Pendedahan yang dibuat rakan Blogger Marahku berhubung dengan gerakan anasir dalam DAP untuk meletakkan Kristian sebagai agama rasmi negara ini dan melantik Perdana Menteri yang beragama Kristian telah membuktikan syaitan mula meresap apabila Melayu dan Islam berpecah.
Tangan-tangan liar DAP secara diam-diam menjalar mengheret umat Islam negara ini ke pintu neraka. Menyedari dan sensitive terhadap dakyah ini 10 Lapuran Polis telah dibuat oleh Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) agar disiasat tentang isu ini.
Seperti biasa apabila berlaku isu-isu sensitif yang melibatkan Melayu dan Islam parti-parti politik yang kononnya berteraskan Melayu dan Islam seperti “play safe” takut dan gusar dibunuh oleh kertas-kertas undi kelak.
Hanya komen yang sedikit dari Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri PP, Datuk Zainal Abidin Osman meminta polis menyiasat pendedahan tersebut dan berharap perkara itu tidak benar.
Kepimpinan-kepimpinan UMNO yang ramai itu telah bertukar menjadi ular lidi daripada ular senduk satu ketika dahulu. Parti PAS yang konon berjuang menegakkan Islam hanya tinggal pada nama sahaja kerana patuh kepada DAP yang menjadi tuan mereka.
Ambil contoh yang terdekat seperti di Kedah ialah perbalahan UMNO dan PAS berhubung isu rebet tanah dan isu air UUM yang tidak sepatutnya dibesar-besarkan kerana ada isu yang lebih besar lagi dalam UUM itu sendiri.
Apakah mereka sedar bahawa ada usul-usul yang pernah dibangkit oleh pelajar-pelajar Kristian dalam UUM itu sendiri supaya diadakan gereja kecil bagi mengantikan surau yang tidak ada jemaah.
Perlu dibimbangi apabila berlaku perpecahan kerana politiking UMNO dan PAS dan UUM dijadikan gelanggang akibatnya kelak akan melicinkan lagi dakyah Kristian untuk mengheret Melayu Islam ke neraka.
P/S : MR terbaca hujah menarik seorang lagi rakan blogger Tok Senawi yang patut diperdebatkan isu Kristian.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
8 months ago
fikirkan...
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=RjqVdExwslQ
Saya sokong mummy rokiah ini, memang pemimpin melayu samada UMNO, PAS dan PKR bila islam/melayu digugat masing-masing senyap sunyi je , KDN yang diharap dapat mematikan isu sensitif ini dimainkan sekadar bagi Amaran " KERAS" je, keras kepala hotak mereka, jangan jadikan kami rakyat kampung dan miskin yang terus menerus menyokong kerajaan sebagai tunggul kayu yang melihat isu dimainkan ini membakar jiwa dan emosi kami, kami tiada kuasa untuk menangani perkara ini. Ingat nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
ReplyDeleteberita dari media um dan seangkatan selalunya menyimpang dari kebenaran. mengadu domba menjadi agenda utamanya. kita wajib hentikan budaya ini.
ReplyDeleteBuat surau tapi tak ada jemaah..itu membazir. Dalam UUM sekarang ini, ada berapa surau dan masjid? Dan ada berapa gereja? Mungkin UUM atau pelajarnya lebih arif. Islam pun membenarkan kita memberi ruang untuk orang bukan Islam beribadat. Cuba bayangkan kalau situasi ini terbalik. Tak ada surau untuk kita bersembahyang di negara ynag majoriti rakyat bukan Islam. Tentu kita menuntut didirikan surau. Surau, tokong, kuil, gereja boleh berdiri berdekatan atau berjauhan. Tak ada pun saya baca dalam AlQuran bahawa kita tidak boleh membenarkan orang bukan Islam mendirikan rumah ibadat masing2. Itu zalim kepada hak mereka untuk memenuhi keperluan ruhani mereka. Kalau macam itu, kita tidak berbeza daripada rejim Yahudi yang mengawal ketat orang Islam bersembahyang di Al Aqsa. Sedangkan kita selalu disuruh tidak mengikut perangai Yahudi yang terkenal dengan sikap memecahkanbelahkan orang Islam. Inilah sikap Utusan dan UMNO yang suka memecahbelahkan orang Islam dan Melayu cuma untuk mencapai impian memeperolehi kuasa politk TOTAL. Mereka tamak dan tidak puas dengan mendapat kuasa simple majority.
ReplyDeletesri hartamas
MR, sebenarnya jgn kita persalahkan orang, tapi tanya pada diri sendiri. Di Malaysia ni nama aje Islam, tapi segala perbuatan dan percakapan kita kebanyakkannya tiada yang mengikut syariat Islam. Kita terlalu mengaggungkan bangsa saja sedang Islam itu lebih tinggi. Dalam Islam ada pelbagai bangsa, tapi dalam bangsa tiada bangsa lain. Seperkara lagi berita yang tidak sahih jangan terus kita keluarkan, selidiki dahulu agar keharmonian kita di Malaysia berterusan.
ReplyDeleteMR saya hairan bila ada orang Islam cuba mempertahankan agama lain. Kita memang dah setuju bahawa agama lain boleh diamalkan dengan bebas TAPI nak jadikan negara ini sebagai sebuah negara kristian adalah isu yang totally different! Tak boleh diterima akal.
ReplyDeleteIslam tidak sama dengan mana-mana anutan lain didunia ini. Islam satu-satunya agama yang diredhai Allah. Kenapa kita orang Islam yang nak pilu sangat bila kita bicarakan tentang sikap orang Kristian ini?
Isu nak amalkan agama mereka kita tidak persoal, isu nak bina kuil kah, gereja kah, apa kah, tidak kita persoalkan. Kalau kita lihat sekalipun banyak kuil hindu dari masjid atau surau. begitu juga gereja. Cuba tengok dalam pekan Sungai Petani, berapa gereja yang ada? bermula dari hospital lama SP sampai ke jalan kolam air. Disitu sahaja ada 3 gereja. Masjid hanya satu. Ramai sangatkah orang Kristian dari orang Islam? Sampai nak kena bina begitu banyak gereja?
Atau ada diantara pengkomen yang memang pergi sembahyang disana?
Sudahlah kawan-kawan Melayu Islamku, patut-patutlah kalau nak sokong pun. Jangan nanti akidah kita pula yang tergadai. Kita bukannya sedar kadang-kadang bila bercakap. Rasa macam betul je tapi disisi Allah lain pulak jadinya. Lebih baik kita jaga agama kita...OKAY!
mula dgn Isu Murtad kemudian kalimah ALLAH kemudian Bible dalam BM.Tak pelik kalau Malaysia akan jadi negara kristian.Sebab dari segi undang2 mereka layak.Jika penganut kristian lebih ramai dari umat islam maka agama rasmi milik kristian.Kalau di campur penganut kristian di Sabah, sarawak, Cina ,India ,melayu kristian, indo kristian dll mereka sangat ramai. Cina dan india dan melayu boleh dikristiankan dengan pendaftarn shj.Nak sembah berhala tokong dan kuil tak kisah.yang penting bilangan umat kristian yang berdaftar lebih ramai dari umat islam.Stakat orang PAS boleh dikira dgn tangan.Tak mustahil kalau negara ini bertukar menjadi kristian.Kita tak boleh salah dan marahkan mereka kerana klita umat islam yang tak bersatu dalam segala isu.Kalau tanya orang PAS dan PKR mereka tak kisah.Sebab tu mereka tak buat polis report.Abg Nuar tu pun kita tak tahu sokong mana dgn isu sesmasa skg.Terima sahajalah perkara ni berlaku,mungkin ada hikmahnya.mungkin lebih baik atau makin worse.
ReplyDeleteorang2 pas pun ramai dah jadi kristian...
ReplyDeleteulamak pas sendiri bolih menentukan siapa layak masuk syurga atau neraka.
orang melayu dalam pas sanggup pertahankan lim kit siang dan karpal singh.
ada yang sanggup suruh langkah mayat mereka dulu sebelum hapuskan karpal singh.
kalau dengan orang melayu yang berugama islam mereka sanggup hukum jadi kafir sebab menentang pas.
penganut pas termasuk ramai pemimpin mereka juga telah jadi kristian.
siam islam.
UMNO dilihat gagal dalam semua perjuangan yang ada.
ReplyDeleteLemah longlai tak boleh pakai.
PAS pun berpecah macam mana nak bersatu?
Jika betul berlaku gerakan kristianiti di UUM, saya amat kesal dan amat bimbang. Saya nak tanya apa yang pihak pengurusan UUM buat ? Dan tahukah depa benda ni ada ? Atau ia tak penting pada depa tapi yang penting untuk glemor dengan berteori fasal politik atau `ampu' parti politik tertentu sahaja ka sehingga perkara yang amat serius seperti ini pun boleh berlaku .
ReplyDeleteSetiap bilik di Hotel Tang Dynasty di Kota Kinabalu diletakan bible dimeja sisi, tak percaya pegilah tengok
ReplyDeletehttp://www.bankislam.net/Kisah_Benar/Dialog_Masalah_Ketuhanan_Yesus/
ReplyDelete