Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dato’Seri Utama Rais Yatim menyeru supaya kakaitangan JASA dan Jabatan Penerangan memberi lapuran yang tepat dan benar berhubung dengan isu-isu di akar umbi kepada pemimpin atasan. Kenyataan beliau di hadapan 125 pegawai dan kakitangan jabatan itu ternyata tepat dan wajar pada masa ini.
Ini kerana PRU13 sudah panas diperbualkan di kalangan parti-parti politik dan memang telah menjadi lumrah kedua-dua Jabatan ini hanya muncul berperanan dan berfungsi semasa pilihanraya sahaja.
Sebelum ini pun kedua-dua Jabatan ini hanya sunyi dan bisu kerana aktiviti-aktiviti yang dianjur mereka hanya berlegar-legar di kalangan khalayak yang pro mereka sahaja.
Menurut maklumat pegawai mereka kepada MR, ada lapuran-lapuran yang dihantar kepada menteri hanyalah lebih kepada lapuran mengipas ketua-ketua UMNO bahagian kerana kebanyakan hayat jawatan mereka atas ihsan rekomen Ketua UMNO Bahagian.
Di dalam menjayakan matlamat 1Malaysia misi DS Najib, peranan jabatan-jabatan ini harus dikaji dan dirombak keseluruhannya supaya tidak berpolitiking sempit yang menyebelahi satu kaum sahaja. Mereka juga seharusnya celik isi kandung media baru supaya tidak diperlekeh pengundi muda.
Terdapat sesetengah pegawai JASA hanya berkebolehan berinteraksi dengan kaum Melayu dan di kalangan orang-orang UMNO sahaja. Mereka ternyata gagal memenangi minda dan hati pengundi kaum lain dan gagal mendapat maklumat yang tepat berhubung sentimen dan sikap akar umbi.
Buktinya di dalam PRU12 yang lepas mereka gagal sama sekali menghidu bunga-bunga yang BN akan kalah tersepok sehingga ada di kalangan mereka terkejut bewak dan menepuk dahi sendiri apabila berhadapan tragedi ini.
Ada juga di kalangan pegawai-pegawai mereka langsung tidak melapur diri di pejabat rasmi jabatan sebaliknya lebih kepada berlegar-legar sembang kosong di markas-markas UMNO sahaja.
Beberapa aktiviti yang dianjurkan lebih kepada menghabiskan peruntukan dan menjurus kepada menjulang keterlaluan membina pengaruh ketua UMNO bahagian mereka.
Hakikatnya JASA dan Jabatan Penerangan harus dirombak kembali peranan mereka menjurus kepada “The Blue Ocean Strategy” supaya lebih relevan dengan sentimen semasa dan wang rakyat tidak dibazirkan kepada aktiviti yang tongong (kata orang Negeri Sembilan) @ tong kosong.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
Jasa dilihat seperti tiada arah tuju yang jelas. Peranan dan tugas berdasarkan file meja mungkin tidak ada..mungkin.
ReplyDeletePegawai Jasa tidak bersalah dalam hal ini. Mereka hanya menerima aeahan apa yang patut dibuat. Bukan mereka yang menentukan apa yg perlu dilaksanakan.
Setuju dengan Mummy...susun semula file meja dan paling penting pengarah negeri perlu jelas tugas dan peranannya. Barulah anak buah di bawah dan didaerah senang bekerja.
MR.>memang wajarlah JASA khasnya wajib dirombak segera jika mahu jadi mata dan telinga kerajaan BN yang berkesan,PRU 12 yang contohnya JASA telah gagal sama sekali menjalankan tugasnya seperti yang diharapkan.JASA juga wajib memikul tanggung jawab dan berdosa pada UMNO/BN.Kegagalan JASA ini adalah disebabkan beberapa faktor :
ReplyDelete1.pegawainya sendiri terlalu banyak bermain politik dan berpolitik yg merugikan parti kerajaan BN/UMNO.
2.kakitangan JASA tidak amanah dan telus dalam membuat laporan.Lebih kepada laporan syok sendiri.
3.kakitangan JASA yang tidak efisyen dalam tugas.Mendapat jawatan kerana perakuan politik ampu dan kipas ketua bahagian.
4.terdapat kakitangan JASA yang tidak cukop kelayakn dalam tugas yang mencabar ini teruatama dari segi risikan dan maklumat politik.
5.kakitangan JASA bekerja seperti katak bawah tempurong UMNO.Tidak berupaya menembusi parti lawan terutama PAS PKR.Kakitangan JASA dianggap spy UMNO.
6.peranan kakitangan JASA kadangkalanya memporak peranda UMNO.Meraka jadi kaki cucok sana sini agar mereka sahaja yang baik dan terpakai.Tokoh lain tak terpakai.
Oleh itu demi masa depan JASA untok dihormati dan manjalankan tugas demi keutuhan BN terjamin elok disusun semula sesuai dengan masa kini.Jika tidak mereka lebih selesa dengan makan gaji buta drp menjalan tugas dengan berkesan.Ini akan membezirkan wang rakyat.Tetapi yang lebih penting memberi menafaat besar pada kerajaan sejajar dengan fungsi JASA.Buat lah demi terjamin nya UMNO/BN.Tamatkan lah mana-mana tunggul mati dan burok yg tidak menjalnakan tugas dgn berkesan.
Ceritanya kekadang slogan 1Malaysia tidak diterjemahkan kepada realiti kehidupan di kalangan masyarakat. Jabatan Penerangan hanya pandai propa slogannya sahaja,terpekik terlolong dengan slogan 1Malaysia dan bubuh poster, banner besar sana sini tapi penghayatan reliti 1Malaysia kepada orang ramai tinggal hempehhhhhh....betul yang you cakap Mami ooo...tong kosong ha ha ha ha sama juga tongong?
ReplyDeleteMemang betoi la tu..kami belia pernah pergi minta tolong pegawai jasa untuk aktiviti kami, kami seperti orang bodoh dibuatnya alasan pegawai itu kata kami ini remaja yang tak boleh mengundi lagi atas alasan itu mereka tak boleh bantu aktiviti kami.
ReplyDeletePENING DENGAN PEGAWAI JASA YANG SINGKAT OTAK.
Macam tak tahu atau berpura-pura tak tahu yang JASA dan Jabatan Penerangan tak tahu menjalankan amanah yang ditugaskan melainkan untuk membodek Ketua Bahagian UMNO, kini dan selama-lamanya.
ReplyDeleteSama juga dengan banyak agensi kerajaan pusat yang lain semuanya tak tau atau pura-pura tak tau akan amanah yang diberikan. Mereka lebih senang membodek kerajaan /UMNO daripada benda lain, tak tak berguna nanti cari salah orang lain yang nak hapuskan Melayu, institusi raja, mencemarkan agama, bangsa dan negara- kah-kah-kah-kah
Salam MR, secara peribadi, ada benda2 yang MR tulis tu saya setuju, tetapi ada juga yang saya tak setuju.
ReplyDelete1. Mungkin ada segelintir pegawai JASA yang buat kerja membodek Ketua Bahagian Umno, tetapi masih ramai yang buat kerja betul sesuai dengan bidang tugas yang digariskan;
2. Tsunami dalam PRU-12 dulu bukan saja JASA yg tak dapat 'menghidu'-nya, boleh dikatakan semua agensi kerajaan tak dapat menduganya. Malah agensi2 berkenaan jauh lebih berpengalaman berbanding JASA yang baru setahun jagung;
3. Tentang adanya pegawai JASA yang dikatakan tidak masuk pejabat dan berlegar2 di 'markas-markas Umno', mohon kepada MR menghantar maklumat berkenaan kepada Ibu Pejabat JASA di Kuala Lumpur, supaya tindakan wajar boleh diambil.
Walau bagaimana pun, terima kasih bebanyak kepada MR dan komentator yang 'memerhatikan' JASA selama ini.
(patahati)
Patahati,
ReplyDelete1. Dari pemantauan MR Pegawai-pegawai JASA yang dipilih atau dilantik berdasarkan kelayakan dan melalui proses temuduga kebanyakannya memang sangat komited dengan kerja mereka. Tetapi terdapat pegawai-pegawai JASA yang dilantik atas kapasiti politik atau berjawatan dalam bahagian atau atas desakan Ketua Bahagian, mereka inilah yang kerapkali culas dan politiking terlalu banyak.Mereka rasa jawatan mereka kebal dan "untouchable".
Kumpulan yang melalui proses pengambilan biasa ini bekerja dengan penuh dedikasi dan merasakan bebanan kerja yang berlebihan manakala kumpulan yang diambil melalui pintu belakang ini banyak kerja-kerja short-cut dan lapuran-lapuran yang dibuat sekadar melepas batuk di tangga.
Di sinilah berlakunya ketidak seimbangan pembahagian kerja mereka.
2. MR arif tentang perkara ini,agensi seperti army intelligent,KDN intelligent dll juga kerana masing-masing hanya "cross check" sesama mereka termasuk JASA, dan memang tidak dapat menghidunya tetapi ada juga di kalangan mereka dapat menghidunya dan menyerahkan lapuran kepada pucuk pimpinan di atas mereka di cap sebagai pro pembangkang kerana kepimpinan pada waktu itu sedang dibuai dalam zon selesa.
MR difahamkan JASA ada panel pemikir, seharusnya pemikir-pemikir ini berfikir. Kita mahu panel-panel pemikir ini berkebolehan seperti "Julian Assange" maksud MR- yang boleh berfikir di kalangan cerdik pandai muda. Bukan setakat pandai IT tetapi "the substances of the new media". Bukan setakat boleh Facebook tetapi mesej yang dibawa dalam Facebook. Bukannya yang boleh bersyarah berdegar-degar.
3.Tanpa lapuran dari MR pun sudah cukup mudah bagi JASA menyekup pegawai-pegawai yang hanya berlegar-legar di markas-markas UMNO apabila terdapat pegawai-pegawai yang memegang jawatan di dalam UMNO Bahagian. Mereka inilah hantu rayau yang hanya merayau-rayau bergentayangan dengan jawatan mereka. Mudah untuk disiasat.
MR tidak bermaksud untuk memperlekehkan mana-mana jabatan tetapi MR sebagai blogger murahan bercampur dengan segenap peringkat masyarakat amat memahami jiwa, tangisan hati dan keresahan mereka yang sering dipinggirkan oleh pemimpin yang rakus dengan kuasa malah lupa daratan.
PRU13 dah dekat- "SHAPE UP OR SHIP OUT"
Saya fikir pegawai penerangan tiada yang kerjanya `kipas ketua bahagian umno' kerana mereka bukan perlantikan politik. Perlantikan mereka seperti anggota perkhidmatan awam lain.
ReplyDeleteSkim perjawatan dan gred gaji juga saya percaya berlainan sama sekali, cuma sebahagian dari kerja mereka barangkali hampir sama, namun bidang perhubungan awam (PR) saya kira lebih diutamakan termasuk hubungan dengan media.
Tak tahulah pula saya kiranya wujud tugas lebih dari itu.
Merombak keseluruhan jabatan (penerangan) saya rasa kurang sesuai tapi kalau sebahagian daripadanya seperti mewujudkan cawangan `risikan pendapat awam' saya fikir mungkin sesuai.
Tujuannya ialah supaya pegawai2 yang ditempatkan di bawah unit tersebut mendapat latihan yang lebih profesional dan justeru itu dapat mengendalikan tugas berkenaan secara lebih profesional bagi membuat `laporan tepat' serta sentiasa `terkini'. Wallahualam.