Saturday, August 27, 2011

Siapa yang rugi kalau Esso Malaysia dijual

Apabila Exxonmobil masih memilih San Miguel Corporation (SMC), syarikat Filipina dengan tawaran RM614.3 juta untuk menjual Esso Malaysia serta mengenepikan Boustead Holdings Bhd, syarikat kepunyaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera pada harga RM1 bilion lebih tinggi dari nilai yang ditawarkan oleh SMC, ada sesuatu yang tidak kena di sini.

Perjanjian kedua-dua belah pihak telah termaterai pada 17/8/2011 lihat San Miguel yang lalu manakala Menteri MITI, Datuk Mustapha Mohammad di dalam kenyataannya semalam menyatakankan pihaknya sehingga hari ini masih belum menerima sebarang permohonan rasmi berhubung penjualan Exxonmobil daripada kedua-dua entiti tersebut.

Jelasnya, kedua-dua entiti yang terlibat dalam penjualan dan pembelian itu perlu mematuhi peraturan sebelum mendapat kelulusan rasmi daripada MITI untuk melupuskan dan membeli aset dalam negara ini.

Dalam perkembangan lain Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa sementara Kerajaan tidak boleh campur tangan dalam urusan transaksi perniagaan, kementerian akan berbincang dengan MITI untuk melihat bagaimana ia boleh membantu.

Apapun hasil dari nikmat kesuburan ekonomi negara ini tidak harus tergadai dan rakyat negara ini berhak mengecapinya setelah 54 tahun Merdeka. Sesiapa yang mengambil kepentingan dalam transaksi ini adalah penderhakaan kepada rakyat negara ini.

LTAT bukan sahaja terdiri dari bekas anggota yang menentang Komunis di dalam hutan tetapi hari ini mereka juga mampu berjuang dengan hebat dalam dunia korporat.

7 comments:

  1. esso akan kehilangan ramai pelanggan runcit yg tau bahawa esso akan dipunyai oleh sebuah syarikat pembuat minuman keras luar negara. org islam malaysia pastinya tidak mau faedah @ saham dosa memakmurkan rezeki pembuat arak. kalau urusniaga ini kekal, esso memang nk rugi. bnyk lg syarikat minyak boleh jd pilihan rakyat malaysia...

    ReplyDelete
  2. Dalam perniagaan perlu ada kesabaran. Biarkan sahaja Esso Malaysia di jual. Jual minyak bukan macam jual ayam goreng. Di Malaysia ni pemain Industri ini ialah Petronas,Shell,BHP(LTAT ada saham), Mobil& Esso. Sekiranya di beli mereka terpaksa menukar jenama setesyen minyak mereka. Pengguna di Malaysia ni pelik sikit. Bila tuang minyak dia akan pergi ke Shell atau Petronas. Kesimpulannya.Steseyen minyak baru tidak mempunyai tarikan pengguna Malaysia. seperti mana yang di alami oleh stesyen minyak projet satu masa dulu. dan pada masa ini peluang LTHT ambil alih lebih baik.

    ReplyDelete
  3. Puan MR, saya setuju penjualan aset stratejik milik esso ni akan merugikan negara sekiranya terlepas kesyarikat gergasi dari Pilipina. Kerajaan mesti tegas mengahalang penjualannya kepada syarikat San Miguel. Kenapa tiada option untuk syarikat tempatan, saperti Petronas Dagangan atau minat/tawaran dari LTAT. Mesti ada agenda yang tidak baik kerana esso ni dah lama di Malaysia, kenapa tak boleh kenang budi oranag2 Malaysia berniaga disini ? Kalau di US, puan ingat tak kisah Dubai World nak beli kepentingan aset pelabuhan besar disana, telah mendapat tentangan hebat dari semua pihak termasuk ahli2 kongress mereka. Dalam jangka panjang sekiranya Kerajaan Malaysia membenarkan aset ini dijual kepihak asing, memang biol lah... malas nak cakap2 lagi.

    ReplyDelete
  4. Apa masaalahnya? Yang nak beli itu Mahathir, melalui anaknya Mirzan didalam San Miguel. Kalau tak tahu juga elok diam saja.

    ReplyDelete
  5. Pulau Batu putih..Tanah KTM kat Tg Pagar dah hanyut..! Wilayah Iskandar kat johor tak tau sapa monopoli..!
    Ni Esso Malysia pulak nak terlepaih kat Filipina..sikitt..sikitt org dok gerit..! esok nie sedaq..Malyaaysia pulak nak kena juai..! Yang sesetengaH rakyat Malaysia dok tak paa..tak paaa...Malysia aman..boleh cari makan lagi...! Habis sangat dok Teriak HIDUP MELAYU..!!!!!! Jadi pak Pandir..MENANG BERSORAK KAMPUNG TERGADAI..!

    ReplyDelete
  6. Dinadam..! hang kutip tang mana fakta tu..berapa persen Mirzan ada share dalam syarikat tu.. bagi la bukti2 sahih sikit kami nak check..kalau setatak nak cakap mcm tu...sapa pun boleh cakap...!

    ReplyDelete
  7. pak long,kenapa lah koh ini masih tidak tahu bahawa smc syarikat arak di filipina itu di kuasai oleh anak mahathir,koh melayu masih tidurkah diatas pokok seperti filem do re mi...itu lah koh ini penyokong seumur hidup UMNO...kan presidin pertama filipina dan presidin indinesia pernah berikrar bahawa mereka akan menubuhkan malindo di asia jadi sekarang UMNO dengan pangundi di semananjung telah mendaftar kan mak dan pak indon manakala disabah mak dan pak filipin bah ngam lah bah itu koparat diambil ahli oleh syarikat filipin,nanti tidak lama lagi mas akan diambil oleh garuda.....padan muka kamu melayu tidak pandai dengar cakap....

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.