Friday, November 2, 2012

JENTERA PENERANGAN UMNO KEDAH LUMPUH! KALAU KECIL HATI JANGAN BACA POSTING INI.

Katanya bayaran kajian ini belum dibayar kerana individu yang kena bayar prestasinya No2 tercorot.
Sempena lawatan DS Najib ke Kedah baru-baru ini MR sempat ronda-ronda pre-pilihanraya di beberapa kawasan panas di Kedah sebagai memenuhi jemputan kaki-kaki lama dan bertemu rakan-rakan baru di Daerah Kuala Muda dan Langkawi.
Ramai yang memuntahkan pandangan mereka bahawa mesej, media strategi, psywar dan maklumat penerangan UMNO Kedah ternyata lumpuh dan tidak bergerak. Ada seperti tiada. Nak kata tidak ada tetapi budget dok melata.
Banyak maklumat dan penerangan Kerajaan pusat seperti Budget, Lapuran Audit dan mesej PM tidak dikunyah secara bijak untuk disampaikan kepada masyarakat di bawah khasnya pengundi atas pagar. Jika ada pun semuanya dari usaha penerangan UMNO pusat.
Mereka faham bahawa Ketua Penerangan, Jamil Khir Baharom sibuk tugas-tugas menteri tetapi apa hal pulak dengan Timbalan dan AJK yang ada? (Berikut adalah senarai Jawatankuasa Penerangan UMNO Kedah - Dato’ Seri Jamil Khir Baharom – Pengerusi, Dato' Haji Mohd Zubir Saad - Timbalan Ketua Biro Penerangan, Bassori Abu Hassan-Setiausaha Biro Penerangan, Dato' Bakri Ali Mahamad - Urusetia Biro Penerangan, Hajah Sharifah Maznah Syed Kasim - Ketua Biro Penerangan Wanita, Nor Saidi Nayan - Ketua Biro Penerangan Pemuda, Cik Azifah Abd Rahman - Ketua Biro Penerangan Puteri) Apakah jawatan-jawatan ini dipikul untuk memanaskan kerusi atau cukup dengan membuat kerja-kerja hemoy tebalmuka terkerising depan PM sahaja. 
Hanya apabila Pak Menteri Najib turun padang mengetuk seperti tukul mengetuk paku baru masing-masing kelam kabut buat sibuk tunjuk muka kepada PM atau sedang menunggu nama naik sebagai calun baru kalut ingin mengorek jamban kerana nak terberak.
Menurut sumber, terdapat segelintir malah ada di kalangan bloggers dan UMNO sendiri pun sudah tidak berani membuat teguran kerana bimbang dilabel melawan arus dan takut nama mereka dicantas sebagai calun. Lidah-lidah tajam yang bersuara lantang selepas Kedah jatuh kini bisu kerana mulut mereka sudah dipalam dengan ganjaran yang lumayan.
Sesungguhnya memang ada kebenaran bahawa kekuatan UMNO dan BN kini hanya ada pada Najib sahaja manakala soldadu-soldadu dibawah khasnya di negeri taklukkan Pakatan Rakyat diibaratkan seperti ‘the injured soldiers’. Soldadu-soldadu yang cedera parah selepas berperang, ada yang patah tangan, ada yang patah kaki, ada yang beku minda malah ada yang sawan bercakap sorang. 
Kedah mesti berubah. 'SHAPE UP OR SHIP OUT' END

4 comments:

  1. Mummy:

    Setuju.Kenapa jadi begitu.
    Antaranya:

    1.kemut segala RM yg diturunkan
    2.takut bayang-bayang sesama sendiri.
    3.semua nak buat sorang-sorang
    4.pemimpin umno diseluruh Kedah adalah kumpulan ayam daging.
    5.penarangan dibahagian lembab dan kosong.
    6.tenaga penceramah cukup banyak di Kedah.Tapi tak reti guna takut bayang.
    7.Ramai bekas MB.Timbalan Menteri.MP,EXCO.ADUN ,Senator.
    Ahli Parlimen.Kumpulan Profesional pro UMNO/BN tak digunakan.
    8.PAS/PKR serang UMNO/BN setiap malam.UMNO relek lagi.Pekak telinga.Masih dok kira projek sendiri.
    9.Penerangan dicawangan tak bermaya langsung.
    10.UMNO Kedah belum ada strategi yg mantap disemua peringkat.
    11.Tidak ada kesatuan yg kuat.Ada bahagian masih bertokak dlm senyap-senyap.

    Setuju apa yg Mummy kata.Kita sahaja yg sayang dgn UMNO/BN.Yang pegang amanah dan jawatan masih belum sedar diri lagi.

    Barangkali cadangan dan terguran pihak yg sayang UMNO di tong sampahkan sahaja.

    kalau tak mampu undur sahajalah.

    PRogram syok sendiri sesama se3ndiri belum tamat lagi.

    ReplyDelete
  2. Tak ckup vitamin kot....

    ReplyDelete
  3. Mungkin keadaan begitu sama dengan di negeri-negeri lain. Asakan parti alternatif/pembangkang PR telah berjaya meyakinkan pada sebahagian besar rakyat bahawa kepimpinan UMNO yang hanya sedap pada 'Ketuanan Melayu' tapi sebenarnya menganut kroni-kapitalisme yang menguntungkan elit UMNO aje. Dengan khabar PR dah masuk Johor, kubu kuat UMNO dan UMNO pasti ghaplah dan benggong. UMNO pun dah tiada pemimpin yang berkaliber muali dari Najib sampai ke ke bawah Mereka cakap asyik hembus retorik kosong, main sentimen bangsa dan agama dan main pemimpin PR sebagai pro-Barat, proYahudi dan sebagainya sedangkan pemimpinnya asyik sebat rasuah.Rakyat dah mula cerdik kecuali ada golongan mak cik FELDA dan golongan persara gomen, polis, tentera.
    Jadi buka Kedah aje yang bakal melihat UMNO tumbang habis negeri lain juga ke arah proses itu.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.