Saturday, September 1, 2012

DS Najib, di antara kawan dan 'winnable candidate'

Di celah-celah kesibukan sehari sebelum menyambut perayaan Hari Kemerdekaan yang ke 55 baru-baru ini sempat juga DS Najib meluangkan masa pada 30 Ogos 2012 untuk turun ke Kedah merasmikan Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian-Bahagian Kedah Selatan di Kompleks Rakan Muda, Baling, Kedah.

Bahagian-Bahagian UMNO Kedah Selatan terdiri dari Bahagian Baling, Sik, Kulim/Bandar Baharu, Sungai Petani, Merbok dan Padang Serai. Hampir kesemua UMNO Bahagian di dalam Kedah Selatan ini sedang berhadapan pergolakkan dalaman yang meruncing. Di luar lain di dalam lain. Di hadapan Najib lain di belakang Najib lain. Pepat di luar runcing di dalam.

Umum masih segar lagi apa yang berlaku di dalam perjumpaan DS Najib ketika beliau masih Timbalan Presiden di sekitar April 2008 dengan semua Bahagian-Bahagian UMNO yang kecundang dalam PRU12 di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah. Perjumpaan tersebut diadakan oleh Jawatankuasa Pengurusan UMNO yang diketuai DS Najib di dalam rangka lawatan untuk mengumpul maklumat punca kekalahan BN di negeri-negeri yang BN kalah.

Menurut lapuran Joceline Tan, The Star perjumpaan tersebut merupakan forum panas di luar nama tempat perjumpaan Kelab Cinta Sayang kerana sudah tidak ada cinta dan sayang lagi apabila mereka bersuara secara vocal dengan bahasa-bahasa yang tidak molek. Yang melucukan mereka yang lantang bercakap di hadapan DS Najib itulah mereka yang kaki sabotaj parti semasa PRU12. Untuk menutup dosa-dosa mereka kerana belot kepada parti, mereka menyalahkan kepimpinan atas kerana meletak calun tanpa berunding dengan mereka dahulu. Dalam apa hal juga mereka tidak salah. Itulah pemimpin-pemimpin bahagian di Kedah yang sedang menguasai bahagian-bahagian UMNO di Kedah. Salah seorang yang lantang bersuara ialah bekas Ketua UMNO Kulim/ Bandar Bharu Tan Seri Kadir Sheikh Fadzil yang berbahsakan ketua bahagian seperti 'tongkol kayu' kini sudah ‘talaq’ dengan UMNO dan telah berhijrah menjadi tongkol bersama pembangkang.

Mungkin atas dasar pengalaman inilah DS Najib menyatakan "Saya dah lama.... bila salam dah boleh baca. Bila genggam lagi boleh baca. Semua calon PRU kita kena lulus ujian," dipetik dari Sinar Harian.

Apapun hakikatnya kepimpinan yang ada di Kedah hari ini ialah kawan-kawan rapat Naib. Mereka yang sama-sama menjulang Najib semasa beliau menjadi Ketua Pemuda dahulu. Mereka inilah yang telah menaikkan Najib, tidur sebantal minum sekole. Seangkatan dengan Zahid Hamidi, Jamaludin Jarjis, Nazri Aziz.

Sanggupkah Najib korbankan kerjaya politik mereka ini untuk tidak dicalunkan atau Najib terpaksa pejam sebelah mata atas dasar kawan-kawan dan dicalunkan juga walaupun mereka ini ‘rotten candidate’?

4 comments:

  1. MR.
    Sayang seribu kali sayang.Apa ada pada kawan rapat Najib kalau mereka adalah penyumbang pada kruntuhan UMNO.
    Pengudi bukan ambil kira semua itu.
    Sayang seribu kali sayang seluruh pimpinan UMNO di Kedah bermasaalah.Tambah di Selatan Kedah sudah hanyut begitu sahaja.
    Apa dah jadi dengan UMNO Baling,UMNO Sungai Petani ,UMNO Padang Serai,UMNO Merbok,UMNO Pokok Sena,Sik dan termasuk bahagian lain.
    Pemimpin apakah ini sampai nak mesyuarat AJK pun tak terdaya.Memalukan UMNO sahaja.
    Ini tak masuk cerita Pemuda ,Wanita dan PU3.

    Najib sayangkan UMNO atau sayang kawan yg ibarat galas biawak hidup.

    TQ

    ReplyDelete
  2. Masaalahnya Najib di kelilingi mereka-mereka yang sudah tak boleh dipakai di kawasan. Kawan politik dengan kawan yang sebenar tidak sama. Apa guna kawan kalau boleh menjatuhkan Najib dalam kerjaya politik beliau? Kalau Najib jatuh, puak-puak ni ni belah tinggal Najib tergonteng-gonteng. Tidak ada istilah kawan setia dalam politik. Ada kuasa ada kawan, tak ada kuasa hilang kawan.
    SELAMAT KAN KEDAH.

    ReplyDelete
  3. Jadi Najib belum sedar yang UMNO Kedah dah kapuk, terlalu banyak masalah dalaman yang sulit diatasi dalam tempoh mendekati PU13. Najib terlalu jauh dari Putrajaya nak ikuti perkembangan pemimpin-pemimpin buaya di Kedah yang selagi tak dapat habuan yang memadai mereka akan sabotaj. Lagipun UMNO dah tiada pemimpin pelapis yang 'winnable', pemimpin kaki bodek dan mesti beri habuan ramai, tapi buat apa semua itu. Najib kena melalak pada mereka untuk berjuang, berkhidmat dan berjasa demi maruah, martabat,daulat bangsa dan agama Melayu. UMNO semakin dekat untuk dikerandakan dan kini harus bergantung pada mat indon, mat banggla, mat nepal, dan mat-mat lain bagi menggundi mereka.

    ReplyDelete
  4. Tepat.

    Ramai boya=boya dalam UMNO Kedah.
    Najib tak sedar lagi ke.
    Boya ada.Samseng ada.Bodek pun ada.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.