Thursday, September 20, 2012

Suhaimi Samsudin menyelamat bas pelancung



Suhaimi Shamsudin, 44 seorang pekerja penyelenggaraan Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang sempat berlari menahan bas pelancong yang membawa puluhan warga asing dari dihempap pokok akibat tanah runtuh di jalan menuju ke Batu Ferirnghi. Beliau juga nyaris dihempap pokok semasa menjalankan kerja-kerja pembersihan tanah runtuh di kawasan itu.

Suhaimi bukanlah nama besar atau penjawat jawatan tinggi tetapi jasa dan keberanian Suhaimi harus mendapat pengiktirafan yang sewajarnya dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang atau Kementerian Pelancongan Malaysia kerana berjaya menyelamatkan bukan setakat pelancung tetapi nama negara ini.
Struktur rupa tanah di Batu Feringhi dan Tanjung Bunga Pulau Pinang sebenarnya telah berubah dan rosak akibat dari kerja-kerja gondol pembangunan di atas bukit yang seperti sukar dikawal lagi. Keindahan dan kecantikan destinasi pelancungan Batu Ferringhi dan Tanjung Bunga sudah tidak seperti dahulu lagi dalam sekitar 70an – 80an.
Pulau Pinang yang sering digelar Pearl Of The Orient nampaknya menghadapi masa depan yang sukar untuk mempertahankan gelaran ini.
Entah berapa lama lagi kecantikan Batu Feringhi dan Tanjung Bunga dapat bertahan juga sukar diramalkan. Wallahualamm.

1 comment:

  1. Sebelum merdeka perancangan bandar diambil oleh penjajah yang meskipun menjarah kekayaan negeri PP tapi mempunyai hormat kepada alam sekitar. Selepas merdeka Perikatan/UMNO/BN mengambil alih pembangunan PP, agak tiada pengalaman tapi mulai rakus mulai tahun 70an ke atas kerana untuk pembangunan manusia dan hartana dalam konteks tanah di PP ini tidaklah begitu besar tapi mempunyai pesona pulau mutiara. Dalam tempoh 50 tahun habis tanah baru dan hutan digondol atas nama pembangunen, agama, bangsa dan negara walaupun disembunyikan hasrat nak mencari keuntungan maksima(kapitalisme). Apabila timbul kesedaran rakyat maka disalahkan pada rejim terbaharu iaitu PR atau tepat lagi DAP sehingga dikelirukan yang segala kesulitan sekarang adalah angkara DAP padahal mengikut fakta/sejarah rejim BNlah yang banyak melaksanakan pembangunan rakus selama 50 tahun sudah.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.