Tuesday, April 5, 2011

Zam Maidin masih sayangkan PAS untuk mengimbangi politik Melayu dan Islam

Zam dan Ustaz Azizan sahabat semasa di Maktab Mahmud
MR tertarik dengan pendapat Zam Maidin dalam Utusan Malaysia semalam seperti di bawah supaya PAS diselamatkan dengan segera supaya pemimpin-pemimpin yang diatasnya tidak dihukum oleh ahli-ahlinya yang di bawah.

Hari ini dan sedikit hari lagi ahli-ahli PAS dan rakyat bakal menyaksikan siapa yang sebenar aktor dalam video tersebut. Semalam pun telah mula tersiar dalam Youtube pelakon handalan seMalaya hanya berpakaian tuala mandi terkinja-kinja tidak sabar untuk memulakan adegan awwwwww..... I tak rela you......

Rata-rata ahli PAS yang menonton video tersebut mengakui ianya adalah wajah Anwar Ibrahim tetapi mengapa pemimpin mereka yang di atas masih tidak mahu mengakuinya?
 
Konklusinya PAS akan berkubur kerana kawan bukan kerana perjuangan. Samalah seperti Anwar Ibrahim berkubur kerana kawan karibnya Datuk Esky.


(Utusan Malaysia 4/4/2011)
KUALA LUMPUR 3 April - Pemimpin-pemimpin Pas terutamanya yang masih berpegang kepada prinsip moral digesa supaya segera mengambil langkah drastik bagi menyelamatkan parti itu sebelum terlewat.

Ini kerana tindakan membisu pemimpin kanan Pas dalam isu video seks dibimbangi akan memendekkan hayat parti itu sedangkan, peranannya selaku parti nasional Islamik dalam mengimbangi politik tanah air masih diperlukan.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, Pas tidak harus menjadi korban hanya kerana kesilapan seorang dua ulama dalam parti itu yang tanpa usul periksa, bermati-matian mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kesempatan masih ada sebelum hal yang sebenar mengenai siapa 'aktor' dalam video seks itu terdedah kerana jika terlewat, kredibiliti Pas sebagai parti yang memperjuangkan prinsip Islam sejak sekian lama akan musnah.

"Saya yakin ini (menyelamatkan Pas) boleh dilakukan kerana percaya, masih ada segelintir pemimpin Pas yang berpegang teguh kepada prinsip moral berbanding hanya tahu menjaga kepentingan politik semata-mata.

"Mereka perlu tampil menyatakan pendirian. Mereka perlu memisahkan diri daripada dikenali sebagai pemimpin yang mempertahankan aksi seks demi kepentingan politik," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zainuddin yang juga Tokoh Wartawan Negara berkata, masa semakin suntuk buat Pas kerana persepsi rakyat telah berubah sebaik sahaja Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan video seks tersebut tulen.

Tambahnya, selaku parti yang berjuang atas landasan Islam, Pas sepatutnya bertanya di mana jam jenama Omega yang bertatah lambang negara Arab Saudi, sebelum membabi buta membuat solat hajat dan kemudiannya menjadikan ia sebagai pentas politik.

"Sebagai makluman kepada pemimpin Pas, hanya beberapa individu sahaja dalam dunia ini yang memiliki jam Omega bertatah lambang negara Arab Saudi dan Anwar salah seorang daripadanya, tetapi persoalan sekarang di mana jam itu.

"Sepatutnya Pas bertanya benarkah jam tersebut masih dalam simpanan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagaimana didakwa Anwar sebelum ini, atau benar ia berada dalam tangan trio 'Datuk T' (kemudian diserah kepada polis)," jelasnya.

Dalam pada itu, Zainuddin menyokong cadangan supaya rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu dipertonton di Dewan Rakyat, bagi membolehkan ahli Parlimen membuat keputusan sama ada wajar atau tidak suruhanjaya diraja ditubuhkan.

Ini kerana, katanya, berdasarkan cerita yang disampaikan oleh beberapa editor dan ahli politik yang sudah menonton rakaman tersebut, mereka sanggup memotong jari sendiri seandainya 'pelakon' dalam video itu bukan Anwar.

7 comments:

  1. MR: Bangkai gajah mana boleh di tudung lagi termasuk baunya.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga.Mula-mula cakap bohong lepas itu jadi pencuri.Demekianlah peribahasa melayu dulu.

    ReplyDelete
  2. Mami Rocky,
    Saya sangat setuju dengan pendapat Tan Seri Zam bahawa PAS perlu diselamatkan. Jika PAS lemah dan hanyut UMNO akan rasa mereka terlalu besar.
    PAS pada asasnya berjuang berpaksikan Islam tetapi sejak akhir ini agak lari kerana dipergunakan oleh DS Anwar Ibrahim.
    SELAMATKAN PAS!

    ReplyDelete
  3. cucu ghani said....

    pas berjuang dengan islam pas,tipu sana tipu sini,sokong peliwat penzina utuk jdi perdana menteri, paklah pula berjuang dengan islam hadari,kalah praya di banyak negeri,untuk mengimbangi politik melayu dan kepentingan agama islam maka eloklah umno dan pas bergabung tenaga sebagai satu pasukan dan biarkan dap ketepi.
    pakat2 jadi menteri,jaga islam dan jaga melayu.

    ReplyDelete
  4. Siapa Zam yang nak menasihati PAS? Apa jadi dengan penasihat PAS yang lain? Kan cerita UMNO nak berbaik dengan PAS dah dikuncikan apa pula dikaitkan dengan cerita video seks yang tak dibuat secara profesional tu? Dari seorang yang mengulas tentang video porn tu
    "Kita biasa dengar cerita, kalu orang dah tua dah nyanyuk akhirnya main tahi pun tak sedar.
    Ini lah agaknya yang berlaku pada BN/UMNO(dah sampai main tahi be). Dah lama sangat menang(comfortable),akhirnya bila tercabar sudah hilang daya berfikir, Akhirnya mistake after mistake done.
    Perbetulkanlah diri. Bersiapkanlah diri. Admit your mistakes dan perbetulkan keadaan while awak
    sempat. Setidak2nya orang yang waras macam aku ni kesian dan simpati pada mereka.
    Ini tidak, mencari jalan laknat untuk mengatasi problem mereka"
    Mereka yang 'mastermind' video itu dah gila buat gambar si pegang tuala itu macam AI tapi badannya seperti Najib.
    Orang Melayu pekak saja boleh termakan taktik kotor ini.
    Zam tak faham-faham, UMNO hidung tak macung pipi tersorong-sorong. Cakap fasal Islam, perpaduan Melayu dah tak ada ummpnya lagi, mungkin laku pada makcik Felda, kecuali melawan penindasan dan rasuah!

    ReplyDelete
  5. Saya rasa ada banyak lagi isu besar yang Zam ni patut juga beri komen.

    Saya tidak menuntut keikhlasan dalam memberi komen tetapi cukup untuk melayakkan Zam jadi nampak pro sikit.

    Tak kan tak tau kot.

    ReplyDelete
  6. I beg to differ mummy, ayat ZAM masih sayangkan PAS agak terlalu menggelikan hati.
    Sefaham saya ZAM ini menyindir orang lain. Dia ni amat bencikan parti lain selain dari UMNO. Hebat ZAM ni dengan tok tok UMNO nya.

    Saya mungkin silap tetapi tak berapa lah....tentang ZAM ni la..

    ReplyDelete
  7. Zam's days are gone...laku lg ke apa yg dia cakap?

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.