Monday, February 28, 2011

Rosmah bukan 'Queen Control". Pergi ke Riyadh bukan berseronok tetapi bekerja

(Utusanonline 23/2/2011)

KUALA KRAU 27 Feb. – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini membidas pihak pembangkang yang melemparkan pelbagai fitnah dan tuduhan tidak benar terhadap dirinya dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rosmah berkata, pelbagai fitnah dilemparkan terhadap beliau termasuk dikatakan mengongkong dan mengawal segala tindak-tanduk Perdana Menteri.

“Saya ingin tegaskan di sini bahawa semua itu (mengongkong) tidak benar kerana segala keputusan dibuat sendiri oleh Datuk Seri Najib.

“Malah, apa jua yang saya lakukan adalah dalam pengetahuan dan perlu mendapat kebenaran daripada beliau terlebih dahulu,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada pesakit kronik di Felda Jengka 25 di sini hari ini.

Rosmah berkata, walaupun sering kali difitnah oleh pihak pembangkang, beliau tidak patah semangat untuk terus melaksanakan tanggungjawab terutamanya terhadap golongan wanita dan generasi akan datang.

“Mereka (pihak pembangkang) ingat saya akan duduk diam selepas mereka hentam saya dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.

“Saya sebenarnya lebih bersemangat terutama dituduh menghabiskan duit kerajaan selepas pergi ke Riyadh, Arab Saudi untuk menyampaikan ucaptama di sana baru-baru ini,” jelasnya.

Tambah Rosmah, kunjungan beliau dan rombongan ke Riyadh adalah atas jemputan dan pengiktirafan negara itu terhadap wanita Malaysia.

“Saya bukan nak besarkan diri tetapi ingin jelaskan bahawa saya ke sana bukan untuk berseronok tetapi bekerja,” ujarnya yang kini memberi komitmen padu dalam bidang pendidikan generasi muda khususnya kanak-kanak prasekolah.

4 comments:

  1. wawasan said...

    skg ni tanah melayu menuju maju,2020 tahun sasaran kita,elok juga dibuka kilang jenama fitnah,boleh ketengahkan CEO kilang fitnah ini,individu2 yang berkaliber boleh lah disenarai pendekan untuk terajui kilang tersebut,boleh dicari dari keadilan,parti aslam mahupun roket,depa ni sgt cekap dlm tabur fitnah,masyarakat boleh lihat di Tenang,Kerdau dan Merlimau,sesungguhnya ingat lah hari pembalasan ALLAH yang sangat dahsyat yang kita akan hadapi setelah kematian,ingatlah klu terjadi perkara ini (kita fitnah pukul 12.00 tengahari, dan kita mati pukul 2.00 petang iaitu dua jam selepas fitnah dilakukan) menyesal lah dengan kezaliman diri sendiri, maka apakah parti boleh tolong dalam perjalanan roh menemui ALLAH swt?????

    ReplyDelete
  2. Untuk maklumat sahih bagi semua rakyat Malaysia sila baca Utusan Meloya/Berita Hairan/RTM1/RTM2/TV3/TV7 atau AWANI. Bangun pagi-pagi baca atau dengar berita dari yang disebut tadi maka mengikut pakar motivasi anda Dr Faz...... anda akan selalu ceria, mempunyai jati diri bersemangat gemilang/terbilang/gemilang dan bertakwa. Asda orang nak jadi First lady ada orang nak jadi Fat lady.

    ReplyDelete
  3. Ada orang kata zaman hari benang basah pun boleh ditegakkan dengan ambil gam yg banyak supaya benang itu jadi tegak bila kering nanti.

    ReplyDelete
  4. Saya berdoa semoga cepatlah Datin Sri RM menerima kemungkinan ramai orang meluat kepada beliau, dan mempunyai persepsi kukuh bahawa DSRM seorang yang amat berlagak dna liabiliti politik kepada DSNR. Cara senang, tengoklah cara dan gaya isteri mantan PM PM sebelum ini. Adakah lagak mereka seperti beliau? Seeloknya DSRM bertanding saja sebagai MP, terus jadi Menteri.

    sri hartamas

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.