Cakap-cakap, bisik-bisik dan gossip-gossip kencang dah mula kedengaran di lobi-lobi hotel lima bintang di ibu negara sedikit hari ini bahawa PRU sudah semakin dekat.
Pelobi-pelobi calun dan mula mengatur strategi, akaun-akaun bank dah mula dikemaskini malah calun-calun yang terdiri dari ketua-ketua UMNO bahagian dah mula geli-gelaman dan bersiap-siaga pasang badan.
Baju Melayu, songkok dan songket baru dah mula ditempah begitu juga isteri-isteri mereka dah mula berjinak-jinak dengan produk-produk make-up berjenama. Jika dulu hanya pandai menempek bedak sejuk dan bedak cap nyonya hari ini jenema-jenama itu sudah tidak ada classss lagi.
Mereka juga sama naik dengan suami pasang badan untuk bersedia mengiringi suami semasa penamaan calun nanti.
Mutakhir ini peramal-peramal politik mempunyai banyak “tips” untuk menguatkan gorengan mereka. Banyak fakta disandarkan untuk menyokong ramalan mereka itu yang di antaranya, Najib dah mula masukan agenda PRU di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN.
Parti lawan, PKR dah mula nampak porak peranda, Anwar Ibrahim seperti ular air yang tidak berbisa lagi, ekonomi dan pasaran saham pun menunjukkan indek prestasi yang memberangsangkan, PAS di Kedah telah membangkitkan kebencian rakyat kepada mereka apabila gagal dalam isu banjir di Kedah baru-baru ini.
Sehari dua ini kenyataan-kenyataan Tun M pun dah mula nampak positif menyokong Najib, kuasa-kuasa besar dunia AS khasnya telah kembali berjinak-jinak dan yakin dengan kepimpinan Najib dan cukup berminat untuk berkawan rapat dengan Malaysia.
Berdasarkan faktor-faktor inilah peramal-peramal politik merasakan inilah masa yang sesuai untuk DS Najib mengadakan PRU13 dan membentuk Kerajaan beliau sendiri dan menghakis parut-parut Kerajaan tinggalan Pak Lah.
Apa juga ramalan,percaturan dan kayu pengukur yang diguna pakai untuk DS Najib membuat keputusan megadakan PRU13 apa yang penting adalah faktor fundumental, dalaman UMNO itu sendiri perlu di "overhaul" dan suara-suara akar umbi rakyat kampung bawahan mendapat perhatian dan yang utama termasuklah faktor-faktor pengundi muda di hadapan internet.
Hakikat yang sebenarnya penyakit dalaman UMNO masih belum pulih di peringkat akar umbi khasnya di Kedah negeri yang UMNO tewas dalam PRU12.
Ketua-ketua bahagian masih bermain wayang kulit di hadapan Presiden UMNO.Di hadapan lain di belakang lain.
Perpecahan masih berlaku apabila terdapat ketua-ketua bahagian hanya berpihak kepada orang-orangnya sahaja. Pengundi Atas Pagar (PAP)masih dipinggirkan. Wajah ketua-ketua bahagian masih dilihat angkuh dan egoistic.
Kriteria dan rekod cemerlang calun adalah paling utama dari rekod parti termasuklah keluarga dan suku sakat calun juga harus bersih dan bermoral.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
Najib sedang asyik syok sendiri dgn alunan lagu MCA dan Gerakan.
ReplyDeleteNajib akan menjadikan MCA dan Gerakan lebih berkuasa dpd UMNO.
Tak caye sama-sama kita tunggu dan lihat.
Salam Mummy,
ReplyDeleteLa ni hat yang kita kena buat selain dari berdoa supaya orang Melayu kita ni bersatu hati..kita kenalah betui-betui ikhlas..pemimpin-pemimpin kenalah slalu turun padang (mana yang pakai mercedes/bmw/porshe tu pakat-pakat la simpan kat rumah)..tengok ada ahli masyarakat yang susah pakat-pakatlah huloq sikit sorang..jangan nak tunggu keluaq paper/tv baru terhegeh-hegeh tunjuk muka..haa..kalu lagu tu barulah kita boleh konfiden yang kita ni dah betui-betui pulih..tak gitu Mummy?
Adila,
ReplyDeleteYes MR setuju. Kalau mampu pakai BMW, Porche, Merz tak kan mereka tak mampu hulur bantuan pada rakyat.
Jangan pula pakai duit rakyat beli BMW, Porche dan Merz.
simpan keta besaq kaa?nampak sangat pemimpin2 umno nihkuat menipu..
ReplyDeleteMR..UMNO dah ready siap sedia bila-bila masa sahaja.Itu lah laporan ketua bahagian setakat hari ini.
ReplyDeleteUntok hadapi pilihanraya Pru 13 bukanlah mudah dan dipandang ringan.Terutamanya UMNO saat ini.Aku punya pengamatan setakat hari ini macam UMNO belum bersedia.Mereka lebih kepada sikap selesa lagi.Di Kedah umpamannya.Mana ada program yang digubal oleh UMNO.Politik UMNO buat program jemput orang luar datang ke program tersebut.Bagi UMNO itu gah dan hebat.Tetapi berlaku disebaliknya.Yang buat buat program agensi kerajaan seperti KEDA,KEMAS,Penerangan dsb menjemput tuan-tuan besar orang politik.Jadi macam UMNO ini masih menumpang program orang lain.Yang pelik tuan-tuan besar ini datang disambut oleh poegawai.Sepatutnya saat ini UMNO lah yang adakan program menyambut orang ramai para tetamu sebagai pengundi dalam majlis mereka.Barulah orang ramai menjadi tetamu parti politik UMNO.Bukan tuan besar politik UMNO jadi tetamu agnsi kerajaan.Nampak sangat tuan besar politik UMNO ini nak kena disanjung disambut.UMNO ialah parti politik yang akan menghadapi pilihanraya untok dapat mandat rakyat.UMNO kenalah laju dan aktif.Tak ada ap pun yang UMNO buat kini.Biarlah UMNO kena hebat,Ini tidak tuan besar UMNO asyik menempek program agensi kerajaan sahaja.UMNO begitu sepi dan amat sunyi dengan suara dan teriakan UMNO.Barangkali tuan besar UMNO ingat orang tidak pandai menilai mereka.Inilah kesilapan UMNO dalam melayari kapal mereka dilautan bergelora.Mereka sekadar timbul dipelampong orang lain.Oleh itu wahai tuan besar UMNO rangkalah strategi program sendiri yang 100 peratus UMNO sendiri.Sambutlah para rakyat kemajlis m,ereka itu.Bukan orang lain menyambut tuan-tuan besar.Inilah penyakit syok sendiri yang sedang melanda tuan besar UMNO dibahagian-bahagian kini.Tuan besar UMNO dicawangan dan bahagian rancang apa sahaja program.Jemput segala pelusok kampong datang dengar akan hala tuju UMNO.Berubahlah wahai tuan besar.Pemimpin perlu berkorban.Bukan jadi pemimpin ambil peluang dan ruang untok poket sendiri.Tak perlu tuan besar dengan gaya dan imej mewah dan bergaya.Mamadai sederhana dan mesra orang ramai.Berubahlah kalau tak mahu diubah kedalam longkang nanti.
ReplyDeleteapa yang diluahkan oleh ABDUL YASSER amat baik dan patut dibaca oleh pemimpin2 UMNO...pendapat dan idea tuan cukup mantap.Pemimpin UMNO seharusnya menggunakan pendekatan yg tuan katakan.
ReplyDeleteHARD ROCK