Sampai bila Pehin Seri Mahmud Taib ingin menongkat langit memegang jawatan Ketua Menteri Serawak? Inilah yang selalu menjadi tanda tanya pemerhati-pemerhati politik atas pagar.
Hendak ditegur takut pula terguris hati dan perasaan, jika tidak ditegur bimbang pula nanti tempias teori domino Asia Barat berjangkit di Serawak. Itulah situasinya sekarang.
Pehin Seri dilahirkan pada tahun 1936, berumur 75 tahun masih segar bugar dan bertenaga. Jawatan yang dijawat sekarang bermula dari tahun 1981 ketika itu berumur 45 tahun ini bermakna sudah 30 tahun. Lama gillla tu……
Jika ditanya beliau, bukanlah hasrat beliau ingin menongkat langit tetapi “successor” beliau masih belum bersedia. Beliau sentiasa sedar bergayut terlalu lama memegang tampuk kuasa yang berlegar-legar sesama keluarga dan sahabat handai bukanlah amalan demokrasi yang sihat.
Tetapi apakan daya, mentadbir sebuah negeri yang bermacam ragam kepelbagaian ethnik, budaya, bangsa, suku dan kaum seharusnya diwarisi oleh pemimpin yang bijak, berwibawa dan boleh diterima oleh semua kaum.
Apa juga pandangan, apabila tiba masanya tidak dapat tidak beliau nescaya akan mengumumkan siapa "successornya" seperti kenyataan beliau kepada Bernama pada 17 Mach 2005:
KUALA LUMPUR, March 17 (Bernama) -- Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud, the longest serving state government leader in the country, last night said he has identified the person who will succeed him when he retires.
However, he did not name the person or mention the date of his retirement.
"I can't tell," said Abdul Taib, who has headed the Sarawak government since 1981, when interviewed in the "60 Minit Bersama Menteri" (60 Minutes With The Minister) programme aired by RTM's TV1.
Seharusnya diingatkan kepada seluruh pemimpin muda Sarawak hari ini bahawa orang tua jangan ditegur sembarangan, takut merajuk membawa diri seperti lagu “Sayang Sarawak Sungainya Sempit” :
Sayang Sarawak sungainya sempit, Berbuah nenas lamun-lamunan;
Hendakku bawa perahuku sempit, Tinggallah emas tinggal junjungan.
Pantang sekali ditegur di hadapan isteri yang muda jelita dan bergetah. Egonya mudah terangsang.
“Siapa kata aku tua? Im big, strong and friendly you know……”.
Ibarat santan makin tua makin pekat, makin likat, makin melekat dan makin hebatttt.
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
"Sampai bila Pehin Seri ingin menongkat langit?"
ReplyDeletesaya rasa Pehin Seri ada pertandingan peribadi dengan nik azizntuk menentukan siapa lagi lama jadi MB/KM
Taib Mahmud dah menang dengan Mahathir title politikus yg paling lama memerintah. Dengan Samy Velu pun dia menang. Dia cuma akan kalah jika pengundi Sarawak menolak partinya. Parti lain dlm BN Sarawak kemungkinan akan kalah teruk.Nak bandingkan dia dengan Nik Aziz tak perlu. Sebab kekayaan dia sampai sepuluh keturunan pun tak habis. Nik aziz pakai kereta cabuk, kereta rasmi Taib Mahmud Rolls Royce. Kereta peribadi? Isteri jelita yang layak dipanggil cucu? Bersaralah...dna enjoy isteri baru tu.
ReplyDeletesri hartamas
Ciri pemerintahan diktator lazimnya tiada pengganti/khalifah yang jelas. Lihat kes di Mesir, Libya, Yaman, Syria dan banyak negara "islam 'lagi yang mana pemimpinnya tidak meletakkan penggantinya yang jelas, kerana asyik lena mengaut kekayaan untuk diri atau saudara-maranya dan lena juga yang dia pun dah mati pucuk. Tamak, nafsu gila mengatasi segala-galanya, tidak mengikuti langsung ajaran Islam tulen kecuali melaksanakan lima rukun sedangkan rakyat akar umbi/akar lalang/akar rumput hidup dalam keadaan daif/miskin/hina sejak 30 tahun Taib memerintah, sama seperti di negara Arab. Pemimpinnya kaya dan rakyat miskin hidup dengan AS$2 sehari meskipun kaya dengan minyak bukannya balak seperti di Sarawak. Taib asyik tersengeh saja apabila ditanya bila nak berundur? Dia tak sedar langsung yang dia dah mula kerepok di leher, rambut dah putih, rumah kata pergi, kubur kata mari tapi dia tak faham langsung. Dasyat ya jika sudah gila kuasa mengalahkan gila candu atau kokain!
ReplyDeletemahubetul said......
ReplyDeletebiarkan lah pehin seri dok lama lagi, kita dok kalut apa, isterinya masih muda, sudah tentu nak lama jugakkkkkk lah jadi isteri pemerintah negeriiiiiiiiii,
kita rakyat serawak undi saja pemimpin beristeri muda tu,tak kan nak undi bagi golongan sex pelbagai aksi perintah serawak,
mummy, seorang budak darjah empat disebuah sekolah meminta guru pengawas disekolah beliua untuk berhenti menjadi pengawas kerana sudah terlalu lama, bagilah peluang murid lain pula, kata pelajar darjah empat ini.
ReplyDeleteAlahai budak darjah empat pun sedar diri...pemimpin politik Malaysia jelas tak berapa sedar diri, kulit muka agak tebal dan kurang perasaan malu!!!!