65 tahun rakyat hanya menjadi pemerhati yang setia.(Pic ; BH) |
Perayaan UMNO 65 tahun yang dihadiri seramai 2,000 orang tidak seharusnya menjadi kebanggaan kerana hanya dirayakan golongan tertinggi UMNO di ibu negara sahaja.
Perayaan yang dihadiri beberapa kerat perwakilan dari bahagian yang sebenarnya memperlihatkan UMNO masih elitis dan hanya bercampur sesama mereka sahaja.
Golongan bawahan di negeri, bahagian, daerah, taman perumahan, kampong dan desa hanya sekadar memerhati kehebatan pemimpin mereka dari jarak jauh di dada akhbar dan kaca TV. Aktiviti-aktivi di bawah kesunyian, hanyalah sesekali dirangsangkan oleh adegan sex dari video sex pemimpin pembangkang.
Wajah-wajah hebat pemimpin atasan UMNO yang bersampin mahal dan berjamaah sesama ketua-ketua mereka di saf hadapan yang sebenarnya menjarakkan lagi elitis UMNO dan rakyat peringkat bahawan amnya pengundi di atas pagar.
Seharusnya perayaan ini dirayakan di peringkat akar umbi untuk menzahirkan kekuatan UMNO di 'grassroot'.
Hakikatnya UMNO yang diambang kejatuhan ini masih tidak berubah. Kegagalan mereka dalam PRU12 tidak menjadi pengajaran. Ucapan-ucapan untuk membela,mendekati, memahami, menjiwai rakyat hanya retorik ketua-ketua atasan manakala yang di bawah masih terpisah jauh.
Usia 65 tahun mereka seharusnya lebih memahami urat nadi rakyat dengan sama-sama turun merayakan usia emas mereka di peringkat bawah, jangan hanya apabila tiba musim pilihanraya sahaja baru kelam-kabut tangkap muat untuk menganjurkan program rakyat.
Pada ketika itu sumbangan beras sekampit dihebah seperti emas segundi dan jika rakyat tak undi mereka jangan salahkan rakyat kerana tak kenang jasa mereka.
Betul kata mummy tu...Pemimpin umno merasakan mereka telah banyak berjasa tapi pada hakikat nya rakyat di bawah mula merasa kan mereka ini pemimpin yang tidak mampu berjuang dan gagal untuk berfikir.....mereka hanya pandai bercakap di kalangan orang melayu yang telah memilih mereka...tetapi bila berdepan dengan bangsa bukan melayu mereka jadi bodoh dan gagal untuk berhujah serta menangkis segala hentaman ke atas kepentigan bangsa melayu
ReplyDeleteUMNO dah tiada roh kecuali ada jasad aje, dijajakan kepada banyak institusi kerajaan, Profesor Kang Kung Negara, Perkasa, NGO, RTM/Utusan Meloya untuk penaikkan prestasinya tanpa memahami yang ia sudah jadi susu yang masam, dulu pada awal penubuhannya memang bagai susu segar. Kini banyak tahi angau yang memimpinnya dan masih ada lagi(kesihan sungguh) orang Melayu kampung/Dayak/Asli yang belum sedar atau celik masih melihat UMNOlah yang akan menyelamatkan masa depan mereka.
ReplyDeleteMR.apa nak buat.Juara Rakyat.Ada peruntukan juara rakyat.Puak bahgaian kemut pula separuh.Macammana orang nak caya.Tak amanah.Juara rakyat nama sahaja.
ReplyDelete