Friday, March 30, 2012

Mengapa pilihanraya sukar diramal?

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agar sukar untuk meramal keputusan pilihan raya umum akan datang kerana keadaan "agak mengelirukan". Beliau berkata pelbagai andaian dibuat mengenai sokongan kepada Barisan Nasional, dengan ada yang mengatakan ia meningkat dan ada yang berpendapat sebaliknya dan keadaan amat mengelirukan.

Apa yang pasti bukan mudah untuk BN mendapat dua pertiga majoriti kali ini. Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin pula meramalkan bahawa BN hanya akan menang mudah di tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Pahang.

Dr Mahathir sendiri tidak hendak membaca apa yang ada dalam fikiran Najib. Hakikat yang sebenarnya ialah bukan apa yang ada dalam fikiran Najib tetapi apa ada dalam fikiran rakyat khasnya pengundi.

Mungkin Najib sendiri sukar untuk membaca apa yang ada dalam fikiran rakyat. Apakah benar-benar telah berlaku pemulihan dalam parti beliau? Apakah slogan atau gagasan 1Malaysia cetusan beliau itu benar-benar memikat semua kaum dalam negara ini untuk bersatu menyokong Kerajaan beliau? Inilah diantara persoalan daripada seribu persoalan yang harus dijawab.

Rakyat diasak dengan berbagai-bagai isu oleh pembangkang dan begitu juga parti yang memerintah mengasak berbagai-bagai isu pembangkang begitu juga berbagai-bagai gula-gula telah ditaburkan tetapi sukar membaca ‘feedback’ kerana di akar umbi masih berkecamuk fikiran mereka.

Apakah Najib boleh menjanjikan jika rakyat kembali kepada BN/UMNO, parti itu tidak akan mengulangi lagi keangkuhan pemimpin mereka terhadap rakyat? Apa yang di hadapan mata rakyat ialah masih lagi berlaku bercakaran sesama sendiri keran perebutan kuasa.

Kedah yang sering diberi jolokan ‘the next Kelantan’ masih lagi tidak menunjukkan perubahan sikap kepimpinan UMNO yang benar dan ikhlas, pada hal mereka ini lah yang menjadi benchmark perubahan dalaman UMNO oleh pengundi-pengundi Melayu di negeri lain.

Walaupun pengundi-pengundi menyedari parti PAS yang memerintah Kedah langusung tidak membawa apa-apa perubahan demi kesejahteraan rakyat tetapi UMNO sebagai parti option yang ada pun masih bergayut ditakuk lama langsung tidak menampakkan kedinamikan, kreatif, menyentuh rakyat, agenda baru perubahan, pemikiran ‘out of box’ dan aura kepimpinan yang hebat setanding Tunku Abdul Rahman Al Haj, Tun Mahathir, Daim Zainudin, Tan Seri Azahari Taib, Tan Seri Khalid Abdullah dan ramai lagi anak-anak Kedah yang terdahulu yang menjadi rujukan pemimpin negeri lain.

Malah telah mula kedengaran terdapat segelintir pimpinan bahagian yang mengatakan mereka akan menghantar lima biji bas menemui Presiden UMNO tanda protes jika calun mereka tidak dipilih dalam PRU yang akan datang.

Pengundi-pengundi Cina yang terdiri dari peniaga-peniaga masih boleh mencari makan seperti biasa waima parti mana pun yang memerintah. Hanya jika mereka memilih DAP mereka ada sedikit ‘bargaining power’. Maksudnya kuasa dan kesempatan serta peluang yang sedikit untuk menyekat kuasa dominant Melayu. Ini terbukti dengan sedikit sergah sahaja perkara-perkara yang tidak diminta pun dilayan kononnya untuk mengambil hati kaum mereka tetapi mereka masih kekal tidak mengundi BN.

Kesimpulannya MENGURUSKAN KEMERDEKAAN LEBIH SUKAR DARI MENCAPAI KEMERDEKAAN.

14 comments:

  1. Salams
    Prasan PR bulan June cuti skolah.InsyALLaH

    wawa

    ReplyDelete
  2. lagi lambat lagi byk isu geng gay akan putar belit...ooo sapina kes rm 450juta bila nak terima...kenapa takut jika semua nya telus.. Pandai sapina org kena diri sendiri takut pulak..ada udang dalam mee kot ha ha mampos la kau dunia dan ahkirat ...aminnnnnn

    ReplyDelete
  3. MR; ketua bahagian mana yg kata nak hantar bas rombongan kalau calon bahagian tak terpilih jadi calon.

    Sila beri nama KB tersebut.
    Ramai yg nak kenal KB yg ego dan tak sedar diri tu.

    Biar pengundi kenal awal-awal senang rakyat nak tengok muka KB tu.

    BN dan UMNO masih samar-samar.Ada harapan tapi calon kena baguslah.

    Calon rasuah dan politik wang akan ditolak pengundi.

    Najib kena pastikan calon UMNO/BN bersih dari maksiat,zina,kaki judi,kaki betina,kaki utang along.

    Bukan semua yg pegagng jawatan utama UMNO orang ramai suka dan berkenan.

    ReplyDelete
  4. Yg nak antaq 5bji bas tu termasuk la umno bhg merbok yg ktua bhgnya gila nak jd calon. Hari ni mengamuk dlm mesyuarat perhbungan negeri. Habis semua org dia nak bgaduh. Semua xreti buat keja. Dia sorang ja yg pandai buat keja. Mampuih pengundi2 parlimen merbok kalu ktua bhg-Tajul jadi calon.

    ReplyDelete
  5. Merbok salah 1 bhg yg akan antaq 5 biji bas sebabnya ktua bhgnya gila nak jadi calon. Hari ni dia bergaduh dlm mesyuarat perhbungan ngeri kedah. Kesian kat pengundi2 dlm merbok kalu dia dicalon sebagai calon utk pru13 nnti

    ReplyDelete
  6. Mak Belalang Kedah.April 1, 2012 at 7:32 AM

    Mummy Rok;

    awat yang budak-budak tkg 6 di alok setar pejabat umno tak mau anak tun det iaitu dato mukriz jadi MB kedah.

    cuba mummy rok siasat tengok sat.depa mahu MB kedah LCE.

    ReplyDelete
  7. MUKHRIS TU BULU PUN TAK TUMBUH LAGI, BAGI LAH ORANG HAT BULU DIA DAH KERAS KERINTING ELOK JADI MB DULU. ESOK ESOK BULU MUKHRIS DAN KERINTING ELOK DIA PULAK JADI MB. LANI DIA BIAG DIA JAGA MITI DAN BHG JERLUN DULU.

    ReplyDelete
  8. orangeman:

    kompom dan sah hang adalah budak tkt 6 alor setak.

    tkt 6 ni memang tak berkenan kat mukriz.

    budak tkt 6 ni yg jadi umno kedah bungkuih pru dulu.

    depa cari makan

    ReplyDelete
  9. Yang hangpa dok dengki kat budak tingkat 6 tu pasai apa?? hampa ni tak habis dengan hasat dengki kesumat. Hampa nie semua samaada budak2 pas pis kanyiak atau budak2 pkr yang baru belajak nak mengundi. Nilai otak hampa macam otak siput sedut> Sekali sedut habis kosong tingai kulit saja.

    ReplyDelete
  10. dulu depa bungkuih tun det di kubang pasu.

    kali ni depa nak bungkui anak tun m pula.

    semua orang tau.nak mohong buat apa.

    bukan semua orang bodo.

    ahli dan penyokong umno pun tahu.

    ReplyDelete
  11. Tkg 6 ada agenda dia.

    Semua sedia maklumlah.

    Dibawah punyalah buat kerja untuk parti.

    Mereka pula lain cerita nya.

    Bila umno tak kuat dan padu.

    ReplyDelete
  12. Nak PRU 13.Apa yg UMNO Kedah buat?
    Laporan mohong je?
    Peti undi masih lena....'''''

    Ketua Bahagian ....syok sendiri.Banyak salah orang lain.

    ReplyDelete
  13. PAS yang memerintah Kedah langsung tidak membawa apa-apa perubahan..... iye lah tue.......

    ReplyDelete
  14. Bodho oghang Umno nih..takdok pekerjaang laing..ashek bergocoh sokmo pasa duik. Mapoh mu lah..dulik hape..Ganu doh kompem buleh ke Pas kali ni.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.