SHAH ALAM - Artis sama ada tempatan mahu pun luar negara yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral tidak dibenarkan mengadakan persembahan terbuka di Selangor, kata Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Hasan Mohamed Ali.
Katanya, tindakan itu dibuat kerana melihat perkara itu akan memberi kesan negatif kepada masyarakat terutamanya golongan muda di negeri ini.
“Kita tidak akan memberi ruang (adakan sebarang persembahan) kepada artis sedemikian kerana perlakuan kurang bermoral yang dilakukan sebelum ini dilihat akan memberi kesan negatif kepada golongan muda terutamanya yang menjadikan artis sebagai idola mereka.
“Kita bimbang para remaja akan terikut-ikut perlakuan artis tersebut dan sekali gus menyebabkan perlakuan sumbang di kalangan remaja meningkat di Selangor.
“Oleh itu dengan cara seperti ini, ia sedikit sebanyak dapat membendung kegiatan sedemikian daripada terus merebak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perihal yang berlaku kepada penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti yang mengaku hamil empat bulan walaupun baru berkahwin pada 20 Mac lalu.
Mengulas mengenainya Hasan berkata, peribadi artis seperti itu tidak layak dijadikan contoh kepada generasi muda.
“Apa yang dilakukannya (mengandung luar nikah) itu adalah berdosa dan haram di sisi agama dan ini bukan contoh yang patut dicontohi oleh mereka (masyarakat).
“Kita tidak mahu anak-anak muda kita terlalu mengagung-agungkan personaliti seperti itu,” katanya.
Sebelum ini, Kris Dayanti mengakui dia kini hamil empat bulan dan berita itu mengejutkan seluruh masyarakat.
Kris yang bernikah dengan usahawan dari Timor Leste, Raul Lemos pada 20 Mac lalu menegaskan, hal itu sudah pun terjadi dan dia serta suaminya menerima sahaja keputusan itu dengan hati yang terbuka.
Katanya “benda ini (kehamilan) sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pula cerita yang tidak betul. Kononnya, saya melakukan pengguguran,”.
Hasan berkata, pihaknya tidak menghalang sebarang persembahan hiburan tetapi ia haruslah memberi pendidikan kepada masyarakat.
“Setiap bidang ada pendidikan yang boleh disebarkan kepada masyakat, begitu juga dengan cabang seni malah kita akan beri ruang kepada persembahan berbentuk pendidikan.
“Kita tidak mahu sebarang hiburan yang boleh melalaikan umat dan menggalakkan maksiat di kalangan generasi muda negara. Sebarang persembahan seni yang jelas bertentangan dengan kehendak syarak seperti mengabaikan waktu solat, pergaulan bebas serta pendedahan aurat adalah haram,” katanya. (Sumber Sinar Harian)
Nampaknya posting MR refer untuk mengharamkan persembahan Kris Dayanti dalam negara ini disambut awal oleh Datuk Hasan Ali kerana sikap tidak senonoh Kris Dayanti mengandung dahulu sebelum berkahwin.
Seharusnya pihak Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan sensitif dalam hal ini. Sharizat Jalil, Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang konon lantang berjuang menentang anak-anak haram hanya diam membisu, hanya bertindak apabila masaalah membengkak.
Itulah kualiti menteri-menteri kabinet barisan DS Najib yang ada. Hangguk tak kena tempat tembak tak kena sasar.
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
MUMMY..BOLEH PERCAYA KE DGN HASSAN ALI NI?KENA GERTA DEK GAGAP TERKENCING KENCING LA TU...SETKAT NK MELALAK KAT MEDIA BDK2 TADIKA PUN BOLEH..mat jaeh
ReplyDeleteOK haramkan persembahan Kris Dayanti, tapi bagaimana pengaruh lain dari akhbar/majalah/tv/internet yang membakar keghairahan birahi anak muda dan juga anak tua? Bagaimana tindakan terhadap orang 'VIP' yang juga ada terlibat dengan kes-kes berkaitan dengan kerendahan akhlak? Mereka tidak dikenakan tindakan yang boleh mengajar masyarakat menjauhinya atau memang nafsu seks/birahi tidak boleh digalang sepenuhnya, ia akan tetap mengejala tidak kira di mana saja baik di AS/Somalia/Saudi Arabia/Malaysia atau dipersekitaran Mekah juga? Lagi ditekan lagi anak muda akan bereksperimen dengan bisikan seks. Sekali hormon seks anak muda mula berfungsi atau bergelora ia sulit dihalangi- satu tindakan alami.Ia mesti dilampiaskan. Jadi bagaimana? Nak dengar nasihat dari Mufti/Pak Imam/Ustaz malahan dari PM sendiri? Orang yang berprihatin( orang beragama dan moralis) melarang tapi tidak upaya memberi penyelesaian terbaik bagi kes-kes sebenar melainkan menasihati jangan ikut sangat ajakan syaitan/iblis atau nafsu songsang.
ReplyDeleteSalam Mummy,
ReplyDeleteCik Anon April 28,2011 9:50 AM ooi..ni cek nak habaq mai..sabit tu kita kena sama-sama benteras hak yang mungkaq tu cek ooi!! Bukan tugas Bang Asan Ali sorang saja..sapa-sapa yang ada kuasa lagi la kena jalankan tanggungjawab mebenteras ikut kuasa dia..kita yang takdak kuasa ni kenalah caghi jalan camana nak hindaq anak kita..bini kita..laki kita dari benda-benda yang tak senonoh tu..sabit tu Islam ajaq kita bertudung labuh, pakai pakaian longgaq..tak bercampoq jantan betina bukan muhrim..kalu dah sentiasa terdedah kepada benda-benda yang boleh membawak kepada maksiat..tak payah tunggu nak ada hormon sex la..hat yang dah menopos pun boleh buat lagi..kalu kita sama-sama gam orang macam Kris Dayanti..rugi ka kita?? Ni daak..berapa ramai hat yang jadi meroyan asai jumpak artis yang tak senonoh..pak menteri yang berkuasa jangan dok pejam mata dengan kandungan tv kita terutamanya ASTRO..la ni buleh kata asai cerita omputih semuanya ada adegan beromen..tu belom lagi tengok dalam internet..takkan SKMM makn gaji buta kot?? Kalu tak camana video klip seks Anu..dalam botol tu buleh tersebaq merata-rata..sat lagi orang kata pendakwaan berpileh..depa maghah..tak gitu Mummy??
setuju disekat tapi hassan ali kena pertikaikan juga kenapa jalang dalam exco selangor masih berjawatan?
ReplyDelete