Wednesday, December 1, 2010

Saat-saat sukar bagi DS Najib, satu bulan seperti satu tahun

Apabila DS Najib menyatakan penyusunan semula jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri akan diumumkan sebelum akhir tahun ini rasanya seperti begitu lama sangat pada hal hari ini sudah masuk bulan December dan hujung bulan ini adalah hujung tahun 2010.
Visual ini hanya hiasan sahaja.

Kata Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memerlukan masa untuk berjumpa dan berunding dengan beberapa pemimpin di peringkat negeri.

Hakikatnya di negeri-negeri UMNO berhadapan gawat kuasa itu lah yang sukar bagi Najib untuk umumkan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Bagi mereka yang sedang terloncat-loncat macam kera kerana tergila-gilakan jawatan itu, satu bulan seperti satu tahun begitu lambatnya. Kuncu-kuncu yang lebih camca dari bubur di sekeling mereka seperti cacing kerawit kepanasan kesana-kemari bercatur untuk Tauke mereka. Kalau Tauke dilantik mereka senang jalan mendabik dada hidung tinggi bak seludang.

Menurut rakan dari Kedah semalam, rupa-rupanya ramai yang dok “qayan” (loghat Kedah yang bermakna Mimpi/ Fantasi”) untuk jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Mana tidaknya jika dilantik menjadi PPUNK mereka automatik bakal menjadi MB kelak “kalau-kalau-kalau” BN kembali perintah Kedah.

Yang sebenarnya yang dok qayan nak jadi PPUNK itu pun tak tentu lagi nak jadi MB kerana yang depa dok qayan nak jadi MB pun tak tentu lagi BN dan UMNO akan kembali memerintah Kedah.

Apapun tidak salah mereka nak qayan hanya takut kalau tinggi sangat qayan mereka, jika tidak dipilih muka mereka jadi seperti tempayan dan bila sampai PRU13 mereka akan sabotaj rakan-rakan.

Biarkan qayan tinggal qayan dan DS Najib jangan dok layan.

7 comments:

  1. MR yang jadi penunggu dalam UMNO Kedah itu hari ini terdapat dua tiga mangkuk hayun yang jadi kaki sabaotj PRU 12 yang lalu. Dato Najib pun tahu dan lebih ariff tentang hal negeri Kedah.Zaman Pak Lah bolehlah naik tocang.Dato Najib perlu tegas dan bersihkan anasir kuman sabaotaj yang sedang bersandiwara dalam UMNO Kedah.Tukang lobi dan pelobi ini merupakan Tuan-Tuan Besar umno bahagian yang terdapat dalam Kedah.Molek sangat penangguhan yang Dato Najib buat.Data Najib kena dengar semua pihak bukan kehendak ketua bahagian sahaja.Pada hal ketua bahagian pun ada masaalh di bahagian mereka.Nak tahu turun sendiri.

    ReplyDelete
  2. Gambar hiasan tu macam nak kenal.Dia cuma pendokong dan penyokong merangkap broker kanan.Kalau toke senang dia pun senang.Biasalah dalam politik kalau nak hidup.

    ReplyDelete
  3. mohamad jamaludin jamilDecember 1, 2010 at 9:16 AM

    Kesian Tok Najib.Jangan yang dipilih itu penyamun yang dikelilingi oleh pendekar tarbus.Takut ahli umno dan rakyat kedah sengsara dan menderita.Yang gembira ria ialah OSTAT AZIZAN.

    ReplyDelete
  4. Rasanya MR tentu arif dan tahu perihal ketua2 bahagian di Negeri Kedah sekarang yang dok pasang angan2....siapa tahu tuah bini yang rasmi dan bini gelap ada harapan jadi PPUNK.

    Kedah mampu ditawan semula oleh BN dengan syarat individu2 kitar semula tu diketepikan. Rakyat telah menolak mereka dan terbukti dalam keputusan PRU 12 yang lalu. Mengapa rakyat menolak?? Hmmm..satu Kedah dah tahu perangai puak dan juak ini...MR tahu kan?? hehehe
    Bersihkanlah Ketua2 Bahagian yang telah di reject rakyat dari mengepalai angkatan perang umno negeri Kedah...dan individu spesis anwar yang suka tikam belakang tu disenaraihitamkan sebagai balasan perbuatan mereka yang lalu.

    Insyaallah...ostad azizan akan balik sungai limau buat bendang..

    ReplyDelete
  5. Saya dengan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada DS Najib Razak atas keprihatinan Dato' Seri kepada masalah rakyat dengan menaikkan harga petrol RON97 sebanyak 15sen kepada RM2.30 bermula hari ini. Saya memuji langkah DS Najib menaikkan harga petrol ini kerana akan membantu merangsangkan ekonomi negara kerana dengan keuntungan tersebut, rakyat yang terdiri dari kroni PARTI UMNO akan menerima projek-projek pembangunan untuk kesenangan rakyat yang terdiri dari kroni UMNO dan seterusnya mengisi tembolok mereka. Ini bersesuaian dengan misi DS Najib Negara Berpendapatan Tinggi.

    Kenaikkan harga ini juga amatlah baik dari segi ransangan ekonomi kerana apabila minyak naik barangan pengguna lain akan naik juga seterusnya akan membuatkan nilai matawang Ringgit Malaysia akan bertambah kukuh kerana barang naik dan perbelanjaan isirumah rakyat Malaysia akan bertambah, sesuai dengan dasar Rakyat didahulukan Pendcapaian Diutamakan. Dengan dermikian juga kadar OPR dan BLR yang mana itu merupakan kadar riba juga akan semakin bertambah.

    ReplyDelete
  6. Pakai la RON95 untuk rakyat malaysia... non-malaysian yang dok tayang plat singapore tuh isi la RON97, still murah daripada sana tuh... Apa masalahnya...Aku sokong sangat kalau naik RM3 seliter pon... Aku rasa majoriti rakyat malaysia nih pakai keta Malaysia... Kalau ada yang dah mampu beli keta import, takkan minyak tak boleh bayaq kot... Anon, hang pakai lamborghini ka? 5000cc?

    ReplyDelete
  7. peduli apa RON97 naik sampai rm3.00 pun...
    aku tak guna minyak tu..ron95 dah cukup baik buat kereta buruk aku.
    dari kl nak balik kedah sampai juga aku.
    yang mampu beli kereta impot mahal2 tu dia orang punya pasal lah.
    yang dok bising nih orang macam kita jer..
    orang duit banyak tak kisah pun.
    buat apa ikut perangai mereka.
    guna jer R0N95,kereta bergerak juga.
    cuma minta kerajaan buat pemantauan didaerah kola nerang kerana ada kereta milik orang siam beli minyak R0N95 dan isi dalam tangki yang telah diubah suai..
    seludup lah tu...lalu pulak depan balai polis padang sanai dan durian burung..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.