Sunday, March 6, 2011

Pengerusi MAS Dr Munir Majid kena belajar dari Pengerusi AirAsia x Tan Seri Rafidah Aziz. "SHAPE UP OR SHIP OUT"

Pic : Bernama
Kesudian Tan Sri Rafidah Aziz menerima tawaran sebagai Pengerusi Bebas dan Bukan Eksekutif AirAsia X merupakan sumbangan besar kepada industri penerbangan negara ini.

Ini memandangkan kredibiliti dan trek rekod Tan Seri Rafidah semasa menjadi Menteri Perdangan Antarabangsa dan Industri dahulu masih belum boleh disaingi mana-mana menteri selepas beliau.

Menurut Tan Seri Rafidah beliau mengambil masa selama dua minggu sebelum membuat keputusan untuk menerima tawaran AirAsia X.

Beliau membuat keputusan setelah pihak pengurusan memberi taklimat lengkap dan yakin dengan corak pengurusan, model perniagaan dan langkah-langkah yang diambil untuk membangunkan AirAsia dan AirAsia X.

Memahami prinsip dan sikap beliau ternyata beliau bukanlah seorang Pengerusi yang hanya akan memanaskan kerusi atau Pengerusi yang memenuhi kuota 30% Bumiputera, seperti banyak syarikat-syarikat bukan Melayu yang meletak Pengerusi di kalangan kaum bumiputera hanya sebagai pepatung untuk dicucuk hidung mereka.

Malah terdapat juga GLC-GLC yang melantik Pengerusi dari kalangan pesara-pesara Kerajaan, bekas-bekas TKSU, KSU dsbnya seperti contoh yang terdekat ialah Telekom Malaysia sehingga ke hari tidak ada perubahan besar.

Apabila berlaku kerugian pendekatan yang paling mudah ialah dengan membuang pekerja dan menjual asset bukannya mencari formula pengurusan perniagaan yang bijak dan cerdik.

Malaysian Airline System Bhd. (MAS) juga seharusnya merasa tercabar apabila Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru supaya MAS perlu belajar daripada syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. (AirAsia) untuk mengenal pasti cara pengurusan yang dapat menjamin keuntungan tanpa perlu menaikkan harga tiket.

Malah katanya juga beliau pernah menyuarakan pandangannya mengenai perkara itu kepada Pengerusi MAS, Tan Sri Dr. Munir Majid.

Tan Sri Dr Munir Majid selaku Pengerusi MAS ternyata tidak lagi boleh tidur nyenyak dan ralit kerana pesaingnya ialah AirAsiaX yang Pengerusinya ialah bekas Menteri yang agresif dan dinamik.

Apapun MR ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Seri Rafidah Aziz kerana kembali berjuang dalam arena industri yang mencabar.

7 comments:

  1. Tony Fernandes sosok entreprenur bukan orang birokrat yang tak faham bagaimana nak bangunkan atau mendinamiskan industri penerbangan. Memang akhirnya MAS akan kalah, dan apabila kalah nanti minta kerajaan guna wang rakyat untuk menyelamatkannya, konon ia itu adalah syarikat GLC yang memberi banyak pekerjaan kepada rakyat.Lihat MAS didrebarkan oleh Tajuddin Ramli dulu.Apa sudah jadi? Gaya ada tapi perniagaannya tak tahan kena cabaran besar dan mengaku kalah setengah jalan. Kalu Rafidah guna lagi kaedah kerajaan menggendali Air Asia, nampaknya Air Asia boleh teruk juga tapi kalu beliau aplikasikan pengurusan mengikut lunas-lunas korporat yang jaya maka Air Asia akan bertambah maju.

    ReplyDelete
  2. pengundi bistariMarch 7, 2011 at 2:22 PM

    MR..Dalam urusan kerajaan termasuk GLC karenah birokrasi cukup menyakitkan hati.PM cakap lain mereka buat macam lain.Menteri cakap kain mereka cakap pun lain.Duit rakyat digunakan untuk langsai kerugian tersebut.Yang miskin GLC tapi dia punya board tak miskin pun.

    ReplyDelete
  3. saya ingat MAS ini kita serahkan saja kepada orang muda Khairi Jamaludin untuk mentadbir serta menguruskan perjalanan perniagaannya,kot2 KJ bawa untung berlipat ganda kpd syarikat GLC ini,sesuai sangat sebab baru2 ni dia dah terjun parachut,tinggi pula tu, macamana?

    ReplyDelete
  4. MAN ON DA STREETMarch 7, 2011 at 9:38 PM

    Saya setuju apa yang di anjakkan olih para komemtators , akan tetapi sudah lupa kah kita tentang hutang yang tidak di bayar olih air asia kepada kerajaan yang mencecah berjuta juta ringgit? Lupa kah kita tentang air asia yang meohon untuk membina LCCT , yang di luluskan olih sleepy head sewaktu KLIA belum pun di gunakan fasiliti nya seratus peratus? Atau pun laluan yang air asia bulldoze penerbangan dalam negeri apabila tidak menguntungkan , memaksakan kerajaan sedia ada waktu itu mengambil balik urusan penerbangan dalam negeri? Jangan cepat cayer dengan wayang kulit yang di pertontonkan. Atau pun kita sudah lupa dengan pemberian AP kepada penerima yang tak da single automobile showroom pun olih TSRdah? MemaNG MELAYU MUDAH LUPA, WE CAN APPOINT ANYONE WE LIKE BUT LETS NOT AMPU AND BODIK BERLEBIHAN SEHINGGA MENGABURI KESALAHAN YANG LALU!

    ReplyDelete
  5. MR.Agaknya berapa lah gaji dan elaun Rafidah Aziz ini.

    ReplyDelete
  6. Tahniah Dato Rafidah, Dato memang ada kelayakan bukan macam yang lain tu, kulit muka tebal macam.....

    ReplyDelete
  7. Dear mummy,

    MAS tu kena bagi balik Tan Sri Aziz Abd Rahman dan Tan Sri Saw Huat Lye terajui...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.