Wednesday, September 26, 2012

Guan Eng angkuh. BN akan buat kacau kalau PR menang pilihanraya ini - kata Syed Husin Ali



Pendedahan percakapan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I, Mansor Othman di TV3 yang mengatakan Lim Guan Eng sombong dan angkuh “Guan Eng macam tokong you know to the Chinese, you cannot deny that, he is just like a tokong, itu yang buat dia orang sombong, very-very angkuh and arrogant” mengambarkan sikap kepimpinan LGE yang sebenarnya.
Ini ternyata membuktikan Melayu di dalam PKR sendiri telah tersepit dan tidak mudah untuk dibawa berbincang, parti PAS dan Keadilan ditunggang seperti kuda lumba apabila kuda sudah tidak kuat kuda akan ditembak mati.
Apapun senario politik Pulau Pinang sukar untuk berubah. Cengkaman kuku DAP berserta pembelot-pembelot penyokong Gerakan dan MCA yang berpaling tadah sukar dikesan.
Di dalam perkembangan lain di dalam wawancara dengan sebuah akhbar, Dr Syed Husin Ali menafikan pandangan  apabila PR kalah dalam pilihan raya, mereka akan buat kacau kerana PR tidak ada alat untuk buat kekacauan. Sebaliknya beliau berpandangan jika PR menang besar kemungkinan BN yang akan membuat kacau.Pengalaman beliau semasa dalam tahanan katanya ada pegawai penyiasat yang memberi amaran kepadanya.
Syed Husin mungkin lupa selama ini pun merekalah yang kerap membuat kacau dengan menganjurkan demonstrasi jalanan sehingga menjejas perniagaan perniaga-peniaga di jalan Tunku Abdul Rahman.
Hakikatnya Syed Husin masih dibuai mimpi lama kesan trauma penahanan dalam Kem Kemunting.

1 comment:

  1. Macam mana demonstrasi jalanan boleh menjejas para peniaga? Betullah dalam tempoh 3 jam berdemontrasi ada sedikit 'gangguan' dalam urusan berniaga. Peniaga bukan Melayu tak gaduh pun, sama juga peniaga korporat Melayu pun tak komplain. Yang komplain peniaga Melayu yang bergantung sangat pada Menteri Usahawan/UMNO.
    DAP memang kuat di PP, jangan cemburu dan mamak PP dan UMNO PP lagi cemburu.
    PAS pun kuat di Kelantan, UMNO cukup cemburu dan mati kutu dengan keadaan itu lalu menyelar PAS jika boleh setiap hari di media massa.
    Apa hal kaitkan Syed Husin dengan kejatuhan berbilion ringgit peniaga kecil kerana demonstrasi?

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.