Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi 2000 hingga 2008 seramai 257,000 kanak-kanak yang didaftarkan tidak mempunyai nama bapa.
Yang lebih menyedihkan bagi tempoh 1999 hingga 2003 saja, 44 peratus anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan.
Di dalam menangani gejala ini berbagai pendekatan telah diambil, ada yang berkesan dan ada yang tidak.
Di dalam kontek semasa MR ingin mengaitkan sedikit tentang isu yang terbaru seorang artis terkenal Indonesia, Krisdayanti yang terang-terang membuat pengakuan bahawa beliau hamil dahulu sebelum bernikah.
Perkara ini dibangkit memadangkan artis merupakan golongan yang cukup berpengaruh di dalam membentuk sikap masyarakat khasnya remaja dan golongan muda.
Kata Krisdayanti di dalam mempertahankan kehamilan luar nikahnya “Saya tahu, tetapi kami sama-sama sudah dewasa, bahkan sudah lama merancang untuk berkahwin. Kehamilan sudah terjadi. Kalau saya menolak pemberian Allah ini, nanti saya dituduh melakukan pengguguran”.
Jika beginilah moral seorang artis yang mempunyai ramai peminat dan idola nya di Malaysia termasuk artis tersohor negara Datuk Siti Norhaliza, ternyatalah kelakuan yang tidak senonoh ini amat membimbangkan.
Ini kerana pengaruhnya dapat merosakkan moral remaja dan anak muda Negara ini yang memang sudah gawat dilanda kerosakan moral dan akhlak yang parah.
Kerajaan “Islam” Negara ini harus mengambil tindakan yang tegas melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mana-mana artis yang terang-terang menyumbang kepada masaalah sosial seperti sex bebas, anak haram, zina, pembuangan bayi hasil dari perhubungan sex haram agar di “blackout” terus persembahan mereka dalam negara ini.
Artis-artis yang sebegini tidak harus diberi tempat samaada dalam media elektronik, Radio, TV atau persembahan pentas.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
Sokong. Selambe je dia ngaku berzina. nanti ramai orang belajar dari dia supaya selamba je ngaku berzina. Kita mesti takut dengan hukuman Tuhan kalau seluruh masyarakt sudah bersikap terbuka macam tu.
ReplyDeletePasti ke gejala ini dipengaruhi oleh perilaku 'bebas' artis? Atau ada faktor lain. Kenapa gejala ini tidak terjadi di negara maju yang ramai artis mereka hidup 'loose'? Kita ada dengar kes Menteri merogol amah, membunuh wanita cun,
ReplyDeletebomoh, paderi, imam, guru agama, pengawal, orang sakit mental juga terlibat dengan kes 'immoral' ini. Nak salah artis? Perlu kajian dari pakar sosiologi /psikologi dan jangan mudah nak tuduh melulu artis saja.Jangan pakai kajian oleh orang agama yang tiada ilmu pelbagai disiplin melainkan hafal al-quran dan hadis. Gejala ini dah wujud sebelum adanya golongan artis lagi, tak percaya buat kajian.
sokong dengan kenyataan Mae itu. Nanti terikut2 dengan pengaruh artis yg tidak bermoral lg parah nak mengubati dari sekecil-kecil masalah. Semoga artis kita tidak terikut2 dengan perbuatan jijik ini. Wassalam
ReplyDeleteYang mustahak kawan baik KD yang di Malaysia DSN jangan melayan KD niihh.. Kita sayang DSN, selain dari bersopan santun dia adalah insan yang sentiasa dikurniakan pahala oleh Allah Taala kerana dala hidupnya telah dapat mendirikan rumah Allah dikampong mertuanya di Permatang Masir, Sungai Patani.
ReplyDeleteDengan kaedah hidup KD bersekedudukan dengan bakal suami (sekarang suaminya) hingga hamil 4 bulan sabelum kahwin/nikah, eloklah mulai sekara DSN jauhkan diri dari KD. Tiada apa yang rugi. Mustahil kerana DSN berengggang dengan KD pasaran album DSN akan berkurangan di Indonesia.
Ini prinsip dan hukum Allah. Jika DSN juga ingin bersekongkol dengan KD kita percaya pasaran album DSN di Malaysia juga akan berkurangan.
KD, 4 bulan belum nikah sudah ngandung. DSN 4 tahun sudah nikah belum ngandung. Meeengaaapaaaa...?????
La kenapa marahkan Krisdayanti, dia orang Indonesia yang tak ada kena mengena dengan kita semua. Kalau nak bangkitkan isu ramai remaja malaysia terjebak dalam sek bebas hingga banyak anak luar nikah, nuka Krisdayanti aje penyebabnya tapi konsert2 yang habis lewat malam juga salah satu penyebabnya. Anak muda keluar dengan pasangan masing2 mengambil kesempatan untuk tidak terus pulang dan menginap dimana-mana tempat untuk memuaskan nafsu mereka. Muftu Perak sendiri pernah mengharamkan konsert anjuran sebuah stesen TV, apa sebabnya anda pasti tahu bukan.
ReplyDeleteJangan dok salah artis sahaja.Orang politik pun ada juga macam itu punya akhlak buruk.Serupa sahaja kalau tak ada iman rosak segalanya.
ReplyDeletesalam.jangan kita beri hukuman kalau kita tak jelas, perkara ini kita serah kpd ALLAH . Adakah mereka sudah bernikah sebelum ini kita pun tak tahu.benda yang tak betul tetap akan ditunjukkan.
ReplyDeleteAnon 6.53
ReplyDeleteItu Latuk K punya ait sulah abis lo.....lulu tembak sana ....tembak sini....gua ingat la,kaya punya olang ma,bukan fitnah ha,.....sikalang tembak angin saja ooo........aaaaaaaa pus pus pus....
ok la juga dia mengaku. ni ada yg tak mengaku walau pun ada bukti(gambar video).
ReplyDelete