“Lately” MR yang sebenarnya dah majai dan cemuih nak buat apa-apa komen tentang situasi politik semasa khasnya di Kedah dan Pulau Pinang kerana "jet lag" dan kesibukan untuk menyudahkan beberapa “chapter” lagi buku tulisan MR yang sudah melangkau “dateline”.
Walaubagaimanapun dek dikejan dan diligan oleh beberapa sahabat di Kedah untuk mendapatkan komen dan pendapat tentang perubahan pucuk pimpinan UMNO Negeri Kedah terpaksa juga MR mengalih tumpuan seketika menyelidik situasi pendapat akar umbi di Kedah tentang penerimaan mereka terhadap Ketua Perhubungan UMNO Negeri yang baru, Datuk Ahmad Bashah Abu Hanipah.
Jika tidak silap Ahmad Bashah pernah berkhidmat sebagai kerani dengan syarikat pembalakan Datuk Khalid Julung @ Tan Seri Khalid Abdullah bekas Pengerusi Utusan Melayu Bhd rakan karib Che Det.
Apa juga pertimbangan untuk melantik pemimpin kelayakan akademik tidak seharusnya menjadi ukuran kerana di dalam politik demokrasi penerimaan rakyat terhadap seseorang pemimpin itu adalah kriteria utama.
Rakyat menilai bukan setakat personaliti pemimpin itu sahaja tetapi keseluruhannya sehingga ke dalam kain pemimpin itu, isteri, anak-anak, kawan-kawan dan di mana tempat pemimpin itu sering berfoya-foya dan kedai mana mereka kerap tikam ekor. (thanks to WikiLeaks)
Bertolak daripada itu pemimpin itu juga dinilai sejauh mana wawasan mereka dan arah mana perubahan yang bakal dibawa.
Begitu jugalah lantikan baru pucuk pimpinan itu dibuat kerana pucuk pimpinan atasan ingin membawa perubahan dengan dimensi yang baru, dinamik dan progressif bagi mengembalikan keyakinan rakyat Kedah kepada UMNO dan BN.
Persoalannya apa pembaharuan yang Datuk Ahmad Bashah boleh lakukan untuk UMNO Kedah dan Barisan Nasional sedangkan semasa beliau menjadi Timbalan Pengerusi UMNO Kedah di bawah DS Shafie Apdal pun langsung tidak nampak apa satu hasil tangan beliau yang boleh meninggalkan kesan di hati dan jiwa nurani rakyat.
Tugas-tugas yang di “delegate” oleh DS Shafie Afdal kerapkali menjadi bangkai hanyut dan yang mendapat impak negatif dan “backfired” ialah DS Shafiee Afdal sehingga DS Shafiee dilihat gagal memimpin UMNO Kedah. Orang lain yang kentut orang lain yang kena tuduh.
Hari ini kaki yang kentut kuat dilantik pula menjadi ketua dan kentut ini pasti akan tempias sehingga kepada timbalannya Mukhriz kalau tak pandai mengelak.
Menurut pemerhati politik Kedah rupa-rupanya ramai kaki kentut yang sedang memimpin bahagian di Kedah, mereka licik membaling batu tangan disembunyi, “wait and see, you don’t change you mati”.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
Assalamualaikum mummy
ReplyDeletekami mintak kebenaran untuk copy paste artikal nie kat KedahLanie OK yee..
KedahLaNie,
ReplyDeleteIts a free press and blogging freedom.Jangan hangpa dok tambah lebih-lebih nanti Mummy blackout hangpa.
Credit untuk blog ini kena ada.Apa pun rakyat mesti diutamakan.
tapi mummy oiii.
ReplyDeletemasa cheq kecik2 dulu kala tu cheq sekolah kat dublin estate...orang putih manager estate cukup suka kalu orang kentut kuat...
lagi kuat lagi baguih...gooddddd...dia kata...
yang bahaya jenih kentut tak bunyi....buat2 bodoh.....bau busuk macam bangkai.
lepaih tu tuduh orang sana orang sini yang melepaih.
MR macamana tak kentot banyak kerana dalam perut tu banyak angin.Pasai Dato Bashah jgnlah kita hukom dia terlalu awal sangat.Dulu dia co pilot.Kini dia pilot.Aku harap dia jgn buat sorang-sorang dan pakai banyak sangat cerdik pandai di tkt 6 tu.Nanti banyak ketinggalan zaman.Banyak toeri dan kertas kerja yang berbayar.Dia kena guna pakai semua pemimpin baru dan bekas pemimpin yg bertenaga.Juga setiap laporan tuan ketua bahagian tu selidik dan tapis dulu.Ramai tuan ketua bahagian juara kentot dibahagian mereka.Dato Bashah kena siram air panas pada pemuda UMNO yg sedang lena.Gerakkan Wanita yang sebok dengan garam belacan.Jentik telinga adik PU3 yang tak tentu hala gerakerja mereka.Jangan ambil masa lama sangat nak buat ini semua.UMNO Kedah kena laju dan pantas hari ini.PAS pun dah letih dan lesu dengan masaalah mereka.PKR dah jadi cacing panas.Aku harap jangan banyak lagi dok buat serita lawak dan jenaka kosong kalau nak berjaya.UMNO Kedah ini memang banyak tukang cerita jenaka kosong yg tak berfaedah.
ReplyDeleteBiar LCE.Tapi buat kerja macam PhD.Jangan pula ada PhD buat kerja setaraf LCE.
ReplyDeleteMR,
ReplyDeleteMaaf nak katalah. Saya orang Bakar Bata. Ahamad Basah ADUN Bakar Bata. Jika berlanggar bahu sekali pun saya tak kenal dia. Jadi not fair to komen tentang prestasinya sebagai ADUN.Saya berkawan ramai dengan orang UMNO negeri dan Persekutuan. Ada juga antara mereka Ketua Cawangan,Ketua Bahagian dan ahli MT. Lebih daripada 60 peratus daripada kawan-kawan saya itu berkata: "Ahmad Bashah hanya material Ketua Bahagian sahaja." Manakala 40 peratus lagi bila dimenta pendapat hanya mampu senyum dan golek kepala. To quote seorang kawan saya yang saya tahu "orang kuat" Bahagian Kota Star, berkata," He (Ahmad Bashah bukan seorang strategis tetapi he is famous mengaku sebarang kejayaan adalah hasil perancangannya." Saya juga diberitahu ramai Ketua Bahagian UMNO Kedah kurang puashati dengan Pengerusi Baru mereka dan cara senyap-senyap serta terbuka dah dengar bahawa "Jika kami tak dipilih sebagai calon pada PU akan datang, kami pasti boikot."
Timbalan Pengerusi pasti pening dan sakit sembelit dengan gang anti Ahmad Bashah ia itu orang Kuat UMNO Merbok, Kuala Nerang, Kulim Bandar Baru, Langkawi, Sik, Sungai Petani, Kubang Pasu, Kuala Kedah dan Yan. Hanya Baling dan Jerlun saja yang nampak pada luarannya ok.
Harapan UMNO/BN di bawah Ahmad Bashah untuk merampas kembali Kedah pada PU akan datang adalah seperti mimpi di siang hari.
Bakar Batarian.
nak rampas kedah daripada siapa abg non? hang yang dok mimpi waktu siang kot. sebenaqnya takut2 pembangkang rampas balik kedah, tu yang betui....appa daa..
DeleteJangan lupa kentut busuk OXford budak KJ dulu sampai laani belum lenyap lgi bisanya.Jangan juga lupa kemulian hati alayarham Tun Gafar yg ngaji takat Maktab Perguruan Sultan Idris (kini UPSI) tapi dapat menyimpukl perpaduan kaum. Tokoh politik kampungan yg berjiwa besar.
ReplyDeleteSaya percaya trend pengundi melampaui pemikiran bloggers termasuk MR. Kebanyakan blogger sering berfikir orang lain mesti fikir macam mereka fikir. Mereka cuba membentuk pendapat umum supaya orang lain turut membenci orang yang mereka benci, dan turut menyukai orang yang mereka sukai.Mereka sering menganggap pemikiran mereka ideal dan terlalu percaya bahawa ramalan mereka selalu dan akan menjadi kenyataan. Dulu senario PAS sama seperti UMNO Kedah sekarang, tapi akhirnya mereka dapat membentuk kerajaan. Percayalah, waktu pilihanraya nanti,pengundi akan memilih parti yang mereka sukai. Mereka tidak akan terpengaruh dengan pendapat bloggers yang mengatakan calon ini sesuai dan calon ini akan kalah.Mass Marketing Strategy oleh parti induk akan menjadi faktor penentu dan saya percaya DS Najib sedang berusaha ke arah itu. Jadi sokonglah parti anda tanpa beebelah bahagi. Tak guna anda mengutuk ketua bahagian yang anda tidak suka. Kita sering melihat benda yang sama dari persepsi yang berbeza. Bloggers tengok sudut lain tapi pengundi tengok dari sudut lain. Lebih baik memberi pandangan secara umum daripada terus fokus KB ini blaa.. bllla..blaa.Periuk kata belanga hitam, padahal dia pun hitam.
ReplyDeleteAnom 11.39,
ReplyDeleteBlogging hanya satu medium komunikasi yang kecil dan murah di antara medium-medium komunikasi yang besar yang dibelanja dengan billionan ringgit.
Ianya medium terkini untuk menyampai maklumat kepada rakyat kepada kelompok new gen yang kecil.
Di dalam membentuk pendapat umum peranan yang dimainkan oleh akhbar dan TV arus perdana apa kurangnya?
Diasaknya hampir setiap hari dan jam di dalam berita-berita tentang tokoh-tokoh yang dibenci rakyat supaya rakyat menerima dan suka kepada tokoh tertentu.
Sehinggakan meresmikan majlis kanak-kanak berkhatan pun ditonjol sampai nak termuntah dan loya rakyat melihat lakonan mereka.
Aktiviti-aktiviti window dressing pemimpin-pemimpin ini menggunakan media kerajaan dengan perbelanjaan wang rakyat bagi menyogok minda rakyat.
Ini terbukti pada PRU12 yang lepas pengundi-pengundi sudah mula hilang yakin dengan media kerajaan, rating mereka menurun, circulation akhbar mereka menurun.
TV dan akhbar hanya menyajikan berita-berita berbau sex dan tahyul untuk menaikkan rating mereka.
RTM yang dahulu menjadi pembentuk minda rakyat sedang terkapai-kapai untuk terus hidup dan terpaksa menurut kehendak pasaran cara TV swasta tetapi telah terlewat. Rebranding hancusss tak menjadi.Wang rakyat dibelanja jutaan ringgit.
Harian Metro dan Kosmo mencapai circulation yang tinggi kerana menyiarkan cerita-cerita sensasi, seram dan khalwat.
Pendekatan-pendekatan mass marketing strategy yang diguna pakai parti Najib lebih kepada program-program pasaran geng sendiri seperti bezakan juara rakyat atau juara UMNO?
Kajilah secara mendalam KB-KB yang mengepalai bahagian-bahagian sekarang berapa banyak margin mereka menang dalam PRU12 yang lepas? Banyak yang kalah PRU tak diterima rakyat tetapi bergentayangan seperti pemenang sejati.
Kata Che Det- Blogging to Unblog.
Salam MR
ReplyDeleteSungguh syok dengak MR kelentong, kentut besaq la, kentuk busuk pun ada.. tapi kalau MR nak dengki kat Dato' Ahmad Bashah pun jangan lah sampai salah fakta. bila salah fakta sudah jadi fitnah. Cek nak perbetulkan fakta yg MR buat secara halus untuk fitnah DAB. Dato' adalah partner dan MD (Managing Director ) dalam Syarikat Julong Sdn Bhd. bukan kerani.. tolong perbetulkan fakta ini ya. Dia dah jadi MD semasa budak2 hinguih dok galaih beg sekolah yang dok benci dekat dia lanie.
DINO