Program realiti terkangkang terkoyak ,Sehati Berdansa telah mengundang satu lagi perceraian anak mantan MB Selangor Tan Sri Muhammad Taib Noor Diyana Muhammad, 26 dan Sein atau nama sebenarnya, Syed Hussein Syed Mustafa.
Mereka merupakan pasangan kelapan yang disahkan bercerai. Sebelum ini, sebanyak tujuh pasangan sudah bercerai.
Mereka ialah vokalis kumpulan Def-Gab-C, Asheed dan Sharifah Noor Shima; Atilia dan Ariff Johan Abdul Aziz serta Dira Abu Zahar dan Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd. Shahid. Tiga pasangan lain ialah penyanyi utama kumpulan OAG, Radhi dan Shazlin Sharif; pelakon Sabrina Ali dan Mohamad Shahrin Abdul Halim serta Anne Ngasri dan Abdul Wafi Hassan.
Rancangan ini ternyata gagal membawa nilai murni atau memupuk keluarga bahagia dan kemesraan pasangannya tidak realistik seperti yang mereka tonjolkan.
Walaubagaimanapun bukan semua rancangan realiti membawa sial malah rancangan realiti Imam Muda membawa "branding" yang baik sehingga ke Negara Islam luar.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
Salam.
ReplyDeleteIanya berlaku secara kebetulan saja. Mungkin pasangan yang 'bermasalah' itu cuba mem'perbaiki' hubungan dengan masuk pertandingan seperti sehati berdansa. who knows perhaps boleh memperbaiki apa yang patut.
plus tujuan rancangan itu baik juga mengumpul wang sebanyak mungkin untuk badan badan kebajikan yang ada di Malaysia.
Imam Muda
Yes good program.
Mummy
ReplyDeleteApalah best sangat "Sehati Berdansa" tu la ni "Mari Menari" semuanya perbuatan sia-sia dan berdosa. Itupun ramai terpekik terlolong. Yang menang atau kalah bukan kerana bakat tetapi kerana undi sms...kaya tokeh-tokey harbi pelayar komunikasi n yang rosak Melayu Islam.
Perbuatan dilarang agama kalau buat memang hidup tak berkat, balasan kalau tak lambat...cepat
Sokong Imam Muda...
Ms Pearls,
ReplyDeleteRancangan itu tidak bermoral sebenarnya. Kalau nak kira sumbangan wang kepada badan kebajikan wang Sports Toto dan Ampat Nombor Ekor pun banyak lagi menyumbang. Tak Gitu?
Salam Mummy,
ReplyDeleteCek bukan nak kata apa..stesen TV hat yang buat rancangan lagu tu bukan depa pikiaq pasai moral..yang tentu depa pikaiq adalah rating dan iklan/penaja..hat yang tu buat bayaq gaji produser pun. Boleh kata rancangan TV realiti kat Malaysia ni takdak yang ori..suma cedok mat saleh punya. Hak yang cek terkilan sangat..awat Bintang RTM pun nak ikut cara macam realiti..pakai undi sms..sabit tu juara-juara depa tak timbul-timbul lepaih menang. Cuba tengok produk Bintang RTM yang original..Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Rohana Jalil, Sudirman dll..kan sumanya mantap serta kekal lama dalam industri. Cek mintak-mintak sangat la kat RTM..jangan dok ikut prangai stesen TV swasta tak tentu pasai. RTM patut jagi role model kpd TV swasta dengan mengenengahkan muka baru yang betui-betui berbakat.. bukan sebab undi budak-budak jaras. Lagi satu penerbit-penerbit tua kat RTM tu patut ambik pencen la kalu tak buleh bagi idea segaq. Camana Mummy?
Adila,
ReplyDeleteTrend undi sms ini sebenarnya untuk mengukur sejauh mana penerimaan pasaran atau "market influence" jika penerbit atau syarikat rakaman ingin menerbitkan album untuk seseorang artis itu.
Strategi mereka adalah untuk "captured the market" atau dah tahu awal-awal album itu bakal laris atau bakal muflis.
Implikasi dari pendekatan undi sms ini ialah mereka hanya akan melahirkan artis-artis yang hangat-hangat najis ayam.
Lihat apa jadi dengan Mawi? Kerana pengaruh undi sms tidak akan berkekalan dan mereka begitu cepat berubah selera kepada artis lain pula dan lazimnya tidak berkualiti kerana penilaian dibuat bukan berdasarkan qualiti tetapi sensasi.
Bukan setakat RTM telah melahirkan artis-artis hebat tanpa undi sms tetapi dunia juga telah melahirkan artis-artis hebat seperti Yanni, Richard Clyderman,Beethoven, Lionel Ritchie, Michael Jackson, Beetles dan banyak lagi semuanya lahir bukan dari undi sms.
Tentang RTM, entah berapa menteri "come and go" nak rombak, nak rebanding nak ubah seperti Rais cakap semalam tetapi semuanya gagal kerana menteri dipilih rakyat manakala pegawai-pegawai RTM kekal baik siapa pun menterinya.
Mereka lebih selesa makan gaji tunggu hari bila nak pencen.
RTM kalau berubah dynamic seperti TV swasta itu bukan nama RTM lagi. Rakyat akan terkejut beruk dan tidak percaya malah mungkin kata mereka "apa dunia akan kiamat?".
Biarlah RTM seperti RTM dibuai lagu-lagu klasik orang-orang dah pencen bermenung tersengih keseorangan mengimbau kembali nostalgia zaman sukaduka hitam-putih yang telah berlalu dan tak akan kembali.
Orang tua pun nak hiburan maaaaa...