Banyak dasar-dasar Kerajaan BN dan UMNO di Kedah yang diteruskan oleh Kerajaan PAS di bawah MB Ustaz Azizan.
Yang terbaru adalah tindakan Kerajaan PAS Kedah untuk meneruskan satu lagi dasar murni UMNO dengan menutup pusat-pusat hiburan pada bulan Ramadan seperti kenyataan MB Ustaz Azizan sendiri.
Ustaz Azizan mestilah bertegas dan tidak berganjak dengan dasar ini. Malah kalau ada sekali pun kutu-kutu miang yang keterlaluan nafsu mereka suruh sahaja mereka pergi ke sempadan.
Ini telah membuktikan acaun dasar pemerintahan BN yang lepas ternyata amat menepati dengan kehendak pemerintahan Islam PAS sendiri.
Bezanya BN atau UMNO tidak menggunakan perkataan Islam sebagai jenama parti mereka tetapi landasan perjuangan kearah menegakkan Islam melalui pendekatan yang lebih lembut, bijak, cermat dan berhemah ternyata tidak pernah diabaikan.
Hakikatnya sesiapa juga yang memerintah negara ini terpaksa akur untuk meneruskan dan mengguna pakai 'template' yang telah digubal oleh BN dan UMNO.
Mereka yang tidak boleh menyesuaikan diri dengan’template’ ini hanyalah rakan karib PAS iaitu DAP khasnya Karpal Singh.
Seharusnya PAS 'membunuh' sahaja DAP dan selepas itu langkah sahaja mayat Karpal Singh seperti mana kehendak Karpal sendiri jika PAS berhasrat menegakkan syiar Islam dalam negara ini.
Dalam perkembangan semasa MR sangat berharap pembangkang Kedah BN dan UMNO supaya tidak capoi mulut membangkang isu ini.
Adalah lebih baik diam sahaja di dalam isu ini kerana tersilap membangkang UMNO akan terkangkang dengan menentang dasar murni mereka sendiri.
Dan yang lebih merbahaya silap-silap membangkang rakyat akan melihat mereka sealiran dengan Karpal Singh khasnya cakap-cakap Johari Baharum dan Ahmad Bashah Abu Hanipah.
"Kadangkala adalah lebih baik diam dari melalut tak ketahuan punca, takut-takut memakan diri mereka sendiri (siapa makan siapa?)" kata seorang ustaz.
Konklusinya UMNO harus bersyukur dasar mereka diteruskan oleh Kerajaan PAS Kedah dan mereka berada di atas landasan yang benar.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
kalo kita berdiam diri dan guna akal...orang akan sangka kita bodoh....
ReplyDeletetetapi jika kita bersuara dan cakap kita itu tak mendatangkan faedah maka sah(comform)sangkaan orang yang diri kita bodoh.
mat bashah dengan johari baharom tu bukan cerdik sangat...lebih baik sikit dari baghal saja.
2 kali pru aku ngundi parlimen titiwangsa.
2 kali pru aku ngundi dun hulu bernam/parlimen hulu selangor.
Insyaalah...pru kali ni aku ngundi dun kola nerang/parlimen padang terap.
harap2 umno tak letak calon bewak gabok yg bau hapak kali ni.
umno dulu kini dan selamanya.
kalo nak tunggu BN laksanakan mmg lmbt, syukur PAS berusaha martabatkan Islam...
ReplyDeletedasar utk tegakan,kukuhkan,dan tingkatkan syiar islam seharusnya disokong bulat oleh penganut islam,
ReplyDeletejangan kita peduli si kafir-kafir yang mengganggu gugatkan islam,mereka2 ini akan dihumban kedalam neraka, manakala umat islam di hisab dahulu amalan nya....
PAS punyalah kecut telok dgn kapal sing.
ReplyDeleteUMNO menipu bangsa dan ugamanya sendiri dengan tidak melaksanakan peraturan dan undang2 semata mata berkepentingan peribadi - hari ini tembelangnya mereka dipecahdkan azizan.
ReplyDeleteKalau DAP dapat paksa Kedah tarik balik - UMNO tidak boleh tuduh PAS takut atau patung kepada DAP kerana UMNO dulu pun sama.
UMNO hanya bertopengkan ISLAM sahaja ada undang tak nak laksanakannya.... itu masalah utama dah 1997 lagi undang2 nie ada...
ReplyDeletemai azizan dia cuba nak laksanakan dan akan cari kaedah win2 situation...
nah sekarang dah dapat...hgpa nak melalak...melalak laa janji jgn bagi org ISLAM masuk melalak sama...
Jika dijumpai org ISLAM dalam pusat sekali dgn pusat sekali dgn org tu akan diambik tindakan undang2...
Jadi skrg siapa yg menang politikal millage... UMNO masih melopong dan terus melopong.....
masing2 ade pendapat masing2... jom tengok blog saya... :)
ReplyDelete