“YB” DS Rosmah Mansor percaya dengan lokasi strategik Mesjid Cina yang akan dibina di Jalan Davis Kuala Lumpur berserta pembinaannya berelemenkan kesenian yang unik Mesjid Cina tersebut mampu menarik pelancong ke negara ini.Rosmah,Mesjid Cina tarik pelancong
DS Rosmah juga berkata setakat ini mesjid yang dilihat berpotensi menarik pelancong ialah Mesjid Negara, Mesjid Wilayah Persekutuan, Mesjid Putra Putrajaya, Mesjid Terapung Tungku Tengah Zaharah, Mesjid Kristal Terangganu, Mesjid Ubidiah Kuala Kangsar, Mesjid Kampung Laut Kelantan dan Mesjid Ulu Melaka.
Adalah tidak salah bagi DS Rosmah melihat pembinaan mesjid-mesjid dalam negara ini dari sudut untuk menarik pelancong tetapi matlamat asal pembinaan mesjid juga hendaklah diambil-kira.
Peranan utama dari sudut pengisian ilmu dan pusat penyebaran agama Islam untuk menyatukan-padukan umat Islam dalam Negara ini harus juga diperhebatkan. Ini supaya mesjid tidak kosong dan hanya gah dengan keseniaan binaannya sahaja tetapi isinya tidak ada.
Maka tidak hairanlah apabila ada di kalangan rakan-rakan yang menyatakan Kerajaan BN pandai membina mesjid-mesjid yang hebat tetapi akhirnya pengisiannya dipenuhi oleh ‘ulama-ulama’ PAS dengan syarahan-syarahan dan khutbah politik yang memecah-belahkan masyarakat.
Tambahan lagi orang-orang UMNO sendiri amat jarang-jarang dan kurang berjamaah di mesjid yang mereka bina.
Hakikatnya hari ini mesjid di bandar-bandar lebih ramai jemaahnya dan berbagai aktiviti-aktiviti keagamaan berbanding dengan mesjid-mesjid di kampung-kampung yang cukup usang dan lengang.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
org umno pun boleh jadi pelancong maaa!
ReplyDeleteMasjid atau 'rumah Allah' kini amat sunyi dengan jemaah yang mesra bersama jamaah sendiri. Lepas jemaah, salam lebih kurang dan terus membuat kerja lain, tak ada masa nak bermesra. Fungsinya dah semakin hilang tapi boleh diganti dengan kehadiran pelancong yang datang bukan nak bersembahyang tapi nak mengapresiasi strukur, reka bentuk dan sejarah pembinaan itu. Tujuan nak dapat satapan rohaniah jauh sekali. Masjid kelihatan sibuk pada hari Jumaat, adanya program ceramah/motivasi/perayaan itu dan ini, semuanya tak ada kena-mengena dengan memupuk lagi santapan rohani. Asyik-asyik pesanan mereka adalah tingkatkan ketakwaan atau ikut perintah Allah dan lepas itu beri kuliah yang amat membosankan intelek kita, ceramah tanpa data,kajian atau hemat tinggi, main cakap emosi aja dan memohon ketua negara selamat selalu. Jarang ada ceramah yang berkisar pada isu demokrasi, mengenal hak-hak kebebasan bersuara atau menegur pemimpin yang rasuah, bodoh urus tadbirnya dan isu kemiskinan yang menghimpit ramai jemaah.
ReplyDeletePada masa tertentu masjid penuh dengan orang pencen yang menunggu masanya saja bila nak sahut panggilan kubur.
Tapi masjid pun simbol agama, maka kena sibuk ke masjid untuk menunjukkan yang kita ni adalah penganut agama Islam yang tulen, beriman, bertakwa lalu kena perindahkan, kena beri gincu agar kelihatan cantik yang boleh menarik pelancong, dengan itu jasa yang mengambil inisiatif ke arah itu boleh dikenang dan penting lagi pembinaan rumah Allah itu boleh memberi persepsi bahawa dialah insan yang susah payah nak menegakkan syariat Islam. Jadi siapa bantu mendirikan masjid pasti dikenang.
Assalam,
ReplyDeleteSemasa melihat Berita TV3 dengan berita ini malam tadi, saya tertanya2, "masjid dibina untuk menarik pelancong?",
saya setuju dengan mummy, masjid itu didirikan untuk apa? bukankah tempat umat islam beribadat? ini dah lari dari objective sebenar masjid dibina, DS Rosmah kena cari idea lainlah kalau nak tolong naikkan rating tourism dan rating DS Najib....
Masjid di Kampung jadi lengan kerana pengerusi JKKK sibuk urusan parti.Tak sempat nak solat jemaah.Bila dapat pada orang PAS pula mulalah dia buat ceramah politik.Yang sebok minta buat surau /masjid bila mesyuarat UMNO.Bila dah siap PAS tadbir.Tradisi melayu dalam kampung.
ReplyDeletepekakbadak said.....
ReplyDeletemaju mundur masjid terletak pd kepimpinan masjid,kadang2 aktiviti2masjid sgt ketinggalan dan sehingga ahli kariah rasa bosan,tak dak idea baru,pegawai masjid mungkin malas membaca,malas mencari bahan2 baru,umpamanya kutbah jumaat dua tiga kali dok ulang yang tu sj,sebab itulah ada masjid jemput kafir masuk buat ceramah dan berucap dalam masjid,kafir ini pula boleh bebas dlm masjid sehingga ketempat suci dewan umat islam sembahyang,sama2 fikirlah mcmana lagi golongan baru berminat dgn masjid sebegini rupa pentadbiran dan mereka juga memilih sembahyang berjemaah ditempat lain spt surau ataupun di rumah,......rumahku syurgaku
mudah saja. bab2 mesjid ni biarlah orang lelaki yang bercakap. paling molek sultan atau agong.
ReplyDeletePada Rosmah tu..tarik pelancong maksudnya untuk pelawat bukan ISLAM yang nak melihat keindahan senibina Islam. Manakala yang islam tu kalau dah masuk masjid di samping ziarah(melancong) tunaikanlah solat.Kita hidup ni kena pikiaq dua lapis.Masa saya kecik dulu cikgu sekolah rendah bawa melawat Tokong Ular di Penang.Kami yang Islam tak sembahyang kat tokong tu, tapi kami melawat tokong tu.Tapi bila kami melawat masjid negara..kita mandi kat situ, lepas tu kita solat.
ReplyDeleteSalam bloggers,
ReplyDeleteSelagi banyak kita bercakap, lagi banyak kita keluar negara, lagi banyak kita menonjol dengan media,lagi banyak kita meresmikan majlis,lagi banyak kita kehadapan berjalan lebih kehadapan kadangkala mengatasi suami maka itu lagi banyak lah kesilapan kita buat.
Yang menanggung pencacian ialah rakyat yang memilih mereka.
Tetapi rakyat memilih parti mereka, suami mereka dan setelah menilai prestasi mereka bukannya rakyat memilih isteri mereka.
Tetapi apabila berkuasa dalam pemerintahan isteri mereka pula yang melebihi suami mereka.
Apa cerita semua ini?
sapa orang tentera kat sini mesti kenal sapa dia tu si Rosmah.
ReplyDeleteDi mana mana saja di Malaysia ni kita dapat melihat perkongsian bijak di antara kedua dua parti UMNO &PAS..dimana Umno membina masjid orang Pas akan mentadbirnya,begitu juga sembahyang di imamkan oleh Imam Pas dan doa di aminkan oleh orang Umno...jadi tak usahlah di jadikan ini sebagai polemik dan letaklah politik di luar masjid kerana apabila ianya di bawa kedalam ianya akan merosakan perjalanan mesjid kerana ketiadaan orang untuk menguruskan serta mengimamkan solat.Kita patut terima realiti bahawa orang Umno terlalu sibuk dgn urusan kehidupan harian sementara orang Pas pula menganggap segala galanya ketentuan ilahi dan mereka mempunyai lebih masa lapang untuk berkhidmat untuk masjid mereka.
ReplyDeleteMasjid dijadikan sebagai tarikan pelancong?
ReplyDeleteKalau pelancong bukan Islam luar negeri datang melawat masjid sekalipun dengan berpakaian yg tidak menutup aurat sekadar tutup kepala serba sedikit, mereka akan dilayan dengan penuh hormat.
Kalau org bukan Islam warganegara Malaysia terutamanya org politik datang ke masjid dengan berpakaian lebih sopan, dikatakan menghina Islam sekalipun pakaiannya sama sebagaimana yg dipakai oleh wanita dari parti melayu yg nama masih menggunakan bahasa penjajah tapi kecoh pasal bahasa kebangsaan.
Tak terkezut kenapa ramai anak muda Islam yg murtad kerana sesama Islam pun tiada kesefahaman ditambah pulak ngan didikan agama yg semakin kureng dari ibubapa dgn 1001 mcm cerita duniawi di TV.
jaga tandas tuu baik-baik,kempen laa sket kebersihan tandas d semua masjid.
ReplyDeleteSetuju dengan Kamal Sanusi..
ReplyDelete