Anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr Zainal Aznam Mohd Yusof mendakwa bahawa pelantikan Tan Sri Mohamed Isa Samad sebagai Pengerusi Felda adalah hari yang sedih dan mengakibatkan kebimbangan pasaran dan menjadikan pasaran tidak menentu.
Sehubungan itu beliau menyeru supaya ahli politik tidak dilantik mengetuai GLC. Begitulah betapa kuatnya pengaruh Tan Sri Isa Samad sehingga pasaran saham boleh bergoncang dengan lantikan beliau walaupun fundamental Felda begitu kukuh.
Persoalannya goncangnya pasaran saham kerana pelantikan Isa Samad atau kerana FELDA digoncang oleh IOI Bhd, KLK Bhd dan PPB Oil Bhd? Mereka-mereka inilah pemain besar pasaran minyak sawit dalam BSKL dan di rantau ini.
Syarikat-syarikat yang dikuasai kaum Cina ini menjadikan FELDA kuda tunggangan mereka untuk memonopoli pasaran minyak sawit di Negara China.
Hakikatnya politiking pasaran saham lebih hebat dari ahli-ahli politik yang sebenar. Kalau Tan Sri Isa tidak layak menjadi Pengerusi FELDA bagaimana pula Tun Mahathir yang menjadi Penasihat Petronas?
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
Dr Zainal Aznam nak cari pasal, nanti kena hentam keran tidak profesional dan sakit jiwa. Orang UMNO buta ekonomi dan tak tahu mengenal pasti orang yang dah bergelumang dengan rasuah itu harus dipadamkan dalam urusan ekonomi.Kita mudah benci orang Cina kerana mereka dah teguh dengan ekonmi mereka. Orang asing juga hebat tapi kita tak marah misalnya siapa pemilik pasara raya Carefour, Giant, Tesco. Pada hal ekonomi kita juga ada yang dikuasai oleh orang asing tetapi kita tak berapa marah melainkan pantang dengan orang Cina, kerana dengan meneruskan kebencian itu pada masyarakat bangan Melayu maka elit Melayu/UMNO boleh terus dapat projek besar melalui 'rent-seeking' atau pengutip sewa yang senang-lenang.
ReplyDeleteKejayaan bursa saham kita banyak dipengaruhi oleh pemain orang antarabangsa. Lihat kalu saham antarabangsa merudum bursa malaysia turut ikut dan ini terjadi sejak dulu lagi.
Pakar ekonomi Melayu harus mengikut kehendak pemimpin Melayu bukan berdasarkan pertimbangan kompetensi. Lihat mutu IPTA kita yang dimonopoli oleh semua orang Melayu, boleh cakap berdegar-degar universiti mereka terbaik dalam dunia tapi tiada mutu dan bukan pada kualiti orang Melayu atau orang Malaysia. Lihat jabatan awam kita dan lihat sistem penyampaiannya. Lihat sistem penyiaran kita yang sarat dengan membodek pentadbiran sehingga kita merasa lemas dan benggong.
Memang siapa saja Melayu nak nak buat cadangan/pandangan kritikal terhadap Melayu akan disisih dan dikondem habis-habisan bagailkan orang Melayu tulen akan lenyap di bumi ini.
dengar cakap dua ekor ni bungkuih semua glc.punahsihat kah...kah..kah
ReplyDeleteapa punya turrrr.chiak bey liow.
najib razak tak nampak ka mainan dua ekor ni?
ntah berapa banyak dia dah mentedarah duit tokeh2 cina ni.
ReplyDeletemelayu bila dah dok diatas...lupa asal usul dan rumput dibumi.
anggap dia jer betul...
bangsa sendiri pun sanggup pijak.
cina buat semua betul...
sakit hati tengok melayu lain naik...biar dia saja kaut kekayaan.
perangai tak ubah.
Isa Samad ada terpalit kes beli undi. Beliau gagal memajukan N9 semasa jadi MB N9 dulu. Dr M pula dah jadi lagenda. Lagipu Penasihat tak berapa ada kuasa. Cuma Dr M ada pengaruh. Cakap masih laku
ReplyDeleteSalam Mummy Rokiah,
ReplyDeleteSaya ada pandangan sendiri mengenai saranan Dr. Zainal Aznam. Sebenarnya GLC perlu diterajui oleh orang yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap rakyat. Tidak kiralah orang korporat atau politik. Kalau piih orang politik yang hanya akan menggunakan GLC untuk politik dia, tak guna juga. Saya pun tertanya-tanya kriteria melantik Isa Samad jadi pengerusi Felda. Bukan kerana Isa orang politik tetapi Isa mempunyai rekod yang tercemar. Isu politik wang hanya diselesaikan oleh jawatankuasa yang ditubuhkan oleh UMNO bukan SPRM. Politik wang adalah rasuah yang semestinya diselesaikan oleh SPRM. Walaupun Isa sudah "dihukum" yang macam tak dihukum pun, tetapi dia tetap ada isu moral. Maka apabila Isa bercakap tentang integriti dan perjuangan, saya pun aga terkejut. Saya melihat melantik Isa hanya menjadi liabiliti kepada kerajaan.
Saya fikir inilah yang menjadi kebimbangan Dr. Zainal Aznam dan jangan meletakkan Isa sama dengan Mahathir yang menerajui Petronas. Perbandingan ini hanya menunjukkan kecetekan pemikiran orang yang membuat bandingan itu.
Saudara Ku Seman,
ReplyDeleteFELDA ialah “rakyat base business” ia bemula dengan peneroka Melayu dikumpul untuk meneroka hutan belantara khasnya tanah-tanah yang dikira tidak produktif atau “kawasan yang rakyat istilahkan kawasan jin bertendang”.
Keringat dan airmata Melayu-Melayu peneroka ini membuahkan hasil yang lumayan khasnya ladang-ladang sawit sehinggalah hari ini FELDA menjadi konglomerate yang besar dan ternama.
FELDA tidak boleh disamakan dengan GLC-GLC yang lain seperti TNB, PNB, TM, Khazanah dan lain-lain kerana FELDA bangun dari sifar dan keringat Melayu sejati bukannya melalui pengambilalihan syarikat-syarikat ladang penjajah seperti Sime, Guthrie dsbnya.
DS Najib telah membuat keputusan tepat tidak meletak koperat-koperat Oxford atau Cambridge sebagai Pengerusi FELDA yang mana KPI mereka ini hanyalah “dollar and cent”.
Isa Samad dihukum UMNO seperti juga Tun M dihukum UMNO sehingga dibuang parti tetapi rakyat tidak menghukum mereka.
Najib melihat kekuatan Isa Samad dalam UMNO dan kemenangan dalam PRK baru-baru ini terbukti.
Kenyataan mengatakan perlantikan Isa Samad menjejaskan pasaran saham adalah keterlaluan dan tanpa asas.
Mami, betul tu..wat hang tak bagi tau Mahathir semasa jadi MP biasa pun pernah jadi Pengerusi GLC, FIMA BHd dan PERNAS kalau tak silap saya.
ReplyDeletePada hal Tun berkelulusan MBBS seorang doktor. Bermakna Tun jadi Chairman itu atas kapasiti politician.
Tidak ada bezanya Tun dgn Mat Isa.Sokong Najib, Rakyat didahulukan.
Teruskan Mami.