Sunday, July 10, 2011

Captain America datang lagi untuk menyelamatkan kita


Che Det berkata, Amerika Syarikat (AS) kini sebenarnya sudah bankrap tetapi menafikannya kerana beranggapan ia masih menjadi kuasa besar ekonomi dunia. Berikutan itu, beliau melabelkan AS sebagai sebuah negara yang gagal di dalam ekonominya.

”AS sebenarnya sebuah negara yang gagal kerana bankrap, mencatatkan defisit berganda dan wang yang mereka ada pun adalah wang cetak.

”Tapi AS masih mahu menyangkal kedudukan mereka (bankrap),” katanya ketika menyampaikan ucaptama di CEO Forum anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana baru-baru ini.

Inilah hakikatnya yang berlaku kepada AS dan hari ini Hollywood terpaksa menerbit kembali filem Captain America sebagai usaha propaganda mereka untuk dibenamkan dalam minda anak-anak kita bahawa Amerika masih gagah dan kuat.

Inilah strategi halus supaya kita tidak mudah terlupa dengan Amerika yang gagah itu maka filem-filem yang menonjolkan kegagahan mereka pun diterbitkan.

Itulah peranan Hollywood yang sebenarnya tidak seperti penerbit-penerbit filem tempatan kita yang lebih gemar menerbitkan filem-filem hantu dan syaitan untuk menakut-nakutkan anak-anak kita supaya minda mereka menjadi jumud dan mundur.

6 comments:

  1. Dari dulu samapi sekarang Tun Madey tak henti henti mengutuk Amerika. Apa masalah Tun Madey ni? kalau tak kutuk Amerika tak boleh ka? Kenapa nak ikut Chevez, Mugabe dan Castro? Tun Madey ni agaknya geram kerana Amerika tak pernah bagi award apa apa pun dgn dia. Cuba kalu Amerika sokong dia dapat Nobel Peace Prize-baru mulut dia sengap.

    sri hartamas

    ReplyDelete
  2. TDM saja yang tergagah di seluruh dunia ni. Lakonannya yang terbaik untuk tontonan anak-anak kita.

    TDM masih bermimpi untuk negara Kerala menguasai dunia macam Empire Majapahit dan Sri Vijaya dahulu dan buatkan semua orang ikut bermimpi Mat Jenin.

    Ooi!. Bangun le. Dah masa pi sekolah ooi.


    Oleh -Pandikutty.

    ReplyDelete
  3. Hanya Anuar Ibrahim sahaja dan pengikutnya yang menjadikan Amerika Syarikat sebagai Kiblat dan Father Sam...dan tenpat meminta bantuan/pertolongan..Amerika tu yahudi dan yahudi Amerika....

    ReplyDelete
  4. orang tak tahu memang menyangkal kata kata Tun Mahadir tu , bagi yang tahu , mereka kata memang benar , US memang dah tak ada duit ... ada kebenaran ...Wahali bloger , siasat lah , pekara ini , dr maklumat sy memang benar , sy tak dengar kata Tun , tapi sy dpt maklumat lain dari nya ..

    ReplyDelete
  5. Walau camana pun keadaan Amerika, mereka akan terus berpura-pura, berbohong, memfitnah, khianat, menganiaya, menzalimi, menipu dan sebagainya. Mungkin itulah yang dikatakan dajal. Tapi bila direnung kembali, apa bezanya dengan perangai Tun Madey dan Najib dengan Amerika? Penuh hipokrasi. Tinggal lagi Tun Madey kelihatan macam cerdik walaupun bodoh dan Najib nampak sangat bodohnya walaupun cuba berlagak cerdik. Cara menangani BERSIH pun dah terkial-kial camana nak berperang dalam PRU 13? Dah tentulah nanti semua sifat Amerika tu akan di apply bagi menjamin kemenangan. Tun Madey kutuk Amerika saja nak bagitau rakyat yang dia masih lagi ada power walaupun tak berkuasa. Selama ni pun ada Amerika kisah? Hanya media pengampu je yang lambung Tun Madey tinggi- tinggi. Bila nak jumpa George Bush pun kena pakai pelobi dan tak pasal-pasal kena pow di pelobi yahudi. Najib pun sama jugak. Yang tentu sama kedua-dua kaki perabih duit rakyat. Buat slogan pun habis duit berjuta-juta. Jangan ceritalah bila buat projek. Atas permukaan dan atas kertas memanglah nampak cantik tapi semuanya hampeh. Rakyat jugak yang tanggung. Tu pasal dengan selamba Tun Madey cop orang Melayu mudah lupa. Sapa kata? Berhimpunnya rakyat pada 9 Julai menunjukkan Tun Madey dan Najib yang mudah lupa bahawa rakyat tak lupa hak mereka ada dalam perlembagaan tetapi disorok oleh Tun Madey selama 22 tahun dengan perkudakan mahkamah, polis dan KDN. Udah lah tu. Kebatilan tetap akan dihapus oleh kebenaran.

    ReplyDelete
  6. Itulah hakikatnya Mummy Rokiah, penjajahan Barat tidak pernah berakhir. Mereka datang dalam pelbagai bentuk hingga kita tak sedar bahawa itulah penjajahan. Barat buat filem sampah juga, banyak filem mereka yang dibawa masuk ke sini boleh dikelaskan sampah. Tapi sampah mereka bukanlah seperti filem-filem sampah kita yang berkisar tentang hantu dan jembalang. Atau gangster tak cukup umur. Filem sampah mereka ada racun yang boleh memutarkan kepala otak orang kita menyanjung mereka. Sementara filem sampah kita hanya layak dibuang ke longkang. Rais Yatim kata, contohilah filem KL Gangster kerana kutipannya box office. Bagaimana filem kita nak bagus kalau menteri yang jaga industri filem pun dua kali lima.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.