Laporan akhbar Australia, The Sun-Herald telah menyiarkan kandungan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat telah dibocorkan oleh WikiLeaks.
Kabel itu, catatan pada 2008 dan 2009, menunjukkan kenyataan yang mengutuk Malaysia, Thailand, Jepun dan India oleh para pegawai kanan Singapura dalam pertemuan dengan para pegawai kanan Amerika Syarikat.
Susulan daripada itu Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyerahkan surat protes itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia T. Jasudasen melahirkan rasa tidak senang Putrajaya dengan komen pegawai-pegawai Kementerian Luar Singapura.
Menurut salah satu kabel yang didedahkan WikiLeaks, Bilahari Kausikan yang kini merupakan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura, didakwa memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat David Sedney bahawa “ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia” yang akan menyebabkan orang Cina meninggalkan Malaysia dan ‘menyusahkan’ Singapura.
Mengenai kepimpinan BN pula, kata beliau, “masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa.”
Pendedahan WIKILEAKS ini seharusnya menyedarkan rakyat negara ini tentang pendirian Singapura yang tidak pernah berubah sejak dari perpisahan mereka dengan Malaysia.
Mereka sering mengunakan pendekatan dengan memandang rendah dan lekeh akan kemampuan dan kebolehan negara-negara jiran yang lain kerana dengan pendekatan ini akan sentiasa menjana moral atau “moral booster” kepada rakyat mereka yang hidup dalam pulau yang sempit sehingga banyak yang membunuh diri kerana "stress".
Sehinggakan apabila mereka memandu keluar dari Singapura memasuki Malaysia dengan kereta besar dan "big bike" mereka, mereka akan memacu dengan laju seolah-olah dunia ini mereka yang ampunya.
Apa yang harus menjadi kesedaran kepada rakyat Malaysia hari ini berhubung isu pendedahan yang terbesar abad ini oleh Wikileaks ini ialah pengurusan intelligensia dunia kini tidak ada kerahsiaan lagi.
Komplot dan perbincangan rahsia begitu mudah terbongkar dengan kemudahan-kemudahan teknologi masa kini, seperti kata sesetengah pihak bahawa meja dan kerusi di dalam bilik persidangan pun bisa berbicara.
Seringkali juga kita menjadi bimbang apabila membaca berita bahawa rahsia-rahsia Kerajaan cukup mudah bocor kepada Negara jiran. Kadangkala rahsia-rahsia ini tanpa disedari terbocor melalui tindakan tanpa sedar sesetengah pemimpin kita sendiri yang begitu mudah diumpan dengan menerima habuan dan rakus menerima elaun pengarah apabila dilantik sebagai Pengarah di dalam syarikat-syarikat strategik Singapura.
Sebagai contoh yang terdekat bagaimana seorang bekas guru dan sekarang menjawat Ketua Bahagian UMNO di salah sebuah bahagian di Kedah layak dilantik sebagai pengarah di dalam sebuah syarikat berteknologi tinggi Singapura http://www.astigp.com/01_05corpinfo.htm
Jika terdapat pemimpin yang rakus sebegini maka tidak hairanlah apa juga dasar yang diputuskan di dalam UMNO dan BN begitu mudah bocor kepada Singapura.
Konklusinya pembocoran yang sebegini lebih tepat dan terperinci dari pembocoran Wikileaks.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
Semasa mummy menjadi wakil rakyat, mummy memang mengharapkan sokongan semua orang. Sekarang jika mummy tidak lagi berada di pentas kuasa, sewajarnya mummy turut menyokong kepimpinan bahagian sedia ada. Mummy boleh menasihatkan ketua bahagian tersebut supaya gunakan peluang yang ada untuk mengorek segala tentang Singapura dan gunakan untuk menyerang Singapura bila tiba masanya. Nasihatkan ketua bahagian tersebut supaya jangan lupa tanggungjawab sebagai ketua bahagian. Kanapa perlu dirisauakan KB tersebut akan membocor maklumat negara kepada Singapura?
ReplyDeleteMenjadi Ketua Bahagian dan menjadi Wakil Rakyat adalah dua jawatan yang berbeza.
ReplyDeleteKetua Bahagian dipilih oleh ahli-ahlinya sahaja manakala wakil rakyat dipilih oleh rakyat khasnya mereka yang berdaftar sebagai pemilih.
Memenangi Ketua Bahagian boleh berbagai cara yang diantaranya manipulasi kertas undi,politiking yang keterlaluan sesama ahli dan rakan atau yang paling kotor ialah menyogok dengan wang.
Ketua Bahagian yang sebegini tidak harus diletak sebagai calun untuk memaksa rakyat memilih mereka kerana situasi masakini rakyat lebih cerdik untuk menilai.
Menggunakan peluang yang ada untuk mengorek maklumat dari Singapura? This is almost impossible kerana "tuan mereka adalah kepada siapa yang memberi makan kepada mereka".
mummy, benda nak bocor ni bukannya perlu ketika tak sedar. Main dengan puak-puak ketua bahagian yang dok ada ni dalam dok sedar pun depa pulun cerita.
ReplyDeleteApa pun hulur atau suap maka terpancutlah temuak-temuak rahsia kerajaan hatta dalam kelambu pun kerana dalam perut dah sarat.
Kami tau sangat perangai ketua kami tu yang mummy cakap...dia tu lagu mana semua kami tau. Dari main duit sampai ke bomoh semua dia pakar tak pecaya tanya ME AYAQ!
Setuju dengan Mummy bila berkata bahawa nak menang jawatan Ketua Bahagian ( atau pun Ketua Pemuda ) boleh dilkakukan dgn pelbagai cara. Yang paling mudah (dan paling jijik) ialah cara merasuah perwakilan. Sebelum itu,maksudnya sebelum hari Persiadangan Perwakilan, jalan aktiviti mengugut di mesy cawangan, susun strategi tukar Ketua Cawangan kpd yg mereka yang menyokong, beli Ketua-Ketua cawangan, jamukan Ketua-Ketua & Perwakilan Cawangan di restoran2 Nasi Kandar, susun 'rakit' / senarai rakan-rakan sekomplot dlm barisan bakal AJK Bahagian dan tidak ketinggalan, sebar surat layang buruk-burukkan calon lawan.
ReplyDeleteSekarang bila dah menang (dgn cara tak elok) mulalah nak tonjol imej yg bersih. Mulalah wujudkan aktiviti di semua peringkat, cawangan dan bahagian. Mulalah mengutuk cara-cara yang tak elok yang dahulu dilakukannya sendiri sebelum menjadi Ketua Bahagian. "Dulu dia buat, tak mengapa. Sekarang orang lain buat, tak boleh pula. Dulu cabar orang, sekarang orang lain pula TAK BOLEH cabar dia. Maki hamun, larang melarang sampai barisan AJK Bahagian pun rasa tak senang duduk.Rasa melaut dah mula menular di kalangan sesetengah AJK Bahagian, kecuali mereka yang terlalu taksub, dibeli, tak pandai guna otak, sempit serta jumud fikiran ! Tepi jalan berlambak KB macam ini !
Sudahlah sombong, angkuh dan besar kepala ; ahli-ahli 'chokia' sebelah mata pun dia tak pandang. Yang ditatang adalah rakan-rakan sejawatan, pembesar2 parti, pak2 menteri dan ahli2 korporat ; semua mereka ini tak payah dihulur apa2. Tunggu nak terima habuan saja ! Kuasa mula ditunjuk dgn tegas dan garang ; dibantu pula oleh SU Bah, AJK dan kuncu-kuncu samseng, maka penghapusan jawatan pun mulalah berlaku. Misalnya, yang tak disenangi dilucut jawatan JKKKP dan diganti oleh kuncu lain, yang kekadang dari cawangan lain.
Aktiviti yg melibatkan ahli masyarakat dan kaum-kaum lain adalah kosmetik semata-mata. Asalkan diadakan aktiviti, cukuplah. Asalkan pihak atasan nampak beraktiviti, syoklah. Semua nak tingkat KPI supaya ada peluang dipilih sebagai calon. ( Teringin juga nak jadi Pengerusi Perhubungan, kata seorang teman). Memang tak layak pun. Baik cari yang belum pernah kalah !
Ketua Bahagian macam ini memang kaya. Dianugerah pelbagai jawatan dan perlantikan yg semuanya boleh 'masyuuuk',; seperti Penyelaras Parlimen, Ahli Lembaga Pengarah berbagai agensi, peluang-peluang perniagaan. Kalau ditambah dgn menjadi ALP diluar negara, lagi 'masyuuukk'. Tapi yang ini merbahaya bagi kedaulatan dan keselamatan negara. Kena siasat siapa yang melantiknya ? Proxy siapa ? Selidik syarikat atau agensi luar negara itu, perniagaan jenis apa, siapa AL Pengarah yg lain, hubungan dgn siapa di Malaysia , ada kaitan dgn agensi2 kerajaan mana di sini ? Ini isu keselamatan negara ! Mungkinkah dianya 'boneka', pembelot dan penderhaka dalam diam-diam ???
Memang hebat Ketua2 Bahagian seperti yang dihurai. Tapi soalnya, 'hebat' dari sudut apa ???
Kalau segala-galanya dibaluti kepura-puraan dalam sandiwara yang dilakon dan diarahnya sendiri, maka punahlah harapan untuk mencorak perubahan dan menjamin kejayaan dlm PRU ke 13.
Wallahualam !
Tajul Urus ni tahu kah business?
ReplyDeleteYg dia tahu mungkin melingkupkan UMNO Bahagian Merbok. kekadang dgn sombong dan angkuh, "aku dah pi 5 kenduri kawin hari ni." Yalah nak tunjuk muka mungkin sebanyak 100 majlis kenduri kita boleh sertai tetapi KPI kita menjadi pemimpin rakyat bolehkah kita tunjuk-tunjukan? Lihat sekarang apa dah jadi dgn UMNO Bahagian Merbok dan UMNO Kedah?
Sy pasti dia telahpun menyogok En. Michael Loh Soon Gnee supaya dapat menjadi pengarah syarikat ASTI Holdings Ltd.
Cuba Mummy risik2 berapa yg Tajul bagi kat Michael? Dan hasil wang dari mana Tajul dapat? Sepatutnya MACC menyiasat Tajul ni cepat!
MR.Aku sebenarnya sikit pun tak yakin dengan mereka ini yg banyak retotik.Cakap sahaja ketuanan melayu.Tapi lebih kepada ketuanan perut sendiri.Pemimpin yang bergelumang dengan gejala rasuah untok dapat jawatan Ketua Bahagian.Layakkah dia dan harapkah kita pada nya untok membela nasib melayu.Apa jado pada bandar Sungai Petani.Apa suara mereka.Dan apakah perjuangan mereka masa UMNO perintah dulu, Kedah.Mereka lah joli sejoli jolinya.Pemimpin begini dia semakin tinggi berada dia semakin ranggi dan sombong serta lupa pada bangsa nanti.Bukan dia sahaja perasuah politik tetapi tali barutnya tertdiri ketua cawangan yang merupakan kedai runcit tempat menggadai kuasa dan bangsa melayu.Mummy Rokiah sebab itu ramai orang begitu kecewa dengan pejuang melayu hari.Tak ikhlas dan jujor serta amanah.IBARAT UMNO MULUT BUAYA,PASA MULUT NAGA,PKR MULUT HARIMAU. Serba tidak selamat.Apakah tokoh ini relevan untok PRU 13 nanti?.....
ReplyDeleteKetua bahagian tu hanya nak main wayang je nak habaq kata byk aktiviti dan sgt pemurah orangnya...Hampeh!
ReplyDeleteContoh nak bagi derma kat surau di sebuah "taman perumahan" di SP, main amik gambaq ja...konon sgt prihatin..dok rajin tolong org tapi sekali lagi HAMPEH!
bagi derma skit pun nak claim kata dia bagi byk...besau la perut tu dok makan duit haram je...
Kita nak org yg ikhlas n betul2 faham isi hati org melayu kedah especially di bahagian UMNO merbok tapi dia buat bagi kita tertelan lidah..tergigit anak tekak..termuntah gigi tgk si haprak yg suka "berlakon"....HAMPEH!
Ketua Bahagian yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah Calon Parlimen Merbok PRU 12 yang tewas tersungkur kepada seorang pesara dari MODENAS yang tak tahu apa apa dalam politik .
ReplyDeleteTak perlu diperkenal lagi beliau ialah Dato Tajul Urus Mat Zain mantan CEO Kedah Corp.Mummy bukan Asti saja, ada satu lagi syarikat dari singapura namanya Tiaramoda pemaju projek padang golf dan perumahan di Bukit Malut,Langkawi,apa kaitan Tajul dengan syarikat singapura ni ?
Calon yang menang ketua bahagian dituduh mengamalkan politik wang dan membeli undi. Kita lupa calon yang kalah juga mengamalkan politik wang, cuma tawaran mereka mungkin kurang sedikit dari calon yang menang. Ada perwakilan dengan bangga memberitahu siapa yang bagi duit dia akan ambil. Siapa yang nak undi itu hak dia. Kenapa BN menabur pelbagai projek dan wang kepada rakyat waktu pilihanraya tidak dianggap politik wang?
ReplyDelete