Tuesday, February 21, 2012

Kedudukan Melayu hari ini seperti nyawa ikan.

Apa juga forum yang dianjurkan hari ini baik Perkasa, JATI atau mana NGO berteraskan Melayua dan Islam semuanya meluahkan kerisauan tentang survival Melayu dan Islam dalam Negara ini. Semalam dalam forum Perkasa bersama Tun M pun tidak sunyi kedengaran kegusaran tersebut.

Melayu semakin risau apabila mereka tidak menjadi tuan lagi dalam negara ini, dan bibit-bibit tersebut sudah mula nampak sedikit demi sedikit selepas PRU12 2008 yang lepas.
Untuk melihat survival Melayu pada masa hadapan seharusnya kita melihat bagaimana sikap dan ‘wajah’ generasi Melayu pada hari ini.

Mereka terpisah jauh dengan sejarah, mereka terpaksa bersaing untuk mendapat tempat di university, sebagai pelajar university khasnya pelajar-pelajar jurusan Islam emosi mereka mudah diusik dengan isu-isu jangka pendek, mereka bergelumang dengan hutang PTPTN, mereka dijanjikan oleh Kerajaan pinjaman untuk belia berniaga tetapi realitinya jauh dari nyata, masa mereka lebih tertumpu dengan Facebook dan kurang bermasyarakat, politik bagi mereka adalah pemainan kotor seperti najis, mereka terhibur dengan rancangan-rancangan realiti TV, itulah generasi Melayu hari ini.

Apa pun hari ini adalah pelancaran JATI oleh Hasan Ali, satu lagi NGO non-politik yang ingin berjuang menegakan Islam, Melayu dan Raja.

Berbagai penawar cuba diubati Melayu yang sedang sakit dan koyak rabak ini kesan dari Pak Lah dan menantunya KJ, sama-sama lah kita bergerak atau yang ingin menunggu, tunggulah apa akan jadi PRU13 nanti.

6 comments:

  1. melayu yang dikuasai umno zionis sahaja yang melarat.

    melayu dinegeri pakatan senang lenang..

    ReplyDelete
  2. Sape yang buat Melayu sekarang spt nyawa-nyawa ikan? Melayu PAS ke??????....Sorry le Mummy....lu syok le sendiri berjuang bersama-sama NGO-NGO yang pro UMNO tu.Lepas ni lu akan lihat Melayu -melayu ni akan bangkit....begitu????? Mummy...lu tau yang merempatkan melayu la ni UMNO lah...Melayu yang kaya raya tu sapa????? Toke-toke UMNO.Yang menjadi Perdana Menteri tu Sapa????? dari dulu lagi....Semua nya dari kelas FEUDAL. Ada anak petani dan Nelayan menjadi PM?????? Sorry mummy. Dia orang dah susun dah siapa yang nak dilantik sebagai PM.Anak-anak bekas PM didahulukan.Anak petani dan nelayan sory beb....

    ReplyDelete
  3. Pak Lah dan KJ dah berlalu. Najib dah diberikan laluan sejak 3 tahun lalu. Sepatutnya Najiblah yang mesti bertanggungjawab diatas kemungkaran sekarang ini. Atau MR ni nak bodek najib saja.

    ReplyDelete
  4. melayu-melayu kepala batu ni la yang akan merosakan masa depan generasi akan datang. Fikiran mereka dah di rasuk hingga tak mampu lagi nak berfikir secara normal.Mereka ini seperti berkhayal dan tidak berpijak di bumi nyata.Berfikirlah secara bijaksana supaya anak cucu kamu tidak menyumpah kamu di kemudian hari.

    ReplyDelete
  5. Bangunkan kawasan Melayu Dalam Bandar,Guna segala Kekuatan yang ada untuk ramaikan Melayu dalam bandar, Bina Rumah dan Kedai untuk Kawasan Melayu dalam bandar. Ingat!!!!!!!!! Pemimpin UMNO berjuang dengan hati yang suci untuk bangsa mu!!!!!!!!!!!, Bukan hanya untuk harta dunia. Bangsa dilupakan bila ada kuasa, ambil perhatian!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. Bangunkan kawasan Melayu Dalam Bandar,Guna segala Kekuatan yang ada untuk ramaikan Melayu dalam bandar, Bina Rumah dan Kedai untuk Kawasan Melayu dalam bandar. Ingat!!!!!!!!! Pemimpin UMNO berjuang dengan hati yang suci untuk bangsa mu!!!!!!!!!!!, Bukan hanya untuk harta dunia. Bangsa dilupakan bila ada kuasa, ambil perhatian!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.