Sumber Visual : Sinar Harian |
Setiausaha Agung Vateran UMNO Malaysia Datuk Mustapha Yaakub berkata, bagi
mengelakkan aktiviti sabotaj, Veteran Umno Malaysia mencadangkan senarai calon
diumum awal supaya mereka yang tidak dicalun dapat dipujuk supaya menyokong
rakan mereka yang dipilih.
Kononnya ia akan memberi kelebihan kepada pucuk pimpinan
tertinggi agar dapat mengambil satu tempoh
masa bagi memasang strategi untuk menyejukkan
bahang panas calon yang tidak dipilih.
Persoalannya siapakah mereka yang akan sabotaj kalau
tidak di kalangan Ketua Bahagian UMNO sendiri yang cukup berpengaruh di
kalangan kelompok mereka sahaja kalau mereka tidak dicalunkan. Mereka ini
berpengaruh kerana berkuasa mengagihkan peruntukkan yang beri atas perlantikan
Penyelaras Kawasan Parlimen. Mereka inilah yang sedang mendabik dada menyatakan
mereka adalah ‘winnable candidate’. Jika mereka tidak dicalunkan pastinya
mereka menuntut habuan sebagai ganti, mungkin sebagai Senator atau menduduki
mana-mana jawatan dalam GLC atau agensi-agensi Kerajaan. Pujukan tanpa habuan
samalah seperti dendangan lagu cinta berahi tanpa asmara.
Dalam erti kata lain kesetian kepada perjuangan parti
UMNO kini semakin terhakis dan bakal lupus dalam masa yang terdekat. Tidak ada
lagi istilah kesetiaan kerana mereka yang setia kepada parti tidak mengharapkan
habuan dan tidak perlu dipujuk kerana mereka tidak pernah merajuk dalam
perjuangan.
Apakah slogan UMNO Dulu, KIni dan Selamanya masih boleh dipakai?
No comments:
Post a Comment
Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.