Friday, March 9, 2012

SBPA dah mansuh, bila lagi nak tamatkan tugas KSN?

Hari ini terpampang di dada-dada akhbar perdana tentang pemansuhan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam. Yang melucukan Utusan Malaysia membawa tajuk ‘Hadiah Untuk Penjawat Awam’, apakah cadangan yang di bawa pada peringkat awal oleh JPA di bawah KSN yang memang cadangan tidak masuk akal apabila di mansuhkan ia merupakan hadiah atau kalau diteruskan ia merupakan bala mala petaka?

Bagaimana cadangan ini boleh terlepas pandang oleh KSU-KSU, KSN dan KP?sehingga DS Najib terpaksa masuk campur dan akhirnya atas desakkan CUEPECS ia dimansuhkan. Malah lebih katon (cartoon) lagi Anwar Ibrahim pula mencanangkan kepada rakyat kerana PKR lah cadangan ini dimansuhkan.

Hakikatnya Jabatan Perkhidmatan Awam dan KSN tidak perihatin dengan sensitiviti kakitangan di bawah sehingga menjejaskan kewibawaan DS Najib yang sedang terkial-kial membina kembali keyakinan rakyat kepada kepimpinanan beliau.

Baik apa juga perkiraan samaada sedar atau pura-pura tidak sedar dasar yang ingin diketengahkan seharusnya ‘people’s friendly’ atau ‘winnable policy’ kerana PRU13 ‘is around the corner'.

6 comments:

  1. Salam..Mummy..kita dapat tak naik gaji...hehehehehehe...

    ReplyDelete
  2. Lepas PRU ni KSU dan KP sila makan pasir ye..aku syak depa ni orang pembangkang jugak yang keje kerajaan

    ReplyDelete
  3. letak jgn tak letak..he..he..he

    ReplyDelete
  4. Tok Jib kena bersihkan semua parasit2 dan musuh2 dalam selimut ni. Perlu diingat orang Nuar masih ramai di dalam UMNO dan kabinet Tok Jib, begitu juga dengan orang Pak Lah. Tok Jib mesti berhati-hati ibarat menarik rambut dalam tepung. Berebut kuasa ni tak kenal siapa malahan apa yang berlaku di Kedah cukup dijadikan satu teladan. Dah dijanjikan syurga pun oleh Nik Ajis masih nak berebut kuasa juga. Anyway, I believe Tok Jib has the wisdom and the good thing is that he listens.

    ReplyDelete
  5. Mummuy orang ramai kata kabinet cincai.

    Nasib baik SBPA batal.Kalau tidak hanyut BN PRU 13.

    ReplyDelete
  6. Ambe dok care..natang SBPA ke..SSM ke..SSB ke..sikek pun takdok kene mengene ngang ambe..hawe kite kerje nelayang..hok yang kene care harge minyok disel bakpe dekat nok same denge petrol? Nok kate bodho..sumue pegawa beso-beso belake..balik awal BN lagu nih!!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.