Friday, September 28, 2012

Kepada Tuan Guru Nik Aziz, cukuplah sekadar lelong tongkat



Pic : Harakah

Di dalam riuh-heboh Anwar Ibrahim bergentayangan dengan jet mewah ke Sabah bersama Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli di dalam masa yang sama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini terpaksa melelong tongkat sakti berwarna gelap yang digunakan sejak sekian lama untuk mencari sekupang-dua dana Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Nik Aziz berkata, sebelum ini wakil PAS Pusat memaklumkan kepadanya mahu mengumpul dana bagi tabung menjelang PRU13 dan meminta beliau melelong barangan tertentu.
“Bagi tujuan itu hari ini saya mengisytiharkan akan melelong tongkat saya ini untuk membantu mengumpulkan dana yang dimaksudkan,” katanya.
Dr Hatta di dalam jet mewah
Harapan ahli-ahli PAS  cukuplah setakat Tuan Guru Nik Aziz melelong tongkatnya jangan sampai dilelongnya jubah, serban dan ketayap biar benang masih melekat di badan Tuan Guru. Membiarkan Tuan Guru Nik Aziz melelong tongkatnya adalah satu tindakan yang sungguh memalukan PAS.
Secara simboliknya Tuan Guru sudah patah satu kaki, rakyat akan melihat PAS seperti melukut di tepi gantang di dalam komponen Pakatan Rakyat. Rakyat akan hilang keyakinan dan kewibawaan kepada PAS kerana mereka melihat PAS adalah parti sengkek dan pokai. Bagaimana nak menawan Putrajaya jika parti nak bertanding pilihanraya pun terpaksa mengorbankan tongkat kesayangan Tuan Guru Nik Aziz.
Dr Hatta sebagai Bendahari PAS seharusnya meminta sedikit dana dari Anwar Ibrahim untuk dibahagi-bahagikan sumbangan George Soros dengan parti PAS bukan setakat naik jet mewah makan angin sahaja. Beliau dikira gagal sebagai Bendahari jika tidak berupaya mencari dana yang cukup untuk PAS meghadapi PRU13 yang akan datang.
Semoga PAS mengelakkan pemberian dana Yahudi, George Soros.

5 comments:

  1. Mesti mahal tongkat tu.
    Ingat dulu orang berebut nak dapatkan tongkat Sukarno?
    Sampai ada yang mati!nansas

    ReplyDelete
  2. Melihat kejujuran dan keikhlasan Tok Guru menyebabkan saya begitu tersentuh...malangnya bila keikhlasan itu tetap dipolitikkan biarpun dalam nada yang berbagai..memang kalau Kerajaan PAS, PKR dan DAP ingin menggunakan hasil bumi Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang sebagai dana PRU sebagaimana yang digula-gulakan oleh DS Najib dlm Bajet 2013...tetapi sebagai pemimpin yang bertanggungjawab mereka membuktikan betapa berbezanya hak rakyat dan hak parti...tidak seperti UMNO yang menggunakan hak-hak rakyat sekaligus membazirkannya..kini rakyat kian celik dan membuka mata kecuali mereka yang hatinya telah hitam dengan memakan wang haram...

    ReplyDelete
  3. teringat aku akan pesan ustaz jika hendak menderma berilah barang yang paling kita sayang.

    ReplyDelete
  4. Nak bina jambatan pon paw duit rakyat...
    Itupon kalo jd. Bina...kalo x?
    Bagi duit ceramah kat artis rm50 000...
    Tu pon ceramah fitnah burukkan sesama islam...
    Pastu mintak derma lagi atas nama islam tp masuk kocek...

    Puiii

    Nk buat dana parti pon
    Duit studen oversea pon kena paw...
    Puiiiii

    ReplyDelete
  5. Abby Abadi nak lelong coli mesti Pak Lebai PAS berebut nak beli...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.