Masih kah kita ingat di sekitar tahun 1981 apabila Permodalan Nasional Bhd mula melancarkan skim Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional dengan salah satu iklan mereka yang cukup berkesan di kalangan orang-orang Melayu kampung ialah iklan “Merah Sangat la Mak Ngah…”.
Iklan yang dipromo saban hari itu cukup berkesan dan memikat orang-orang kampung untuk melabur dalam ASB. Wang-wang simpanan Mak Ngah, Pak Ngah, Mak Long, Pak Long, Nana dan Mamu yang selama ini disimpan di merata tempat seperti di bawah bantal, tabung buluh, tabung gajah dan baju dalam dikumpul sebanyak mungkin untuk dilabur dalam ASB.
Hasil pulangan pelaburan mereka pada peringkat awal pelancaran skim tersebut ternyata memberangsangkan dan menguntungkan. Ada yang membeli rumah, harta tanah, membiayai anak belajar, pergi Haji dan Umrah.
Generasi MSM (Merah Sangat la.. Mak Ngah) memang tidak tahu berniaga tetapi pandai menyimpan wang. Mereka percaya dan mengharap penuh 150 persen kepada pengurus dana PNB agar bijak menguruskan pelaburan mereka supaya mendatangkan keuntungan kepada mereka.
Cetusan dari kejayaan itu, PNB telah melancarkan berbagai lagi skim tetapi pulangannya tidak lagi seindah ASB. Bonus dan dividen nya hanya cukup-cukup makan sahaja sehinggalah ke hari ini.
Tetiba hari ini generasi MSM terkejut beruk apabila mendengar pengumumam oleh Perdana Menteri mereka, bahawa wang mereka akan dilabur oleh PNB untuk membina “Menara Warisan” yang menelan belanja sebanyak RM5billion. Menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia itu dijangka siap pada tahun 2015-2020.
Rata-rata pelabur yang umur mereka telah lanjut tidak akan dapat melihat malah jauh sekali untuk menaiki lift menara 100 tingkat tersebut. Pendek kata Menara tersebut bukan untuk mereka. Jasa mereka akan dilupakan begitu sahaja oleh generasi Melayu baru yang tidak pandai menyimpan hanya pandai bermewah dan berjoli.
Apapun sebelum upacara pecah tanah untuk membina Menara Warisan yang dicadangkan itu, Permodalan Nasional Berhad harus menjawab dahulu kepada orang-orang Melayu yang melabur khasnya generasi “Merah Sangat La Mak Ngah” mengapa pulangan saham, bonus dan dividen mereka tidak setimpal dengan belanja membina “Menara Warisan” sebanyak RM5billion.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
I hope they answer that question!
ReplyDeleteme: say no to 100 what ever what ever
UMNO bukan saja boleh mempengaruhi Polis, Kehakiman, SPR, SPRM, Hospital kini termasuk juga PNB. Apo nak buat depa ada kuasa yang tak mungkin boleh mendengar apa logiknya mendiri 100 tingkat bangunan menara itu meskipun disedari bangunan seperti Daya Bumi atau Menara Petronas pun tidak juga menjana peluang kerja atau kegiatan ekonomi yang bermakna, maka kita boleh gigit jari meliha bangunan tersegam itu nanti memperkuatkan tanggapan kita bahawa pemimpin kita memang tak tahu meletak keutamaan, macam pemimpin Arab atau Afrika!
ReplyDeleteTanya pulak nik ajis em bi kelate..... brape banyak gerai milik orang melayu Islam sebelum KB Mall didirikan............
ReplyDeletesekarang ke mana mereka pergi.......
Siapa pulak yg banti mereka berniaga...................
Jangan duk nak salah kan UMNO jeee.. Pas pung banyak giler babinye....
Hotel perdana tempa mat sabu sudhapun dijuallllll
mane peginya milik rakyat kelate.
rm5bilion..bukan rm5juta..ni macam meletakan semua telor dalam bakul yg sama...
ReplyDeletejangan plak nanti jadi macam projek bakun sime darby...
atau nak cari kambing hitam..
sebelom mula sediakan soalan cukup2...supaya x menyesal...
Tak payah beli dah saham PNB sekarang
ReplyDeleteLebih baik labur dalam unit trust.
sebelum buat bangunan 100 tingkat tu..tingkatkan lah sikit dividen saham dibawah pengurusan PNB.
ReplyDeleteDUIT DALAMAN KE DUIT PELABUR IANYA TETAP DUIT.
bagilah kami ni merasa lebih sikit keuntungan.
sekurangnya bayarlah 15 peratus untuk tahun ni.
bagi bonus biar lebih sikit untuk asb tu.
bukan rugi pun...kalau dividen tinggi,pnb gak yang akan terima pelaburan dari penyimpan baru.
kalo ada lebih juga..buatlah apa pun..rakyat x marah.
rakyat tak bantah semua yang kerajaan buat.
yang baik tetap rakyat terima,cuma pastikan semua itu memberi faedah kepada semua pihak.
nak tanya mummy rokiah....nana dan mamu tu bukan ke panggilan dalam komuniti mamak...
bila pula mamak ni jadi bumiputra.
susah betoi ceq nak jumpa lelaki melayu menikah dengan anak dara komuniti mamak ni.
lelaki mamak menikah dengan anak dara orang melayu berkenjah.
pasai pa tak tau..
mummy bolih bagi jawapan ka.
sajaaa..nak melawak dengan mummy...
Bab Menara 100 tingkat tu was actually proposal dari PNB sebenarnya. 2 to 3 years back dah pun idea tu. Ni PM just bagi 'green light' untuk proceed dan bentang sekali lah sbb ini considered as mega project lah jugak.
ReplyDeletePNB tak akan buat benda yang rugi. Last time yes, PNB 'diarahkan' take over Stadium Merdeka tu. So, sekarang time to make profit untuk property yang diaorg 'diarahkan' beli lah.
Don't worry, duit pelabur tak akan hilang hatta PNB bankrup hari ni sekalipun sbb ASNB yang uruskan deposit duit dgn ARB sebagai trustee. PNB is managing the fund only, dan bagi return dalam bentuk dividen. Lagipun, PNB ada fund sendiri dan dgn fund itu jugak ler diaorg dah set up rep office kat US, UK and Jepun. :).
Apa pun, PNB dah jawab dalam paper hari ni kan?
http://pedang-bertuah.blogspot.com/2010/10/menara-warisan-merdeka-tidak-sentuh.html
Inilah tahap pemikiran korang!
ReplyDeleteBila nak buat sesuatu yang besar, ayo-yo merugikan, membazir dan macam-macam lagi.... Pengerusi Ekskutif PNB dah beritahu: tak guna duit korang, tak sentuh duit pelabur; guna keuntungan terkumpul aku saja. Salahkah PNB nak naiktaraf ofisnya - bersesuaian dengan imejnya? untuk anak cucu korang lah jua nanti !!!
JANGAN CEPAT MELALAK SEBELUM MENGETAHUI DENGAN TERPERINCI
anon bodoh October 21, 2010 2:01 PM
ReplyDeletekalo x ada yg tanya atau bising2 dorang pnb nak bagitau ke..???
macam projek2 lain..atau contoh..sebelom dorang beli ape property atau melabur kat mane2..ada dorang cerita kat ko ke mangkuk..!!!
tu la tahap pemikiran ko yg paling bebal..
Hisham ooooiiiii..,
ReplyDeleteHang baca sejarah ka? Munsyi Abdullah tu pun mamak juga.
Hang tau kaaa??? kami bukanka dah tubuh persatuan dan dah diterima jadi associate member Barisan Nasional hang tau ka????
Dulu Mamak Kadiaq Sheikh Fadzil, Mamak Nor Yaacop, Mamak Zainudin Maidin mana depa mai, Mami Shahrizat, Mamak Mahathir Sikanndar mana depa mai?
Kami semua satu kapai laaaa..tongkoi arang punya dok adaaa..
Duit kami laa yang banyak dalam ASB hang tau ka????
Sebelum ASB kami simpan dalam gundi bawang...hang tau ka...???
ASN untuk tolong orang melayu melabur dan kumpul duit. Ramai Melayu yg dapat faedah. Tapi PNB sekarang hanya nak untungkan kroni
ReplyDeleteaku nak beli gak
ReplyDeletetu diaaa...mummy dah mula naik angin dahhh..
ReplyDeleteceq tau la mummy oiii...kan ceq dok habaq ceq ni dok melawak saja.
..serius sangat pun mana bolihhh...mummy oiii.nanti kena darah tinggi.
ni yang buat takut nak ushar anak2 mami yg cun2 tu..mak pak depa garang..
tok mamak kadiaq tu orang kampong ceq la mummy..istana dia kat kpg tawar,baling tu nampak x dak sapa yg dok...sayang no....buat besaq2..biaq lagu saja.
yang untung pak guard 2 orang dok baguih punya lepak kat situ.
sayang membaziaq.
apa kata kalo jadikan tempat anak2 belajaq mengaji ka..dapat pahala dunia akhirat.
maaf mummy kalo ceq ni terkasaq bahasa.besa la..sekolah tak tinggi.
‘‘Kami akan menggunakan dana sendiri yang dikumpul daripada keuntungan PNB sejak mula operasi (penubuhannya),’’ kata Hamad Kama Piah
ReplyDeletebetoi noo, pakai duit pelabur buat untung, lepaih tu untung duit PNB punya, pelabur dapat seredak % yang PNB akan 'tentukan'.....pandai dan kreatifnya akauntan melayu laa ni.
tak pa mummy oi, harap2 consultant2 melayu malaysia boleh lah kot dapat kereja nak buat projek besak macam ni.?
Pelabok.
Agak2nya bila lagi pelabur2 nak dapat special bonus atau dividen sekali lagi seperti yg biberi pada thn 1991. Rasa2nya masuk angin keluar asap je lah. Faham2 jelah labu
ReplyDelete