Pergerakan Wanita UMNO mahu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka mempertimbangkan calon wanita bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini.
Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata harapan dan hasrat pergerakan itu sudah disampaikan kepada Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang juga Ketua Menteri Melaka.
Politik tidak mengenal letih dan penat. Shahrizat nampaknya menempah tiket awal untuk geng-geng wanitanya agar ahli-ahli wanita nampak beliau berjuang bematian-matian untuk wanita. (mStar Online)
Begitulah struktur UMNO yang terlalu banyak geng, geng bahagian, geng Pemuda, geng wanita dan geng puteri. Kerana terlalu banyak geng inilah UMNO terdedah kepada boikot memboikot jika ahli geng mereka tidak dipilih sebagai calun. Kadang-kadang apabila terlalu taksub dengan geng mereka leka bahawa kesemua mereka itu adalah geng UMNO. Begitu juga sebaliknya jika mereka terlupa mereka berada di dalam geng Barisan Nasional.
Berbalik dengan cadangan Shahrizat, mungkin Shahrizat perlu ingat bahawa dua perkara penting yang calun PAS gagal memenangi pengundi Cina di Tenang ialah kerana calun PAS Normala Sudirman tidak boleh besalaman dengan bukan muhrim dan pembentukan Negara Islam jika PAS menang.
Kedua-dua isu ini dimainkan secara cerdik oleh Pesiden MCA Chua Soi Lek supaya rakan-rakannya dalam Barisan Nasional, UMNO khasnya tidak terguris kerana dalam masa yang sama UMNO sedang berusaha keras untuk memenangi pengundi kaum Melayu dan Islam.
Sebaliknya jika BN meletak calun wanita di Merlimau bagaimana pula Presiden MCA hendak memutar belitkan isu ini kepada masyarakat Cina yang terdiri dari 21.11% pengundi di Merlimau, Melaka?
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
Assalamualaikum,
ReplyDeleteLately i noticed that Kak Jat always DO NOT THE RIGHT THINGS at NOT THE RIGHT TIME! Entahla..apa ug dikejarnya sangat...MENDAHULUI PM adalah suatu yg DANGKAL sekali! Ikhlas.
Sharizat tak da karisma glocal spt Ts.Rafidah Aziz,dia sendiri kalau nak menang dan ingin bertanding pada pru13 kelak dia perlu bertanding di sabah atau sarawak,kerja dia kuat dan rajin tapi keja stail makan gaji,karisma kepimpinan tak seberapa makin lama nampak makin pudar.
ReplyDeleteMR..soal geng bergeng ni lah antara masaalah ketara sangat dalam UMNO..Shahrizat yang saya kagumi pun ada geng2 dia..mintak ampun tapi tu lah hakikat sebenarnya dalam UMNO.
ReplyDeletep.s. Tapi manusia dimana2 parti pun ada geng2..perkara global.
MAMA tolong check bagaimana syarikat anak beranak Sharizat senang-senang boleh dapat geran kerajaan berpuluh juta? Semua pengarah adalah anak beranak dia..semua belum lagi layak mengurus tapi dah berlagak macam tahu semuanya.. National Feed Lot Corporation..
ReplyDeleteBila terima bayaran pertama geran,anak lelaki dia dgn rakusnya suruh secretary cari quotation nak beli MERCEDES.. tapi claim staf di tahan berbulan-bulan dgn alasa takde duit..sedangkan claim anak-anak dia beribu-ribu semua dgn note URGET.
Anak perempuan sharizat (memang cantik) baru balik dari USA baru habis belajar tetapi berlagak macam dah lama berkerja dan macam tahu macam2 dalam industri..
ramai staf yg bertanggungjawab dalam draf/pelan NFC dah berenti pasal meluat dgn anak beranak ni..
Wanita UMNO memang buat kerja and deliver kat Tenang dan itu lah kenyataannya.
ReplyDeleteShalela
MR.Siapa pun ok.Asalkan BN menang je.Kan Dato Najib kata beri syarat iaitu wineable candidate.Jangam salah pilih tersangkut pula calon yang ada skandel.Waktu sekarang masing-masing sembunyikan skandel sendiri.Lepas tu pecah rahsia.Yang lingkup BN juga.Dato Shahrizat tak perlu lah perjuang untok geng wanita dia sahaja.Calon kena bersih dari segala skandel.Kalau tidak susah BN nanti.Dato Shahrizat buat kerja bagi BN menang dulu.Agaknya mungkin Dato Shahrizat pun terlupa dengan syarat wineable candidate.
ReplyDeleteWanita pula dah tunjuk taringnya.Jgn jadi kadok naik junjong sudahlah mak cik sharizat ooi.
ReplyDelete