINAS membawa misi nasional. Biarkan David Teoh berjaya menjadi seperti Sir Run Me Shaw, usahawan filem Shaw Bros semasa kegemilangan filem Melayu jalan Ampas dahulu.

21 comments:

  1. saya pernah tetengok david teoh ada komen bila ditanya mana lagi penting antara kualiti filem atau jualan tiket...jawapan dia "jualan tiket"

    dari jawapan yang ringkas tu kita dah tahu pemikiran dia filem adalah medium untuk mencari keuntungan, bukan menyampaikan mesej mahupun mengembangkan minda masyarakat

    sejak dari filem2 dia yang lama lagi saya da haramkan diri saya dari tengok filem2 terbitan david teoh

    antara pengarah malaysia yang pada saya filem mereka berjaya buat saya berfikir adalah seperti shuhaimi baba, allahyarhamah yasmin ahmad, afdlin shauki serta mamat khalid

    yang lain...masuk panggung, gelak2, keluar panggung, kosong...tak menjana pemikiran

    ReplyDelete
  2. apalah susah sangat, benda mcm ni senang je, wake up mommy wake up! bila ada permintaan baru la ada pengeluaran, itukan teori perdagangan tingkatan 4, so di sini david teo hanyalah cukong yang tahu kehendak pelanggan, kenapa nak salahkan dia, majoriti melayu yang nak tgk filem2 mcm dia buat, so dia bgi la kita tonton filem2 yang mcm tu, orng berniaga takan nak rugi mommy, takan filem patriotik yang mcm syok sendiri diorang nak tengok, tak cool la, apa kelas 1957 bla bla dgn saving private ryan kan..jadi puncanya adalah mentaliti melayu itu sendiri lah, kalau dah mata nak tgk filem mcm david teo yang bole mencecah kutipan juta2 siapa boleh buka pawagam dia sendiri pula tu MBO walaupun kecil tapi itu menunjukan dia tahu kehendak melayu dan dia sememangnya telah berjaya dalm bisness dia so kita yang melayu hanya tahu meluahkan perasaan kecewa kita kat sini betul!

    ReplyDelete
  3. puan, syarikat yang mengeluarkan filem mesti bersandarkan "market driven"(dengan izin), yang disukai para penonton. kalau hanya,mengeluarkan filem atas dasar seni, moral,yang mencabar minda dan sebagainya tetapi tidak "generate revenue"= "profitability" berapa lama syarikat boleh bertahan. Tiada untung= syarikat lingkup. yang berkerja dalam syarikat tersebut "out-of-job". puan, saya bukan minat sangat filem2 Melayu yang banyak " box-office", tapi setakat hiburan ya, mencabar minda- lansung tiada. Tapi, filem2 ni laku ni yang diminati. Yang jadi mangsa ? Penerbit2 n pengarah2 filem2 yang berkalber n berkualiti tinggi mencabar minda masyarakat "cannot meet end need" menanggung kerugian... "just no market for it". mereka2 yang ada kuasa n "effect policies" perlu secara serious fikir cara2 untuk membantu n sediakan venue bagi talent2 berkaliber ini tidak hilang begitu saja... dan amat tidak munasabah meletakan mereka yang berkepentingan on board as directors yang jelas ada conflict of interests. sekian [p/s: maafkan saya puan bahasa campur aduk. pandangan saya peribadi]

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dengan artikel kamu ni....Ahmad Idham memang kena cucuk hidung...ni sorang lagi melayu liberal yang tak "kenal" bangsa sendiri lagi.

    ReplyDelete
  5. DIA PERAMPAS WANG MELAYU , PERIOK NASI MELAYU
    MUSYKIL DIA NI DAPT DUIT MANA , PEJABAT DIUSJ , HABIS JUTA2 TAKLE APE HAL,,,CEK SELIDIK MANA APEK I DAPAT DUIT
    BUKAN SEMUA CINA BETUL,,,MELAYU TENGOK ORG ADA DUIT KABUR,,LUPA NAK PIKIR DTG MANA
    CAKAP LAGAK DAPAT DIALOG DGN AKU BINGAI APEK NI -DAVID LU PO HOW
    LU MA FAN

    ReplyDelete
  6. Filem Melayu tetapi Cina yang jadi BOSS.Tak de melayu ke boleh jadi KETUA FINAS...Melayu oh Melayu ?

    ReplyDelete
  7. Puan,
    Berapa ekor film industry player terdapat di negara kita? Saya tidak nafi ramai orang kita keleuar film tetapi ramai gulung tikar kerana filem-filem mereka tidak diminati penonton terutama orang muda. Buat apa keluar filem tidak ada penonton sungguh puyn filem itu banyak teladan dan berjiwa waja.
    Kalau nak filem patriotisma suruh saja Film Negara terbitkan. Film Negara guna duit rakyat rugi pun ok tidaak perlu baayr hutang bank. Kalau pawagam swasta tak tayang, RTM boleh tolong siarkan.Mummy oooooi industri film adalah satu perniagaan berisiko tinggi, siapa mahu rugi dalam perniagaan? Yang penting jika jaangan banyak sangat berpolitik.

    Peminat film Bollywood

    ReplyDelete
  8. orang melayu yg bodoh kenapa marahkan dia, dia buat orang melayu buang duit engko nak salah kan dia salahkan orang yg banyak jadi kayu dlm segala lapangan politik, ekonomi dsb nya yg jual bangsa ugama semua orang melayu..kah...kah bye

    ReplyDelete
  9. puan,

    seni filem merupakan suatu yg sgt subjektif dan ia bergantung kepada objektif pembuat filem. david teoh ternyata bikin filem utk menghibur dan mengambil untong. modus yg sama dgn pembikin2 filem hollywood. keberkesanan penyampaian juga bersift subjektif. kebanyakan para penonton wayang mahu berhibur berbaloi dgn harga tiket dan bertih jagung.bukan mahu berfikir yg susah2 di dalam pawagam. terpulang lah kpd kita menentukan kehebatan sesebuah filem. pungutan tiket atau nilai seni.

    salam,

    ReplyDelete
  10. david Teoh, Ahmad Idham=kroni Rais Yatim dan KSUnya Kamarudin. Bijakkah mengambil dua orang dari Metrowealth menjadi ahli lembaga FINAS? Apa yang Ketua Pengarah FINAS buat? mulut kena zip ke? Atau ocok orang lain suruh bantah pelantikan si-cukong dan pecacainya? KP FINAS kena resign tunjukkan bantahannya kepada kedangkalan pemikiran Menteri dan KSU.

    sri hartamas

    ReplyDelete
  11. Seniman Sudah LapokJuly 24, 2010 at 3:09 PM

    Salam bloggers,
    Saya ingin lebih terbuka untuk melihat perkara ini dimana yang sebenarnya FINAS telah gagal bermain peranannya.
    FINAS harus lebih terbuka dan belajar dari negara-negara yang maju.
    Lihat seperti Iran di mana kita ingatkan mereka ketinggalan di dalam industri filem tetapi ternyata mereka kehadapan. Begitu juga Thailand.
    FINAS tidak boleh mengambil jalan pintas dengan meletakan karyawan jangka pendek seperti David Teoh menguasai FINAS yang tidak ada misi dan agenda nasional hanya misi wang dalam poket sendiri.
    Manakala agenda FINAS lebih dari itu.

    FULLSTOP.

    ReplyDelete
  12. Terus terang aku cakap UMNO memang takut dgn China Malaysia. Sebab apa aku cakap lagutu bila setiap kali ada motobasi diri mesti nyanyi lagu patriotik . Ntah apa2 ntah ..di Malaysia ni komunis dah takde ..ntah apa yang ditakutkan aku pun tak tahu. Bantailah kalian kalau tak paham apa yang aku cakap.

    ReplyDelete
  13. SALAM MR..YANG KURANG CERDIK TU MELAYU.YANG BUAT DUIT ORANG LAIN.YANG BUANG DUIT MELAYU.LEPAS ITU KOMPLEN DAN KECEWA.APAKAH KALAU TAK ADA FILEM MELAYU MATIKAH ORANG MELAYU.KITA YANG SILAP BANYAK MELETAKAN HIBURAN BERLEBIHAN DARI BENDA YANG LAIN.KEMUDIAN SEGALA PENYAKIT SOSIAL YG BERPUNCA DARI PENGARUH FILEM KITA MULA MELOMPAT.LAGI SEKALI MELAYU RUGI.YANG BUAT DUIT ORANG LAIN.KERAJAAN DAN FINAS PUN CAKAP LANGSUNG TAK SERUPA BIKIN.ORANG MELAYU LAH YANG MENJADI JAGUH HEBAT PENONTON SETIA SANDIWARA DUNIA HARI INI.ORANG LAIN BERFIKIR MACAMANA NAK LAHIRKAN PENONTON SETIA UNTUK MELAYU.RUGI LAGI LAH MIM LAM ALIF YA WAW.

    ReplyDelete
  14. semua ni salah menteri kerana lantik industry player jadi ALF kononnya atas alasan beri pengecualian. di dalam akta finas jelas tidak dibolehkan, menteri sendiri langgar undang-undang,siapa berani tegur? itulah akibatnya sekarang sudah kelang kabut. ALF patut dipulehkan seperti dulu iaitu bukan penglibat filem tetapi pakar/minat dlm perfileman yang tidak berkepentingan. Finas sebagai badan penggalak dan kawal selia filem juga jangan menerbit filem,bukankah ini tugas JFN sudah ada? Jika perlantikan ALF sudak bertentangan dengan akta, apa-apa dasar yg diputuskan menjadi null and void. saya cadangkan PFM dan Persatuan Pemamer bawa perkara ini ke mahkamah

    ReplyDelete
  15. David Teoh banyak menghasillkan filem-filem
    yang memperbodohkan dan merendahkan moral orang melayu sambil mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit.
    David Teoh ketawa sambil ke bank sementara orang Melayu menangis melihat kerosakan
    moral orang-orang muda yang biperbodohkan.

    ReplyDelete
  16. semuanya menjadi kacau kerana menteri salahguna kuasa.akta finas melarang dilantik org ada kepentingan dlm filem/hubungan keluarga penerbit filem krana Lembaga Finas adalah pembuat dasar. bahawa plantikan KP sekarang pun tidak sah kerana ada kaitan keluarga dgn persona pic. dan d.teo pula produser filem, mustafa maarof ada pro. house sendiri, bagitu juga ahmad idham, maonah pula grand brilliant dll. sebab itu bergaduh kerana masing-2 ada kepentingan.
    wahai menteri pulihkanlah finas sprt dulu dgn mematuhi undang-2 tubuhnya. jgn.lah kuasa menjadi 'the art of possible'. Finas juga mempunya kuasa mendakwa, bagaimana kalau syarikat filem ahli lembaga melanggar apa-2 peraturan, beranikah didakwa? suatu j.kuasa kecil terdiri dari penglibat filem boleh dibentuk sebagai penasihat kepada lembaga finas.

    ReplyDelete
  17. saya rasa prinsip buat filem untuk untung tu, memang betul. Mana ada pengarah/penerbit buat filem untuk rugi. Betul? Kalau buat filem untuk rugi, nak buat orang pening pikir maksud cerita, nak ada moral of story, nak ada unsur motivasi, mmg susah la. Kita pergi pawagam bukan nak dengar semua benda tu. Tapi nak release tension n segarkan otak dari pikir benda2 berat. Kita lemah dari situ ler sebenarnye. Cuba tgk filem2 luar... Aksi dipertontonkan memang tiptop...sbb ikut citarasa org...

    ReplyDelete
  18. jangan tengok kalau tak suka.dia apa heran kita tak suka tapi yang suka lebih daripada tak suka so mesti dia suka kan !dah spesis tuu..mesti lui lui lui

    ReplyDelete
  19. "Tetapi di sini bukan tempat manusia yang beradab untuk memaki-hamun, berkata dusta, berkata lucah dan berbahasa jijik.
    Seharusnya kita lebih malu pada diri kita sendiri kerana tidak beradab dan bersantun. Barang diingat yang lebih takut janganlah kepada manusia tetapi takutlah kepada Allah A'zzawajalla yang maha mengetahui, maha melihat, maha mendengar, yang tidak tidur dan yang tidak mati.
    Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut."
    Ada apa pada perkataan di atas kal0 rakyat negara sendiri pun nak dikutuk???
    belajar untuk praktikal. melayu takkan maju kal0 hanya tahu mengata tapi tak ada 0rang yang nam meniru... mana k0nsep in0vatif dan kreatif?? duduk mengutuk tak ada faedahnya, kal0 diri sendiri tak reti nak majukan bangsa...

    ReplyDelete
  20. Memang betul, buat filem untuk dapatkan untung. Filem yang baik tidak semestinya terlalu menghayati seni tetapi dihasilkan dari buah pemikiran yang tinggi dari para pembuatnya. Tidaklah walau filem itu bersifat lawak bodoh atau pandai, cinta meleleh atau seram ia pasti tidak akan dilabelkan sebagai sampah.

    Para pembikin filem perlu mempunyai maruah. Tidaklah seperti menjual makanan, siapa yang masak lebih sedap kedainya akan lebih laku. Mendapat untung berjuta seperti ini seolah melacurkan wadah perfileman itu sendiri yang tinggi taraf kedudukannya dalam lapangan seni. Ia wajar dikutuk. Selain dari beliau ini, yang lain-lain seangkatannya itu pun samalah juga.

    ReplyDelete
  21. sapa ada duit ini KL dia pegang.. (ayat simple tapi sila fahami dgn mendalam)

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.