Pic: Utusan |
Peluk lah sepuas-puas suami Puan hari ini kerana masa sudah terlalu suntuk untuk Puan terus memegang ‘title’ isteri Ketua Menteri Sarawak.
Dalam sedikit masa lagi suami yang Puan peluk erat itu akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri dan pada ketika itu Puan harus sedar Puan tidak lagi memeluk Ketua Menteri tetapi Puan hanya memeluk kekanda Taib Mahmud atau ‘Taib Mahmud my darling”.
Puan dan suami Puan harus sentiasa ingat bahawa jawatan, pangkat dan darjat hanyalah sementara waktu sahaja. Puan sendiri dapat melihat bahawa pengundi-pengundi Cina di bandar-bandar sudah tidak menyokong suami Puan lagi.
Buktinya DAP telah menawan hampir keseluruhan kawasan majoriti pengundi Cina apabila menang 12 kerusi daripda 15 kerusi yang mereka bertanding. Mereka telah membawa masuk DAP yang rasis itu ke dalam politik Sarawak.
Puan lihat lah apa jadi dengan rakan karib suami Puan, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam yang telah dihenjut teruk apabila gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau setelah tewas kepada lawannya, Ling Sie Kiong daripada DAP.
SUPP diajar secukup-cukupnya oleh pengundi Cina kerana terlalu bersekongkol dengan suami Puan yang mereka gelar 'Pa Mao' itu.
Walaupun jasa suami Puan terlalu banyak kepada rakyat Sarawak tetapi politik tidak pernah mengenang jasa sesiapa.Malah yang penting untuk Puan sedar ialah mereka telah muak dan meluat dengan suami puan yang terlalu lama menjadi Ketua Menteri Sarawak..
Puan Sri Ragat Kurdi,
Peluk lah suami Puan lama-lama, kerana kehangatan pelukan seorang isteri seperti puan itu akan menenangkan jiwa suami Puan yang berkecamuk sepanjang bergelut dalam pilihanraya yang baru lepas.
Walaupun pelukan erat Puan itu tidak akan menghitamkan rambut suami puan yang telah putih seperti kapas yang menjadi bahan kempen politik perli “Pa Mao” oleh pengundi Cina tetapi aura kejelitaan puan itu cukup untuk merawat luka-luka kempen Pilihanraya Sarawak yang ke 10 yang ditimpa suami Puan.
Puan Sri Ragat Kurdi,
Hakikat yang sebenarnya kekuatan suami Puan untuk terus berkuasa dan liat untuk melepaskan kuasa itu kerana, kekuatannya ada pada Puan. Segala zat, vitamin dan mineral yang telah disalurkan oleh Puan itu telah menyuntik semangat dan tenaga kejantanan yang luar biasa kepada suami puan untuk terus bergayut sebagai Ketua Menteri Sarawak.
Walaubagaimanapun suami puan harus sedar masanya sudah sampai yang beliau mesti melepaskan jawatan dengan segera bukannya dua atau tiga tahun akan datang seperti kenyataan beliau semalam, tetapi sebulan atau dua bulan ini kerana PM kita telah membuat janji kepada rakyat Sarawak untuk melakukan perubahan kuasa. Ini kerana PM juga bimbang Sarawak akan menjadi seperti Mesir dan Libya.
Malah Puan pun tahu umur suami Puan telah menjangkau 75 tahun, mungkin semangatnya sahaja yang kuat manakala tenaganya sudah ‘tidak ada’. “You know better”.
Akhirnya berbisiklah di telinga suami Puan semasa di ranjang bahawa tahta ini bukan untuk dibawa sampai keatas katil malah jauh sekali sampai ke liang lahat.
Salam.
MR
Kalau tengok dari keputusan pilihan raya Taib Mahmud maseh diterima penduduk Sarawak , hanya penggundi yang mengundi DAP memberi alasan yang Taib Mahmud sudah lama menerajui Sarawak, itu cumalah alasan mereka saja,tanpa Taib Mahmud nanti lain alasan pula mereka berikan.
ReplyDeleteehh macam dengki la pulak, awat pasai ragat cantik ka hehehehe, makan hati nampak
ReplyDeletemammy rokiah dah menopose ke? hehehehehe...hahahaha...huhuhu...hikhikhikhik....apalah mammy ni, tengok orang bahagia pun cemburu...
ReplyDeleteAMBOI MUMMY NI...AWAT YANG DOK CKP LOKLAK SGT NI..TP CAYA LA MUMMY..PEDIAHHH..
ReplyDeleteBERSARA! - beri kepada orang baru. idea baru lebih fresh.
ReplyDeleteaikkk..smpai hal bilik tidur pun nak diperkatakan.. nak cuba rasa apa...???
ReplyDeleteudah-udah laa tu...
Puan Sri Ragat Kurdi,
ReplyDeleteHakikat yang sebenarnya kekuatan suami Puan untuk terus berkuasa dan liat untuk melepaskan kuasa itu kerana, kekuatannya ada pada Puan. Segala zat, vitamin dan mineral yang telah disalurkan oleh Puan itu telah menyuntik semangat dan tenaga kejantanan yang luar biasa kepada suami puan untuk terus bergayut sebagai Ketua Menteri Sarawak.
HAI MUMMY SOUNDS LAIN MACAM AJE.....MACAM SOUNDS PORNO AJE....
mummy..sabarla..redho ajelah tansri taib tak nampak mummy yg dah tuan sbb isteri dia muda lagi bergetah! so jgn jelouslah ya... dah terang lagi bersuluh org sarawak tak apa2 mummy pulak yang lebih2...heiisshh
ReplyDeleteSalam MR..:D)
ReplyDeleteNice post..tak jemu baca MR punya entry selama ni..terima kasih.
MUMMY MENULIS SESUATU YG SEDAP DIBACA TETAPI KOSONG ISINYA. PUAN SRI TAK FAHAM PUN BM, PUAN SRI TAK ADA MASA NAK BACA POST NYAMUK SPT INI. PUAN SRI ADA BANYAK HAL LAIN YG LEBIH PENTING UNTUK DIAMBIL KIRA.
ReplyDeletemasmerah
puan sri sangat lawa & cantik, org serawak sgt sukankannya,pandai lah jaga diri,jgn dudok dekat2 dgn ketua umum tu, bahaya jadinya, tak ape lah jgn peduli apa org kata pd pehin sri, si aziz kelantan tu lagi tua dah 80, berjalan pun pakai tongkat, karpal juga tua, bergerak pun pakai kerusi......,
ReplyDeletebiarkan si china tu tak undi ikut pehin sri,jgn beri bantuan pd depa org yg tak kenang budi,dikedah pun PAS tak bgi apa2 pd pengundi tsunami pru12,sia-sia kerja semua ni....
saranan hamba,eloklah pehin seri teruskan perintah serawak selagi aziz perintah kelantan dan selagi kit siang tak bersara.....
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletepuan sri sangat lawa & cantik, org serawak sgt sukankannya,pandai lah jaga diri,jgn dudok dekat2 dgn ketua umum tu, bahaya jadinya, tak ape lah jgn peduli apa org kata pd pehin sri, si aziz kelantan tu lagi tua dah 80, berjalan pun pakai tongkat, karpal juga tua, bergerak pun pakai kerusi......,
ReplyDeleteISTERI KETUA MENTERI ISLAM? KENAPA TIDAK MENUTUP AURAT DAN BERPAKAIAN TIDAK MENGIKUT ADAB ISLAM?
Sabarlah mummy.. masanya akan tiba jua. Toksahlah nak memaksa sangat kalau pengganti nanti cam Dolah badawi orang penang tu mummy, toksahlah amik contoh Libya Mesir pula kalau kita tahu pengganti seperti pemimpin hebat Iraq sekarang(ntah sape nama, mummy kenal?)
ReplyDeleteTakat tahap tu pemikiran, meluat dan dah lama maka tukar. Nik Aziz Karpal Lim Family kroni sesat bla blaa bla...
Mahathir tu... Dah lama sangat dia pegang jawatan bekas Perdana Menteri, suruh dia berhenti! lama sangat. Orang Penang meluat! Sape lagi?? bla bla
ReplyDeletewell said.
ReplyDeletehmmm... Pek Moh dah tua camni pun masih gilakan kekayaan, anak muda n kuasa... Bertaubatlah kerana masa ajal dah semakin dekat... Orang tua ni dah tamak haloba... Berapa tahun dah mengelap Wang Rakyat tapi masih nak lagi... Korang ni pandai kutuk Kit Siang n Karpal, tapi Orang cam ni u all support... Tengok sendirilah duit cukai Yang u all bayar tu masuk kocek Sape... U all keje penat n bayar cukai, BN Wat ape ngan duit tu? Buang duit Beli undi, Beli email 50 juta sedangkan email Yang berlambak kat internet semuanya free... Pikirla sikit sebelum undi Ye...
ReplyDeleteSalam Mummy,
ReplyDeleteToksah la kita nak heran sangat aiih..tak jadi Ketua Menteripun bini dia pedulik hapa..janji duit berkepok..hak yang tu lagi mustahak..sabit tu depa tak kira lagu mana..janji dapat kuasa..dah kompem dapat kumpul duit banyak..apa orang kata? Matlamat menghalalkan cara?