PETALING JAYA: Harga petrol RON 97 sekali lagi dinaikkan dan kali ini sebanyak 20 sen - menjadikan harganya RM2.70 seliter selepas tengah malam Jumaat.
Harga RON97 sekarang ialah RM2.50 seliter. Kali terakhir ia dinaikkan ialah pada 4 Januari lalu iaitu sebanyak 10 sen. Sebelum itu ia telah pun mengalami kenaikan iaitu sebanyak 15 sen pada 1 Disember tahun lalu -menjadikan harganya mencecah paras RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari.
Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal pada paras RM1.90 seliter. RON97 kini tidak lagi dikawal oleh kerajaan dan diapungkan mengikut harga pasaran. Walaupun ia tidak lagi di bawah kawalan kerajaan, namun kerajaan masih memberi subsidi antara 17 sen hingga 18 sen seliter.
Semalam (Khamis) dalam pertemuan dengan pengarang-pengarang kanan media, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga petrol RON95 pada waktu terdekat ini walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.
Katanya, tahun lalu sahaja jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk petrol dan diesel sahaja mencecah RM7.61 bilion.
Untuk tahun ini katanya, jumlah itu dianggarkan mencecah RM10 bilion dan mungkin akan naik kepada RM14 bilion seandainya kerajaan pertahankan harga RON95 pada paras sekarang untuk tempoh sepanjang tahun.(sumber mStar Online)
MR menerima email dari Awang Lepat dari Baling, Kedah. Katanya lebih kurang loghat Baling "Kalu nak pilihanraya ni mu jangan dok mukat main dengan harga petrol ni oooooo. Kata depa petrol tak naik, semalam naik. Apa ni?."
Kepada Awang Lepat, MR sudah siarkan suara tuan. MR tak mahu komen lebih-lebih semoga tuan puas hati komen tuan sudah MR siarkan. Terima kasih kerana memberi sokongan kepada blog MR.
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
yang naik RON97 jer la tp majoriti rakyat Malaysia guna RON95 yang kerajaan kata wat masa tdekat nie tak naik,jangan salah phm dengan ron97/95 tu...Anu anwar naik
ReplyDeleteRon97 adalah untuk enjin kuasa tinggi seperti enjin Mercedes, BMW, Ferari dan kereta2 mewah lain. Kalau awak pakai Kancil, Wira, MyVi, dan kereta2 lain enjin sederhana kuasanya, gunakan Ron95.
ReplyDeleteRTM pun ngapa tak buat iklan penerangan supaya orang2 ni paham?
bila dah songlap TABONG MEMALI DAN DUIT KOHILAL SERTA RAYUAN DERMA KETA BOSAR MESTI MARAH BILA NAIK OHHH
ReplyDeleteNak suruh RTM buat iklan?Rakyat dah bijak laaa ron95/ron97 pun depa tau laaa.menteri dah cakap ron95 pun harga tak kekal dan boleh naik juga.macammana dengan harga minyak pada IPP,ada naik takkk.Rakyat dok perati kat hangpa noooo.
ReplyDeletebiarlah ron97 naik dan ikut harga pasaran dunia, kita tak guna pun minyak tu,kita guna ron95 sja lah, mcmana anon 3.07 anu dia naik kan spi video pun di sahkan tulin,lps ni blehlah kita pakat2 tengok aksi pelakon tu, maka pakat2 naik lah......
ReplyDeleteMACAM MANA TAK NAIK , HARGA MINYAK MENTAH DAH CECAH USD 114 . KALAU TAK NAIK JENOH NAK BAYAR SUBSIDI , DIDUNIA NI SEMUA BARANG NAIK JUMLAH PENDUDOK DUNIA PUN BERTAMBAH MANA BARANG DAN MAKANAN NAK CUKUP TAPI KERAJAAN MASEH PERTAHAN HARGA ,KITA PUN KENA SABARLAH DAN SOKONG KERAJAAN.TAKKAN DIA NAK NAIK IKUT SUKA SAJA SEBAB MINYAK NI AMAT SENSITIF MELIBATKAN SEMUA PERBELANJAAN.TAPI YANG TAK PERNAH NAIK IALAH HUJAN.KITA PUN KENA JIMAT SIKIT IKUT KEMAMPUAN SPT PAKAI KERETA KECIL ATAU GUNA MOTORSIKAL .JADI HARAPAN KITA HANYA BERDOA SUPAYA LIBYA KEMBALI AMAN ITU SAJA IKTIAR YANG KITA ADA.TAK TAU LA KALAU ORANG LAIN PERENTAH MINYAK, RUMAH DAN SEMUA BARANG LAIN AKAN TURUN.
ReplyDeletemasaalah harga minyak petrol ni bukan masaalah lokal dia masaalah global.Cuba banding dengan negara jiran kita.Mereka lagi mahal drp kita.Siapa jadi kerajaan pun akan ambil tindakan yang sama.Cuma puak pembangkang seronok kerana ia mudah nak jadi modal politik mereka sendiri.Walau apa pun pemerintah jangan lah ambil jalan mudah menaik sewenangnya.Kesan pada rakyat cukup parah sekali.Kos hidup melambung hari ini.Setakat pendapatan RM2000 sebulan memang berada ditahap miskin jika termasuk anak sekolah,bil-bil air/letrik dsbnya.Pemerintah juga janganlah ikut rasa dan rentak segala cadangan pegawai tinggi kerajaan yg sudah mewah buat dasar.Merekalah yg menyusahkan rakyat seperti isu saman ekor dan senarai hitam cukai jalan serta dasar insuran kenderaan hari ini cukup menindas rakyat miskin.Yang menjadi kehairanan mana dia orang politik yang cakap kata buat dasar.Dasar sapa yang buat>Orang politik atau pegawai tinggi kerajaan.PM dan semua menteri kena jiwa rakyat.Biarlah petrol Ron 97 sahaja yg naik.RON 95 di ikat setakat itu sahaja.Walaupun ada jalan molek,sekolah terbina,masjid besar,tapi kalau orang ramai susah apalah gunanya.Terima kasih MUMMy Rokiah diatas tulisan tuan ini.
ReplyDeleteyang dok banding dengan negara lain apa pasal... negara kita pengeluar minyak...sepatutnya minyak tak la jd maslah bt rakyat...yang kita tgk negra lain yg naik harga tinggi tu jd pengeluar minyak ke??? ken rajin mengkaji....jgn hanya mendengar...
ReplyDeleteBila kata saja negara kita pengeluar minyak kita bolehlah bagi minyak seliter 8kupang (80sen ),habis tu kita pakat pakat makan angin tak ketahawanhala tok sah ingat Pembangunan , rawatan hospital , jalan raya , pertahanan,Pelajaran dan lain lain subsidi yang di buat oleh kerajaan . Kalau harga barangan terkawal tidak diberi subsidi benda ni naik mahal jadi kita nak mengkedarah apa? Orang berada akan pakai kereta cc besar orang susah tetap pakai motosikal last sekali salah kerajaan juga , jadi end of the day kerajaan saja salah kita yang betui pasai tu kita salah kerajaan selalu sebab kita dah diasuh dari kecil untuk menyalahkan orang itu saja alasan yang mudah.Jadi kita kena lah belajar banyak ekonomi macam tahun 70an.Nak tadbir kerajaan bukannya senang adik oi.
ReplyDelete==Mentaliti Kebanyakan Rakyat Malaysia yg "PR"==
ReplyDeleteBeli kereta Mercz,BMW,TOYOTA, NISSAN,SUBARU, ETC *HARGA NAIK 3~4K TAKPE!!WE STILL CAN AFFORD*
Beli pakaian ZARA, TOP SHOP, TOP MAN, GAP, GUCCI, ETC *Sehelai baju RM300~RM400 TAKPE!!WE STILL CAN AFFORD*
BELI JAM ODM, ROLEX, SEIKO,TAG HUER, ETC *1.5K~5K ABOVE TAKPE!!WE STILL CAN AFFORD*
BELI MAKANAN HOTEL 5 BINTANG, CAFE dkt golf club yang membership 60k for 45years *30K~60K ABOVE TAKPE!! WE STILL CAN AFFORD*
Tapi BILA MINYAK naik 20sen *Kerajaan Zalim, Kerajaan Bodoh, BN = Barang Naik, "Najib tak perihatin", 1 Rosmah*
Cik akak..cik abang..cik adik oii..hangpa dengaq baik-baik no..bila kerajaan naikkan harga minyak..hangpa defend bagai nak rak..tapi tang kerajaan perabeh taboq duit rakyat masa PRK hangpa sengap..pasai hangpa dapat duit sama..La ni kerajaan dok perabeh duit taboq kat Sarawak....tu belum lagi duit untuk bela produser pilem lucah..bila minyak naik..sat lagi barang-barang hak yang hangpa mengkedarah tu pun ikut naik samalah.. orang meniaga dia pedulik hapa RON97 naik ka..janji minyak naik..nak harap budak mael saberi tu..mintak mahap la..setengah duit pun tak boleh pakai..patut-patutnya..duit-duit tu kerajaan pakai la buat tampong harga minyak dunia naik. Menteri-menteri bukan rasa apa bila minyak naik..pasai motokar depa pakai inden kerajaan..blasah je la..hangpa..dapat apa?? Mata saja ada..tapi buta kayu..phuii!!!
ReplyDeletecucu said.....
ReplyDeleteorg serawak pun nak makan juga tokwan, tak kan nak tengok depa miskin papa kedana, satu lagi yang perabih duit sia-sia tu ttg isu beng hock, mula2 org dah kata dia bunuh diri,tak pecaya,ikut dap & pkr juga pas, lani ni panggil pakar luar negara mai kena2 pendapat depa sama dgn pendapat pakar2 kita dlm negara, malu phuiii!!!!!
lani kita kena tubuh pula suruhajaya nak sah kan sapa pelakun sex dgn pelacur china tu,
baru semua org puas.........tengok aksi org yg cita2 nak jadi PM
Wa sokong SiLaBiLaBi looooo... Wa tak pakai minyak RON97. Wa pakai ituuu.. keleta itu lama punya volvo lagi bulok, pun kuat lali looo... itu pun wa lali itu keleta 160 looo.. sampai wa kena denda spidtlep. Hayyyyaa lagi bayak jugak looo...
ReplyDeleteItu kelajaan punya lui aaa... bikin kleja kasi lakyat loooo...
aii bukan pertama kali depa janji macam tuu.depa tuu kan penipu
ReplyDelete