Semua pihak yang berada di dalam parti komponen kata Datuk Seri Najib Tun Razak , memberi persetujuan untuk tidak lagi mengungkit isu-isu sensitif, yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sesungguhnya agak sukar untuk mengekalkan momentum yang mantap seperti ucapan DS Najib dalam sessi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO yang baru berlalu. Ini kerana isu ini seperti gula-gula yang dapat meraih undi dalam pilihanraya.
Yang sebenarnya kerangka dan “hardware” UMNO memang telah sedia mantap cuma yang tidak stabil ialah “software”nya. Inilah yang banyak disentuh secara telus di dalam ucapan beliau itu.
Contoh-contoh nyata yang disentuh beliau seperti boikot memboikot apabila tidak dipilih sebagai calun adalah hakikat yang sebenar. Ada pemimpin bahagian yang tidak nampak batang hidung apabila namanya tidak dicalun semasa PRU11 dan akibatnya merebak dan berjangkit sehingga PRU12.
Ada juga calun Parlimen memboikot calun Dewan Undangan Negeri kerana tidak sebulu semasa bertanding dalam pemilihan UMNO. Sifat-sifat PHD (perangai hasad dengki) ini tidak mudah dihakis di kalangan kepimpinan di peringkat UMNO Bahagian dengan satu ucapan penggulungan sahaja khasnya di negeri yang BN kalah tetapi mereka ini harus “dicloroxkan” atau diputihkan setiap bulan.
Ini menepati hasrat Najib untuk turun padang bersama Muhyiddin pada tahun hadapan untuk bertemu rakyat. Najib tidak boleh lagi mengharapkan lapuran-lapuran yang dicantikkan oleh Ketua UMNO Bahagian sahaja.
Jika Najib betul-betul menyedari masaalah ini beliau harus betul-betul “cloroxkan” isu ini dengan segera, bak kata orang putih “walk the talk” waima kawannya sendiri.
Apa pun yang menarik MR di dalam ucapan beliau ialah strategi Bah Besar UMNO yang keempat “UMNO mesti menjadi juara media baru”. Sama-samalah kita tunggu dan lihat apa UMNO akan buat untuk jadi juara media baru ini.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
Ini cerita lama, setiap kali pada perhimpunan agung umno tanpa langkah dan tindakan konkrit. dah berbuih cakap pasal ekuiti melayu, mutu bangsa melayu dan hak melayu hakikatnya sila lihat statistik yang akan mencerminkan kelemahan kepimpinan unmo. memamng syok cakap montop dan menyihirkan perwakilan setiap tahun tapi lepas tu hapak pun pun tara kecuali mencari kambing hitam seperti cari salah AI( pengkianatlah, penderhakalah, proYahudilah, sodomilah,main belakanglah, blah-blah.......)kesedaran akan harta negara disapu dek petualang bangsa disembunyikan. Tak nampakpun perwakilan sambut membincang apa itu Satu Malaysia, MEB,atau memberi idea memperbaiki idea Najib, semua datang nak dengar atau melopong ucapan bangan pemimpin umno.
ReplyDeleteAnon..8.59am.tak da parti lain yg dapat bela melayu selama ini klu bukan UMNO,klu nak harapkan AI,blum lgi jadi pm dah banyak dia jual melayu termasuk la mugkin anda sendiri.klu la puak kambing bole bersuara depa pun mugkin tak hingin AI dikait kait dgan depa dek kerana peghangai gagak AI tu.
ReplyDeleteSetuju dengan Anon diatas.
ReplyDeleteDiantaranya faham ka para perwakilan tentang Refomasi dan Tranformasi? apa yang refome dan apa yang Tranfomasinya.Begitu juga engan Satu Malaysia? Fahamkah para perwakilan apa yang dimaksudkan oleh Najib atau sekadar datang untuk menjadi tukang sorak? Ini yang patut di ketengahkan oleh Pemimpin UMNO diperingkat atas setakat ketua2 bahagian dan ketua2 cawangan yang dipilih dari suku sakat sendiri refomasi dan tranfomasi sekadar agin yang berlalu saja.akhirnya harapan hanya tinggal harapan saja...