Thursday, December 2, 2010

Kedah tuntut kembali Pulau Pinang, patut dibawa ke tribunal antarabangsa

Pic - NST
Tokoh Sejarahwan Kedah merangkap Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof mahu P. Pinang dikembalikan kepada Kedah yang merupakan pemilik asal sebelum perjanjian dengan British pada tahun 1786.

Menurut Datuk Wan Shamsudin, usaha itu lebih penting berbanding dengan menuntut bayaran royalti RM10,000 setahun dinaikkan.

"Setelah merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.

"Sultan Kedah ada hak terhadap Pulau Pinang dan bayaran royalti yang dibuat setiap tahun hingga kini menunjukkan bahawa Pulau Pinang masih kepunyaan negeri ini," katanya.

Beliau berkata, perjanjian pada 1786 yang dibuat dengan pihak Inggeris itu adalah disebabkan keperluan ekonomi dan pertahanan, kerana pada ketika itu Kedah diancam oleh pihak Siam.

Menyingkap Sejarah -  Syarikat Hindia Timur sedang mencari sebuah tempat yang sesuai di Selat Melaka untuk dijadikan pelabuhan persinggahan bagi kapal-kapalnya yang belayar jauh di antara India dan China. Mereka juga mencari sebuah pelabuhan yang dapat menggantikan Melaka, yang pada ketika itu merupakan sebuah jajahan Belanda, sebagai pusat perdagangan bagi Tanah Melayu. Justeru, Syarikat tersebut telah memilih Kedah sebagai pengkalan di perairan Tanah Melayu.


Pada tahun 1785, Syarikat ini telah mendapatkan persetujuan daripada Sultan Kedah di mana pihak Syarikat dibenarkan untuk menduduki Pulau Pinang dengan syarat mereka membayar sewa tahunan dan membantu menentang musuh-musuh Sultan terutamanya pihak Siam di utara dan pihak Bugis di Selangor. 

Kapten Francis Light telah dilantik Pesuruhjaya di Pulau Pinang apabila Syarikat Hindia Timur mengambil alih pulau itu secara rasmi pada 11 Ogos 1786. Pulau Pinang telah dijadikan sebagai jajahan takluk Benggala dan berada di bawah penguasaan Gabenor di Kalkatta. Tidak lama kemudian, Pulau Pinang telah menjadi sebuah pertempatan yang sibuk apabila pedagang-pedagang China dan India melihat kelebihannya untuk berhijrah ke sini kerana ia merupakan sebuah pelabuhan bebas dan tidak mengenakan cukai yang tinggi.

Jumlah penduduknya meningkat dari 1,000 orang pada tahun 1788 kepada 12,000 orang pada tahun 1804 waktu mana orang Melayu merupakan jumlah penduduk yang paling ramai diikuti dengan orang India dan orang China.

Cadangan yang dibuat oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah seharusnya dipandang sirius oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Kerajaan Kedah seharus mengambil initiatif ini untuk membawa tuntutan ini kepada tribunal antarabangsa agar Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah secara berdaulat.

SYABAS YBHG DATUK DR WAN SHAMSUDIN WAN MOHD YUSUF!

26 comments:

  1. Syarikat Hindia Timur ada lagi ke? Kalau tak ada batal aja pejajnjian tu kerana telah luput, ambil balik PP. a

    Jangan2 DAP tu cucu cicik Syarikat Hindia Timur kut......

    Tak ayah gi tribunal antarabangsa...

    ReplyDelete
  2. TIDAK SETUJU DIBAWA KEMANA2 KES INI.HAL DIDALAM UMAH KITA KITA MAU ORG TAKDA KENA MENGENA CAMPUR TANGAN KA?KITA SELESAI MENGIKUT CARA NEGARA KITA SENDIRILAH,ORG LUAR TIADA HAK MAU CAMPUR TANGAN.PP PATUT DIKEMBELIKAN KEPADA KEDAH WALAU APA HARGA SEKALIPUN...

    ReplyDelete
  3. Ni musti berunsurkan poliTAIK. Jgn lupa soal S'pore. Kasi buat siasatan kut-kut buleh tuntut pulau tu skali ngan pulau Batu Putih.


    Wakakakakaka........

    ReplyDelete
  4. kenapa harus campor tangan pihak ke3.
    selesaikan sendiri masaalah kita.
    syarikat hindia timur dah lama bungkus..
    kalau hong kong bolih dikembalikan kepada cina kenapa p.pinang tidak diserahkan semula kepada kedah.

    ReplyDelete
  5. Salam.....
    Sokong PP dikembalikan ke Kedah,supaya KM LGE tak boleh buat sesuka hati dia.

    Barulah PP ada Daulat Raja-Raja Melayu.

    Tapi....

    MB Kedah pulak SERBA TAK TAU.....

    Aapa pun tak pa lah, janji PRU 13 ni kita bagi yg serba tau la pulak.

    ReplyDelete
  6. Puan MR, perjanjian dah liput, PP sebahgian tanah Melayu, negeri berpayungkan Sultan berdaulat, apahal nak bawa ke-tribunal antarabangsa, DYMM Sultan Kedah berhak keatas PP.

    ReplyDelete
  7. mumuy since you buka gelangan tang hal ini, tolong buat research sikit tang pejanjian tu, bolih tarik balik tak? bagi dapig kecut sikit....

    ReplyDelete
  8. Setuju! Ya, ambil balik Penang, bagi kat Kedah, pastu ambil balik Singapore, halau people of sing. back to homeland, ambil tanah kepunyaan melayu yang terjual atau dijual kepada cina atau india, yang murtad melayu serah balik kepada melayu, yang mamak, pakistan, india, bangla, nepal balik negara memasing! Ini ketuanan melayu, jangan berani lawan... Dato Hishamuddin dah tunjuk keris pun x takut lg? ADA SETUJU? ADA BRAN? SOKONG KE'TUHAN'AN MELAYU! INGAT NEGARA 1MALAYSIA PUN BOLEH MAJU TANPA ALIENS!

    magua_putra@2000

    ReplyDelete
  9. Pulau Batu Puteh yang besar kelemboi pun khuyup.Ini kan pulau pinang.Buka tirai buka kelambu.Belum try belum tahu.Go ahead je le.jangan panas tahi orang sudahlah.Selamat maju jaya.

    ReplyDelete
  10. Just do it. Ambik balik PP secepat mungkin.

    ReplyDelete
  11. Mami Rockiah,
    Jika MB Ustaz Azizan berjaya mengembalikan Pulau Pinang kepada Kedah marilah kita sokong Ustaz Azizan selagi Matahari dan Bulan beredar memancar sinarnya.
    Amacam?

    ReplyDelete
  12. Kalau diikuti perjanjian di bawah perkara ini agak sukar bagi Kedah.

    Teks Perjanjian Inggeris dan Duli Yang Dipertuan. Ia merangkumi 14 Fasal.

    Berikut adalah Fasal 2 yang menyentuh penyerahan Pulau Pinang dan Seberang Perai.

    “Dalam tahun Hijrah Rasulullah SAW 1215, tahun Ha, hari Keduabelas Bulan Muharam, hari Rabu bersamaan dengan tanggal 6 Jun 1800; hari ini, tulisan menunjukkan bahawa Sir John Leit, Baronet, Leftenan – Gabenor Pulau Pinang, bagi pihak Inggeris, telah bersetuju dan memeterai persetiaan Persabahatan dan Perikatan dengan Duli Yang Dipertuan Raja Muda Perlis dan Kedah, dan semua pembesar negeri dan Ketua-Ketua daripada kedua-dua buah negeri, berpanjangan baik dari laut mahupun dari darat, selagi Matahari dan Bulan beredar dan memancarkan sinarnya. Fasal Perjanjian adalah seperti berikut :

    Fasal 2,
    Duli Yang Dipertuan bersetuju menyerahkan, selama-lamanya, semua jajahan pinggir laut iaitu dari KualaKerian ke Tebing Sungai Kuala Muda dan ukurannya dari tepi laut ke darat 60 relung: (satu relung sama dengan 6400 ela persegi atau kira-kira satu suku ekar, dan ukuran linear ialah 80 ela, punca kuasa dua 6400). Jarak keseluruhan yang disebut di atas hendaklah diukur oleh orang yang dilantik oleh Yang Dipertuan bersama-sama dengan orang Syarikat. Syarikat Inggeris akan melindungi jajahan pinggir laut daripada semua musuh, perompak dan lanun yang mungkin menyerang dari laut, baik dari sebelah utara mahupun dari sebelah selatan.

    What do you think Mami?

    ReplyDelete
  13. abes tu selama ini apa yg umno buat..hehehehehe

    ReplyDelete
  14. perjanjian dengan orang puteh dah elek, penang dalam malaya, ambek saja laaa.....

    kamal kedah

    ReplyDelete
  15. merbok times,

    british dah balek kampong, bagi negeri ni kat sapa?

    sapa ada kuasa la ni?

    penang dalam wilayah kedah pon, semua macam besa, cuma tak dak KETUA Menteri dan Gabenur ajaa.

    ada DO saja.

    ReplyDelete
  16. Betullah tu .Kedah patut ambil balik Pulau Pinang Melalui Majlis Raja-raja . Suruh Datuk Zizan habar kat guan eng dulu . Kalau tidak Pulau Pinang habis jadi Malaysian Chinese Island . Orang melayu Penang nampak dah lemah semangat nak duk di Penang .depa dok lari pi Kulim dengan Seberang Perai .

    ReplyDelete
  17. ambik balik penang...penang tu wilayah kedah...sebelum ambik balik..pasti kan rakyat penang yg nak jadi warga negeri kedah disemak semula....jangan jadi macam masa nak merdeka dulu..semua dibagi warganegara...tapis betoi betoi..mamak kami tak mau,,cina kami tak mau...melayu saja tau yang layak jadi rakyat kedah...

    ReplyDelete
  18. Saya berbangga dgn Pak Wan yg sungguh berani membongkar Sejarah Kedah yg sudah lama masyarakat Malaysia kita hari ini sudah dilupakan. Boleh dikatakan 95% rakyat Malaysia sudah buta-sejarah hasil dari KPI Sdr Anwar Ibrahim semasa menjawat Menteri Pelajaran (ditukar menjadi Pendidikan) dahulu.

    Saya mengesyorkan supaya kerajaan Ostat Azizan melantik peguam Kapral Singh atau peguam M Nanipa Maidin mewakili kerajaan Negeri Kedah menafikan Perjanjian DYMM Almarhum Sultan Abdullah ditandatangani oleh Tengku Shariff Muhamad, Tengku Alang Ibrahim dan Dato Penggawa Telebon (selaku wakil-wakil Sultan Kedah) vs the British East India Company diwakili oleh Capt. Francis Light (selaku wakil BEIC) di Fort Cornwallis, Pulau Pinang pada 1hb Mei, 1791.

    Keputusannya boleh dijangkakan akan kalah terus............sebab Nik Najis kata haram ambik dari rakan seperjuangan Islam ala Nik Najis atau PAS.

    SYABAS PAS dan rakan-rakan seperjuangan nya.

    ReplyDelete
  19. berrebut pulau pinang pula dahhhhhh.Kedah sedekah pada PAS....Biar jadi sejarah pula.

    ReplyDelete
  20. PERSATUAN SEJARAH TAK TAHU SEJARAH




    TAK SEDAR - MELAYU KENA TIPU?


    nota:
    bagaimana singapura jatuh
    pertama ke tangan british
    kemudian ke tangan lee kuan yew
    kenapa persatuan sejarah tak
    heboh dan tuntut kembali singapura ?



    PERSATUAN SEJARAH MAHU P. PINANG DIKEMBALIKAN KEPADA KEDAH – mStar

    Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah hari ini meminta pihak yang berkenaan mengambil tindakan agar Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah selaku pemilik asal sebelum perjanjian dengan British pada 1786.

    Pengerusinya, Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof berkata, usaha itu lebih penting berbanding menuntut bayaran royalti RM10,000 setahun dinaikkan.

    "Setelah merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.

    "Sultan Kedah ada hak terhadap Pulau Pinang dan bayaran royalti yang dibuat setiap tahun hingga kini menunjukkan bahawa Pulau Pinang masih kepunyaan negeri ini," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

    Beliau berkata, perjanjian pada 1786 yang dibuat dengan pihak Inggeris itu adalah disebabkan keperluan ekonomi dan pertahanan, kerana pada ketika itu Kedah diancam oleh pihak Siam.

    KAH KAH KAH
    KAH KAH KAH
    KAH KAH KAH

    woit…PERSATUAN SEJARAH CIPUT…. ILMU SEJARAH SETENGAH JALAN….kah kah kah…

    woit… KENAPA TAK MINTA DARI SIAM 4 WILAYAH SELATAN SIAM….. kah kah kah..

    kah kah kah… EMPAT WILAYAH HILANG KERANA ANGLO-THAI TREATY 1906…. kah kah kah..

    kah kah kah… KENAPA TAK AMBIL SINGAPURA… YANG HAK MUTLAK SEBAHAGIAN DARI TANAH MELAYU….. kah kah kah

    woit… SINGAPURA BUKAN RAFFLES YANG JUMPA PADA TAHUN 1918…. kah kah kah.

    kah kah kah… LONG JOYAH DAN SERI KANTAN SUDAH LAMA DUDUK DI SANA… kah kah kah..

    kah kah kah… KALAU AMBIL SINGAPURA INI BARU MEMBETULKAN SEJARAH…. kah kah kah

    woit… BUAT APA AMBIL PULAU PINANG… PULAU INI DAH ADA DALAM MALAYSIA…. kah kah akh

    woit…ATAU NAK AMBIL KERANA PULAU INI DI BAWAH KERAJAAN PAKARAN RAKYAT KE?... kah kah kah

    ReplyDelete
  21. kalau gitu, biarlah kita kembalikan kedah kepada Siam. Siam dulunya mentadbir Kedah.

    Wan Shamsudin boleh mula belajar bahasa Thai... 'sawadeeka' dan 'khapun khap'

    ReplyDelete
  22. Perkembangan menarik..cek amat setuju tuntutan dibuat..

    ReplyDelete
  23. masalah ini semua dpt diselesaikan kalau semua org islam yg ikut rukun iman dan islam bersatu..kalau dah bergabung takkan kita ja melayu yg mahu hidup kat sini..? ekonomi tak tahu nak jana..merempit berzina mengata mengumpat..fitnah..dengki..khianat tu la sifat melayu yg lupa akan kasih sayang nabi muhammad kat kita supaya ikut contoh mereka dizaman dahulu..semua melayu sibuk nak kaya..tanah dijual pastu lari pi seberang..penang cina beli pastu marah..dah pemalas..memang pemalas sebab tak bersatu..pantang ada kekayaan atau pangkat...berlagak .bongkak..konon jaga standard..tapi bila allah uji sikit dah goyang..penang atau kedah bukan isu..tapi rumah allah tak dak yg penuhkan..solat subuh perlu cam solat jumaat..baru kafir gentar..ini tidak..semua mimpi..mimpi..subuh kul 8...tak ada beza nak amik pp ni dari DAP..selagi bala Allah tak sampai selagi tu la melayu islam dan mamak islam ni akan lalai..nama ja islam..tapi yg benarnya Allah yg tahu..ekonomi pp cina dan mamak yg bagi maju..tapi ingat bila darurat mamak atau saudara islam yg lain akan bantu..jgn terlalu ikut perkauman sgt..apa yg nak bangga dgn melayu..ada nabi ka dari keturunan melayu..bangga dgn Islam yg allah bagi..bangsa tu ibarat pakaian luaran..dalaman yg penting..jgn dok jadi cam toyol dan bunian..asyik2 nak berkemiyan..pantang tgk org lain maju sikit mula nak cantas..tu la sebab utama melayu gagal..kerna ada hamba yg masih solat malam..sebab tu bala belum sampai kat Malaysia ni..Ingat tu..

    ReplyDelete
  24. Saya nak tanya siapa yang deraf Surat Perjanjian Pajakan "selagi ada bulan dan Matahari" ?
    Orang yang Deraf Perjanjian ini sangat bijak menipu . Mana ada Perjanjian semacam tu. Itu bukan Perjanjian itu Surat Untuk menipu namanya.
    Saya juga nak tanya siapa yang menjadi saksi-saksi Perjanjian itu. Mereka itu ada tandatangan kah?
    Ketika itu siapa yang nasihat Sultan untuk tandatangan ?
    Kalau boleh tulong Professor Anjung Datuk Shariff Abu Samah jawab.

    Prof Datuk Shariff telah membuat kenyataan berikut;
    1.Kedah tidak berhak tuntut Pulau Pinang.
    2. Wang yang diberi sebanyak RM10,000.00 itu adalah sebagai Wang Ehsan.

    Kenyataan yang dibuat itu adalah semata-mata pendapat peribadi Datuk sahaja.
    Sudahkah Datuk selam hati raayat Kedah/Pulau Pinang tentang hal Pajakan ini.
    Jangan ikut rentak Individu dalam Parti tertentu yang cuba memancing sesuatu untuk keuntungan. Sekurang-Kurangnya orang Politik ini boleh masuk bertanding dan menang dalam Pilihanraya PRU13 ini. Kalau menang dan ada nasib orang Politik ini akan diangkat oleh Najib jadi Menteri. Akhirnya akan jadi Governor Pulau Pinang. Inilah missi orang Kuat UMNO Kuala Kedah yang ada satu ketika dahulu syorkan Pulau Pinang patut jadikan Wilayah.

    Datuk Tahu tak orang ini hanya mengambil keseImpatan membodohkan Datuk . Sedarlah sedikit Datu.

    ReplyDelete
  25. Saya nak tanya siapa yang deraf Surat Perjanjian Pajakan "selagi ada bulan dan Matahari" ?
    Orang yang Deraf Perjanjian ini sangat bijak menipu . Mana ada Perjanjian semacam tu. Itu bukan Perjanjian itu Surat Untuk menipu namanya.
    Saya juga nak tanya siapa yang menjadi saksi-saksi Perjanjian itu. Mereka itu ada tandatangan kah?
    Ketika itu siapa yang nasihat Sultan untuk tandatangan ?
    Kalau boleh tulong Professor Anjung Datuk Shariff Abu Samah jawab.

    Prof Datuk Shariff telah membuat kenyataan berikut;
    1.Kedah tidak berhak tuntut Pulau Pinang.
    2. Wang yang diberi sebanyak RM10,000.00 itu adalah sebagai Wang Ehsan.

    Kenyataan yang dibuat itu adalah semata-mata pendapat peribadi Datuk sahaja.
    Sudahkah Datuk selam hati raayat Kedah/Pulau Pinang tentang hal Pajakan ini.
    Jangan ikut rentak Individu dalam Parti tertentu yang cuba memancing sesuatu untuk keuntungan. Sekurang-Kurangnya orang Politik ini boleh masuk bertanding dan menang dalam Pilihanraya PRU13 ini. Kalau menang dan ada nasib orang Politik ini akan diangkat oleh Najib jadi Menteri. Akhirnya akan jadi Governor Pulau Pinang. Inilah missi orang Kuat UMNO Kuala Kedah yang ada satu ketika dahulu syorkan Pulau Pinang patut jadikan Wilayah.

    Datuk Tahu tak orang ini hanya mengambil keseImpatan membodohkan Datuk . Sedarlah sedikit Datu.

    ReplyDelete
  26. kenapa org barisan nasional nal politikkan benda ni. kenapa xboleh biasakan diri dgn perbezaan pendapat? susah betul ckp dgn org yg penuh perasaan benci dan iri hati. kalau ada fakta keluarkan dan bincang. bknnya hentam sana sini. 50 tahun lebih kita semua xsedar utk kembalikan pulau pinang padahal kuasa di tangan anda (kedah, Pulau pinang, Malaysia). senang sj kalau nak dptkan balik. kenapa sekarang bila dah tersedar nak salahkan org lain?

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.