Akhirnya kuasa rakyat, kuasa Facebook dan kuasa laman web telah menjatuhkan Pressiden Mesir Hosni Mubarak. Hosni Mubarak dan keluarganya akan berada di dalam pelarian buat seketika waktu dan bakal menghadapi masa depan dalam buruan.
Walau apa juga situasi Hosni Mubarak, rakyat negara ini harus mengenang jasa isteri beliau Suzanne Mubarak kerana telah membebaskan beberapa orang rakyat Malaysia yang terbabit dalam penahanan konvoi Viva Paestina, kejadian di mana lebih 10 anggota konvoi Viva Palestina cedera, empat daripadanya parah, dan tujuh ditahan polis Mesir.
Usaha ini telah digerak oleh isteri PM, DS Rosmah Mansor apabila beliau bercakap dengan Madamme Suzanne dari sudut kewanitaan, iaitu berkaitan kasih sayang terhadap anak-anak dan juga rasa kasih seorang ibu menerusi telefon secara peribadi seterusnya memohon bantuan dibebaskan Konvoi Viva Palestina yang ditahan.
Inilah buktinya apabila pengaruh DS Rosmah dan pengaruh Suzanne digembeling dengan erat maka berjayalah dirungkai isu diplomatik antarabangsa sehingga Polis Mesir tunduk dengan arahan Suzanne.
Itulah kuasa isteri Presiden ketika itu tetapi hari ini Suzanne terpaksa menjadi pelarian malah nyawanya juga terancam. Tiada lagi kuasa, tiada lagi harta, tiada lagi make up tebal dan tiada lagi set rambut berjambul.
Semoga DS Rosmah tidak bersedih kerana kehilangan sahabat yang pernah menolong beliau untuk rakyat negara ini.
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
MR..apalah..set rambut berjambul? :D
ReplyDeleteMacam mana rupa??
Datin Seri ramai kekawan sebab PR dia sangat2 bagus..Suzanne hanyalah salah satu sahabat karibnya lah u! :))
Apakah berita tiadanya lagi Wanita Pertama Mesir akan menyayatkan kalbu DS Rosmah Mansor? Ramai wanita pertama yang diundangnya di KL tak lama dulu datang dari negara Afrika dan kebanyakan wanita pertama adalah isteri pada pemimpin diktator di negara Afrika dan wanita pertama Madam Suzanne yang suaminya adalah diktator sudah banyak sebat wang rakyat bukat berjumlah beribu-ribu tetapi berbilion dolar. Misalnya wanita pertama Mesir mempunyai suami( MUHAMAD HUSNI MUBARAK) yang memiliki kekayaan AS$70 bilion menjadikannya sebagai orang terkaya di planet ini. Sebahagian wang itu diperolehi melalui bisnes ketenteraan. Wanita pertama/isteri diktator juga mempunyai banyak program kononnya membantu golongan tersepit/OKU/fakih miskin/wanita tunggal/penderita AIDS/ dan sebagainya bagi meraih simpati rakyat yang dikontrol minda mereka melalui media massa dan propaganda negara masing-masing. Kononya perbuatan mereka itu adalah ikhlas dan melegitimasikan kediktatoran kepimpinan suami masing-masing atau memang nak kasi sibuk yang mereka pun turut prihatin dengan masalah rakyat terpinggir walaupun di sebalik itu mereka sudah sapu banyak wang rakyat. Contoh banyak bacalah kisah Imelda Marcos, Leila dan Ibu Suharto. Hidup kepura-puraan mereka tidak diterima oleh masyarakat yang telah khusyuk( sedar) tetapi bagi mereka yang masih bangan akan menjulang sama ada takut atau memang
ReplyDeletesuka memuji wanita pertama. Apalah ertinya Madam Susanne membantu Konvoi Viva Palestin sedangkan suaminya menjadi orang pesauh bagi AS menindas rakyat Palestin selama 30 tahun sudah dan mengsengsarakan kehidupan 80 juta rakyat Mesir? Fikirlah secara imbang dan nisbah atau waras.
Salam ziarah
ReplyDeleteto Anon
Kalau dalam hati dah penuh dengan BENCI..Sekiranya Rosmah pakai purdah sekali pun tetap nampak macam BERTELANJANG di hati mereka...Benci itu salah satu penyakit HATI
Wak J
Sama-sama berdoa la Rosmah tu bertaubat dari dosa dia tidak menutup aurat dan tak jadi mcm Imelda Marcos, Leila dan Ibu Suharto...Allah Maha Adil,kalau tak kena balasan kat dunia,akhirat pasti terima jgk..
ReplyDeleteMR.
ReplyDeleteKata perpatah setiap kejayaan seorang suami ada seorang wanita dibelakangnnya. Kini jatuhnya seorang Presiden kerana wanitanya.
Mungkin tumbangnya BN pada PU nanti kerana FLOMnya.
kalau dah namanya pembangkang, memang kerjanya asyik membangkang sajer... sampaikan perkara baik yang dilakukan oleh kerajaan langsung tidak menyentuh hati... padahal yang diselamatkan itu, adalah anak..bangsa dan rakyat negara sendiri.
ReplyDeleteAku no komen je laa.Takut miss shoruuu nanti.
ReplyDeleteBlogger macm MR,heboh macam ayam bertlur sebiji riuh 1 malaysia,dia cuba bayangkan kepada kita rakyat mesir tergerak hati menentang seolah2 adalah hasil usahanya atau setidak tidaknya hasil bloger sepertinya semata2. Negera kita tak sama org arab MR,sebab tu kalau kita berfikir dalam sikit, kita akan tanya napa nabi dan rasul lahir di tanah arab,bukan di kualah pilah,pekan kuah, langkawi atau di ranau sabah misalnya. Tak salah kita bersahabat dengan lanun,penyamun dan segala penjahiliah tapi kita tak payah ikut p'eal dia malah keja ds.rosmah setidak2nya mempromosi sifat kasih dan sayang terhadap anak2 yg mana kes buang,campak,bunuh dan termangandung luar tabee dah semakin menanah di negara kita dan saentero pelusok bumi yg dihuni org islam.Bloger ada peranan tersendiri tapi tak manis kalau seolah2 blog kitalah yg menyebabkan hosne mobarak jadi pencacai najis ketika ini dan membayangkan kepada khalayak bahawa kita hebat dan ampuh adalah riak dan takbur namanya.
ReplyDeleteSalam Mummy,
ReplyDeleteSaya yang tak tau sangat hal ehwal kepimpinan ini rasa tindakan Hosni Mubarak mengikut cakap isterinya supaya tahanan itu dibebaskan adalah tak kena sama sekali. Isteri Mubarak bukan dalam pentadbiran negara. Maknanya ikut cakap isteri yang bukan dalam kabinet dia. Ini dengan sendirinya memperendahkan Mubarak sebagai pemimpin utama Mesir. Saya fikir juga tindakan Rosmah seolah-olah menafikan peranan Menteri Luar kita. Adakah Rosmah yakin isteri Mubarak ada suara dalam pentadbiran Mubarak? Saya fikir kalau isteri pemimpin ada suara dalam pentadbiran suami dia, alamat menuju punah ranah. Nah sekarang Mubarak dah punah ranah. Kalau nak dengar sangat cakap isteri, lantiklah isteri duduk dalam kabinet dia. Jadi apabila Mesir dilanda demonstrasi, jangan salahkan Mubarak, salahkan isterinya yang sebenarnya megharu hara Mesir. Sekian.