Saiz transaksi rasuah yang besar telah didedahkan oleh SPRM dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia di mana ia melibatkan kerugian dalam sekitar RM108 bilion setiap tahun kepada kerajaan.
Transaksi-transaksi ini ialah seperti aktiviti kutipan cukai dan duti kastam, pendapatan tidak dilapor yang dihantar keluar negara tanpa kelulusan, penghantaran wang serta penyeludupan wang ke luar negara secara haram dan pengisytiharan tidak betul barangan import di mana semua transaksi-transaksi ini terlalu luas terdedah kepada ruang rasuah yang besar bagi sebuah jabatan.
Bayangkan bagaimana hanya korupsi sebuah jabatan sahaja dengan kuasa yang begitu luas dan “networking” dalaman yang halus bakal dapat meranapkan ekonomi Negara ini.
Ternyata pengamal-pengamal rasuah dalam agensi ini sudah tidak lagi bermain dengan bilis-bilis atau rasuah-rasuah kecil seperti rasuah cukai kain batik dan rokok kretek dari Langkawi tetapi gejolak nafsu tamak mereka telah menyerakah berbillion ringgit.
Mereka juga seperti telah terlatih dengan sendirinya mengunakan kebijaksanaan untuk mengatasi sistem dan peraturan dalam KDRM yang sudah lapuk sehinggakan sukar dihidu pergerakan mereka di tahap awal. Entah berapa banyak yang telah mereka songlap baru hari ini pihak SPRM dapat membongkarnya.
Persoalannya KDRM adalah di bawah Kementerian Kewangan dan Menterinya ialah DS Najib, beliau harus korek dan mencuci secuci-cucinya bermula dari cacing kerawet sehingga kepada ular tedung dan ular sawa dalam KDRM.
Sistem dan peraturan yang lapuk yang hanya layak menjadi makanan anai-anai harus dirawat segera. KDRM tidak harus terdedah dengan terlalu besar kuasa sehingga mudah untuk bersonglap. Bahagian-bahagian dan unit-unit dalam KDRM harus dirincik-rincikkan bidang kuasa mereka supaya “networking” dalaman tidak mudah terbentuk.
Apakah jadahnya pasangan pegawai kastam suami-isteri boleh bekerja sekali dan bersekongkol melakukan kemungkaran ini.
Konklusinya isu ini telah mencemarkan integriti Kementerian Kewangan dan mereka sedang diperhati oleh rakyat.
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
Minta jangan pendedahan ini jadi 'gempaq keling' sudahlah. lebih lebih lagi baru minggu lepas Suruhanjaya diRaja mendedahkan pegawai penyiasat SPRM menonton video selepas menyiasat Teoh Beng Hock. Dan Hishamudin, Timbalan Pengarah SPRM takpun dipanggil ooelh JK Siasatan SPRM untuk menjelaskan apa apa pun. Hishamudin boleh kata pulak dia tak bertanggung jawab apa yang staf bawahannya buat atau tonton semasa di pejabat. Apa punya penipu!
ReplyDeletePendedahan jenayah Kastam ni nak mengabui mata dan mengalih perhatian saja. Tengoklah lepas ni, sapa yang kena dakwa dan yg pentingnya, dapat dibabitkan kesalahan tak.
sri hartamas
Tahniah SPRM kerana telah mendedahkan isu penyelewengan yang terdapat dalam KDRM dan terima kaseh pada Blog Mummy Rokiah kerana telah menyiarkan Topic ini. Saperti yang sedia maklum dalam mana Organasasi atau Jabatan mesti terdapat orang yang amanah dan tidak beramanah. Saperti kata pepatah melayu seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit dan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Soalnya bagaimanakah hendak kita pastikan bahawa perkara seperti ini tidak akan berlaku disebuah Jabatan atau Organisasi yang begitu penting. Jabatan Kastam adalah sebuah Jabatan dibawah Kementerian Kewangan dan bertanggungjawab keatas hasil Negara saperti LHDN. Bagaimanapun LHDN telah diletakkan di bawah pentadbiran sebuah Lembaga.Maka sudah sampai masanya pehak Kerajaan memikirkan cara mengasingkan Jabatan Kastam dari lain Jabatan. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan membuat beberapa pembaikan dan penambahan untuk menaikan moral pekerja dan juga jabatan ini saperti
ReplyDeleteMeletakan pegawai SPRM dalam KDRM bagi memantau serta melapurkan aktiviti kurang sehat dalam KDRM.Memberi imbuhan dan penghargaan diatas sumbangan kepada anggota KDRM bila dapat mengcapai kutipan hasil yang telah ditetapkan.Pegawai atasan perlu memberi penekanan yang serious terhadap penilaian pretasi anggota. Kenaikan pangkat dibuat oleh Pegawai KDRM sendiri dan tidak melibatkan JPA atau SPA. Pegawai yang betul layak dan dikenal pasti mempunyai prestasi baik dipertimbangkan bagi tujuan ini. Apa yang di fahamkan terdapat pegawai Kastam bawahan yang mempunyai Diploma dan Ijazah yang telah mencapai prestasi kerja yang baik serta telah bertugas beberapa tahun masih lagi menjadi pegawai bawahan yang kelulusanya setaraf dengan SPM.Disini ternyata KDRM sendiri tidak mengambil tahu akan kebajikan anggotanya.Diharap pehak SPA dan JPA juga perlu memberi perhatian berkenaan hal kenaikan pangkat keatas anggota Kastam supaya kebajikan anggota terbela dan moral kerja dan pekerja mereka dapat ditingkatkan .Menerapkan nilai nilai cara kerja yang terpuji dan murni dibekalkan kedalam diri anggota KDRM. Mengenal pasti pekerja yang mempunyai prestasi yang rendah serta memberi amaran jika perlu bagi meningkatkan prestasi kerja mereka , menghapuskan penggunaan kuasa yang berlebihan dalam jabatan.
Mungkin pehak Kerajaan telah terlepas pandang bagaimana mustahak dan pentingnya KDRM Kepada Kerajaan .Diharap DS Najib dapat mengambil perhatian dalam hal ini dan semoga kutipan cukai Negara dapat ditingkatkan lagi bagi menjadikan negara ini terus maju , aman sentosa dibawah Pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional , Inshaallah.
Masyallah! RM108 bilion! Tu dah USD30 bilion! Dgn jumlah ini negara boleh beli 10 biji kapal selam Scorpene utk pertahanan laut, atau berpuluh pesawat tempur utk pertahanan udara...tp semuanya hangus begitu saja melalui rasuah..
ReplyDeleteTahniah SPRM kerana telah mendedahkan isu penyelewengan yang terdapat dalam KDRM dan terima kaseh pada Blog Mummy Rokiah kerana telah menyiarkan Topic ini. Saperti yang sedia maklum dalam mana Organasasi atau Jabatan mesti terdapat orang yang amanah dan tidak beramanah. Saperti kata pepatah melayu seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit dan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Soalnya bagaimanakah hendak kita pastikan bahawa perkara seperti ini tidak akan berlaku disebuah Jabatan atau Organisasi yang begitu penting. Jabatan Kastam adalah sebuah Jabatan dibawah Kementerian Kewangan dan bertanggungjawab keatas hasil Negara saperti LHDN. Bagaimanapun LHDN telah diletakkan di bawah pentadbiran sebuah Lembaga.Maka sudah sampai masanya pehak Kerajaan memikirkan cara mengasingkan Jabatan Kastam dari lain Jabatan. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan membuat beberapa pembaikan dan penambahan untuk menaikan moral pekerja dan juga jabatan ini saperti
ReplyDeleteMeletakan pegawai SPRM dalam KDRM bagi memantau serta melapurkan aktiviti kurang sehat dalam KDRM.Memberi imbuhan dan penghargaan diatas sumbangan kepada anggota KDRM bila dapat mengcapai kutipan hasil yang telah ditetapkan.Pegawai atasan perlu memberi penekanan yang serious terhadap penilaian pretasi anggota. Kenaikan pangkat dibuat oleh Pegawai KDRM sendiri dan tidak melibatkan JPA atau SPA. Pegawai yang betul layak dan dikenal pasti mempunyai prestasi baik dipertimbangkan bagi tujuan ini. Apa yang di fahamkan terdapat pegawai Kastam bawahan yang mempunyai Diploma dan Ijazah yang telah mencapai prestasi kerja yang baik serta telah bertugas beberapa tahun masih lagi menjadi pegawai bawahan yang kelulusanya setaraf dengan SPM.Disini ternyata KDRM sendiri tidak mengambil tahu akan kebajikan anggotanya.Diharap pehak SPA dan JPA juga perlu memberi perhatian berkenaan hal kenaikan pangkat keatas anggota Kastam supaya kebajikan anggota terbela dan moral kerja dan pekerja mereka dapat ditingkatkan .Menerapkan nilai nilai cara kerja yang terpuji dan murni dibekalkan kedalam diri anggota KDRM. Mengenal pasti pekerja yang mempunyai prestasi yang rendah serta memberi amaran jika perlu bagi meningkatkan prestasi kerja mereka , menghapuskan penggunaan kuasa yang berlebihan dalam jabatan.
Mungkin pehak Kerajaan telah terlepas pandang bagaimana mustahak dan pentingnya KDRM Kepada Kerajaan .Diharap DS Najib dapat mengambil perhatian dalam hal ini dan semoga kutipan cukai Negara dapat ditingkatkan lagi bagi menjadikan negara ini terus maju , aman sentosa dibawah Pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional , Inshaallah.
dahkata said.....
ReplyDeletesepatutnya perkhidmatan awam perlu mengambil pegawai2 dan kakitangan2 secara kontrak dgn banyak,bagi saja kontrak kerja setahun-setahun dan akan disambung berdasarkan prestasi kerja, sekarang ni banyak orang2 menganggur, bagi peluang pada org2 ni pula bekerja sebagai kakitangan awam di mana-mana jabatan dan kementerian, kalau dok harap sangat kakitangan tetap, depa ni banyak songeh lupa daratan dan lupa diri,cita2 besar nak main golf, nak kreta besar, tapi gaji padan-padan sj untuk sara hidu,
saya rasakan hampir 90% depa-depa ni terlibat dgn perkara tak baik,
masuk kan depa ini ke kemunting sja bersaksikan ISA-kianat negara
setakat baru 62 yang ditahan sprm rasanya tak berbaloi.Aku rasa banyak lagi yang sprm kena siasat.Apa pun tahniah pada kerajaan terutama sprm.Sebab itu orang ramai punya persepsi jawatan yang paling diminati oleh pemohon kerana mempnuyai masa depan yang cukup cerah.Masuk kiri kanan atas bawah.Ooooooi hidup mewah dan bergaya.Aku harap kerajaan perlu sapu bersih pada pengkhainat agama bangsa dan tanah air ini.Negara kita akan bangkrapsi dan lumpuh.Ini baru KDRM.Apa hal agensi lain pula.Aku nak cadang kalau boleh kerajaan wujudkan tenaga SPRM sukarela macam PDRM sukarela,BOMBA sukarela, agar mereka ini jadi tanaga mencari maklumat penyangak haprak duit rakyat dan negara.yang paling tersedih katanya yang kena cekup dengan SPRM tu ramai Melayu pula.Malu nya Melayu yang beragama Islam.Kalau difikir orang miskin dibandar dan kampung kesian mereka.Tergamak kah lagi diadakan majlis bantuan pada mereka sekadar kain pelikat,gula sebungkus,kain batik,RM 50.Berbanding dengan kemewahan dari rasuah.Sama-samalah kita ikuti perkembangan selanjutnya operasi SPRM terhadap Jabatan Kastam ini.Tak semua begitu ada juga yang bagus dan mulia.
ReplyDeleteTahniah kepada SPRM, pada pandangan aku itu baru dalam lingkungan 10 - 15% sahaja yang kena, rasa2nya banyak lagi.
ReplyDeleteJadi..! apa yang diharapkan SPRM jangan pula pilih roma, asal roma tembaga sikit dan buat kenyet2 saja, alang2 sapu, sapu sampai berseh, lepas tu sampah2 yang dah kaya raya ini patut dipencenkan secara Darurat tanpa sebarang imbohan.....
Hari yang sedih dan memalukan, Kastam vs MACC..
ReplyDelete