Tuesday, May 24, 2011

RTM sudah tua

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyatakan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) kini dalam proses memperhalusi penstrukturan semula stesen itu sebelum syor memperbadankan RTM dibentang kepada Kabinet.

Katanya, cadangan awal untuk memperbadankan RTM sudah dikemukakan kepada Majlis Ekonomi Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai persediaan menghadapi era penyiaran digital sepenuhnya menjelang 2015.

RTM yang sebenarnya sudah hilang pengaruh dan di dalam proses ditelan zaman. Kaum remaja dan golongan muda langsung tidak mengenali RTM jauh sekali rancangan-rancangan RTM kerana mereka lebih tertumpu kepada media-media baru seperti Youtube dan TV swasta yang menampilkan wajah-wajah muda, jelita dan menawan.

Youtube telah melahirkan artis-artis antarabangsa seperti Yuna, Zee Avi, Justin Beeber dan ramai lagi dengan mempunyai pengikut yang ramai.

Bercakap tentang RTM, yang sebenarnya RTM telah melakukan berbagai-bagai perubahan seperti ‘rebranding’, kajian demi kajian, meremajakan program mereka sehingga ketahap tunduk kepada pendekatan Astro dan Media Prima dengan rancangan-rancangan realiti.

Hakikatnya semua itu masih gagal menegimbalikan kegemilangan RTM kerana mentaliti petugas-petugasnya masih lama. ‘Comradeship’ dalaman RTM sangat sukar digugat dan sukar menerima pembaharuan. Perubah pembaharuan dilihat seperti pelanduk menunggu masa untuk diratah serigala.

Malah pembaca beritanya asyik-asyik muka Farid Ismeth Amir dan RTM dengan bangganya melahirkan penyampai berita veteran, Harjit Singh Hullon, 57, sehingga diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai penyampai berita paling lama berkhidmat.

Apapun RTM sepatutnya sudah diperbadankan sebelum PRU12 lagi kerana itulah ‘turning point RTM’ apabila mesej Kerajaan melalui RTM sudah tidak sampai kepada rakyat dan pengundi muda lagi.

Kesan yang ketara ialah pengaruh Astro lebih gagah apabila pertama kali dalam sejarah Perhimpunan Agong UMNO disiar secara langsung di Astro sehingga UMNO menerima akibat dilabel sebagai rasis apabila perwakilan mereka berucap mempertahankan hak Melayu.

8 comments:

  1. RTM = Rancangan Tak Menarik!

    ReplyDelete
  2. RTM dah overdue kena pencen, tak mungkin boleh di'revamp' lagi kerana bertindak gah sebagai 'propaganda' UMNO. Tak ada langsung kandungan kritikal, asyik-asyik nak mempertahankan pentadbiran UMNO, kini asyik nak hentam pembangkang dan tiada sifat objektif dan imbang. Aden dah lama tak jenguk RTM. Kalu RTM dibandingkan dengan program bukan politik pada stesyen lain, jelas ia ketinggalan zaman. Sedih sekali, tak boleh membuka minda langsung, kalu program agama pula kasi minda kita jadi jumud. Beritanya? Amat menyedihkan, orang Melayu bangan di kampung/Felda saja akan menonton.

    ReplyDelete
  3. RTM = Rebuih, Tuang...Minum!!

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan,

    1.Saya tertarik dengan beberapa artikel semasa di paparkan yang hendak di kongsi pandangan. Selalu juga bertamu dan melihat perspektif berita yang sama dari sudut berbeza setiap penulis blog.

    2.Fasal RTM, ia amat bergantung kepada siapa yang meneraju. Media kerajaan ini kadangkala sering di salah guna (mungkin secara halus untuk kepentingan sendiri) dan beberapa puak berpengaruh.

    3.Kewujudan RTM itu sendiri tersasar dari matlamat/motto nya dan agak terkebelakang kerana setiap rancangan seolah-olah di ciplak dan di ubahsuai mirip rancangan panas media swasta. Perhatikan rancangan apa, tuan pun tahu.

    4.Tiada sikap kreatif dan inovatif. Stesen media mesti segar dan mesti bergerak bebas, di bantu peruntukan cukup. Ia mesti di laksana dalam kerangka Nasional,visi kerajaan kerana kerajaan memiliki nya. Tidak boleh terpengaruh dengan media setempat dan asing. Baru kita boleh nilai keberkesanan nya sehingga terserap ke akar umbi.

    5.Tenaga penggerak di belakang tabir mesti lebih peka dengan keadaan sekeliling. Oleh itu jika di perbadankan, di gerak dengan muka, idea, tenaga yang sama, ia tidak memberi impak apa-apa kecuali menjemput konflik moral dalam tujuan sebenar untuk agenda kerajaan / Nasional. Tenaga dan Pengaruh jadi bentuk dagang (boleh di jual/beli)

    6. RTM perlukan 'feedback' dari semua golongan lapisan rakyat. Mesti di lakukan "kaji-selidik" Kemudian di terjemah lapuran dalam bentuk kewajaran.

    7.RTM milik awam. Biar rakyat menentukan keperluan untuk di isi oleh RTM dalam kerangka media sebenar. Ia mesti di ubah mengikut analisa professional dalam bidang nya

    ReplyDelete
  5. jangan lupa dulu RTM juga pertahan peliwat dan penzina video sex tu dan menghentam tun ghafar baba,siapa pun tak kata apa2, malah beri sokongan kuat.......
    itulah padahnya RTM dulu kini dan akan jahanam selama2nya.....

    ReplyDelete
  6. NAK SALAHKAN SIAPA. LETAK JAWATAN BAGI LALUAN PADA ORANG BERKALIBER.

    ReplyDelete
  7. lainkali kalau buat berita biar telus. dengar pandangan rakyat ini tidak yang dikeluarkan semuanya positf. rakyat sekarang bukan bodoh lagi..mereka bijak menilai.

    ReplyDelete
  8. Buat apa Rais nak corporatize-kan RTM? Nak tambah lagi kerugian Kerajaan? Sebagai stesen penyiaran percuma hasil pendapatan utama RTM masa tu dah tentu bergantung kat penjualan iklan. Nak lawan Media Prima..mintak mahap la. Kalau sekarang ni je RTM besar kerak dari periuk.. dah corporatize nanti apa bezanya? Dah tentu kalau ada income pun cukup-cukup cover gaji KP dan pegawai-pegawai kanan je sebab gaji diorang dah tentu naik mencanak-canak..silap-silap kerajaan kena inject kasi tambah. Tengok apa jadi kat KTM? TM bolehlah tahan sikit pasal perkhidmatan dia bukan percuma..kena bayor..pelanggan terbesar diapun Kerajaan jugak..termasukla RTM. Kalau tak dah lama bungkus. Tapi kalau Rais nak teruskan jugak..apa-apa hal kenala buang kayu-kayu mati yang bersepah-sepah kat dalam RTM tu macam TM pernah buat satu ketika dulu.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.