Hari ini di pagi Jumaat yang mulia MR berkesempatan ‘breakfast’ dengan blogger Tok Senawi dan kami berbicara panjang lebar tentang gerakkan pluralism dan liberalism sehinggalah berlarutan isu kenyataan kontroversi Nurul Izzah tentang tiada sekatan beragama.
MR kagum dengan Tok Senawi yang betul-betul memahami kandungan Bible berbagai-bagai versi kecuali versi lama Barnabas yang disorok oleh penganut Kristian kerana di dalamnya ada menyatakan kedatangan Nabi Muhammad SAW.
Di bawah MR petik tulisan dari blog Tok Senawi www.toksenawi.blogspot.com response kepada kenyataan Nurul Izzah yang MR kira hujah Tok Senawi merupakan satu hujah yang jarang diketengahkan.
Siapa yang tidak rasa tercabar apabila ada seorang yang kononnya IMAN beliau cukup hebat secara terbuka - membuka ruang agar orang Islam juga diberikan hak atau kebebasan memilih agama. Kenyataan yang jelas bertentangan dengan ISLAM!!.
Kalau Nurul Izzah rasa beliau sudah muak atau mual dengan segala keindahan Islam, beliau seorang sudahlah yang sesat jangan pula nak diheret orang Islam yang lainnya.
Kenyataan Nurul Izzah mendapat tepukkan gemuruh puak-puak kristian kerana kepada mereka, kini usaha-usaha gerakan Kristianiti lebih jelas dan terbuka luas jika ada pemimpin seperti Nurul Izzah dan idola de-facto PR, Brother Anwar Bin Ibrahim aka BABI.
Kristian tidak pernah menyuruh penganutnya memilih mana-mana agama dan tidak juga membuat kenyataan seperti Nurul Izzah.
Mereka tahu bahawa Bible melarang penganut mereka menukar agama sebagaimana yang tersebut dalam Book of Deutronomy (13:6-10)bahawa:
(6)if your brother,the son of your mother, your son or your daughter, the wife of your bosom, or your friend who is as your own soul, secretly entices you, saying, Let us go and serve other gods, which you have not known, neither you nor your father,(7)"of the gods of the peoplewhich are all around you,near to you or far off from you, from one end of the earth to the other end of the earth, (8)"you shall not consent to him or listen to him, nor shall your eyes pity him, nor shall you spare him or conceal him; (9) "but you shall surely kill him, your hand shall be first against him to put him to death,and afterward the hand of all the people. (10)"And you shall stone him with stones until he dies....
Kerana MATI adalah hukuman kepada mereka yang menukar anutan.
Kalau dah terang dan jelas begitulah penjelasan Bible tentang menukar anutan, kenapa kita - merujuk Nurul Izzah, yang "katanya" Islamnya atau imannya kukuh, pula setuju bahawa hak memilih agama terbuka kepada semua termasuk kepada umat Islam???.
Kepada orang Kristian, ini merupakan bonus bagi mereka untuk mengkristiankan orang-orang Melayu yang mana lemah pegangan Islam mereka.
Sudahlah pegangan agama sendiri lemah, dek kerana nak sokongan bukan Islam dalam PRU, agama sendiri nak digadaikan.
TS semakin takut dengan perkembangan dalam PR ni, mereka memang tidak boleh diharap untuk membela Islam dan jauh sekali membela bangsa.
“If you know the enemy and know yourself, you need not fear the result of a hundred battles. If you know yourself but not the enemy, for every victory gained you will also suffer a defeat. If you know neither the enemy nor yourself,
ReplyDeleteyou will succumb in every battle”
― Sun Tzu, The Art of War,
Kita harus berani bersuara kerana Islam telah mula diattack secara halus sedikit demi sedikit.
MR kagum dengan Tok Senawi yang betul-betul memahami kandungan Bible berbagai-bagai versi kecuali versi lama Barnabas yang disorok oleh penganut Kristian kerana di dalamnya ada menyatakan kedatangan Nabi Muhammad SAW.
ReplyDeleteActs 9:20-31
Sebenarnya Saul tukar name ke Paul ada hubung kait dengan Pharisee [Guru Agama Jerusalem] dan Sanhedrin [sekumpulan Guru Agama Jerusalem] di buat orang Kristian marah di Damsyik kerana dia menganiaya Stephen dan orang Kristian yang lain dengan kuasa dari Paderi yang tertinggi di Jerusalem. Apabila dia tukar menjadi orang baik Kristian semua orang tak percaya malah menganiaya dia. Barnabas bawa Paul ke Apostles di Gereja dan menjelaskan apa Paul dengar dan nampak Jesus Christ yang menyebabkan dia tukar agamanya.
ada ke yang dihukum bunuh orang yang dah murtad di malaysia ni?
ReplyDelete1. MR, saya rasa komentar yang diberikan oleh Anonymous (Acts 9:20-31) tidak tepat dalam konteks topik yang dibicarakan.
ReplyDelete2. Saul yang disebut oleh beliau bukan bertukar agama dari Kristian kepada anutan lain, sebaliknya Saul masuk Kristian.
3. Oleh yang demikian apa yang diperkatakan itu tidak tepat!
4. Demikian juga dalam konteks topik yang kita bicarakan. Ini jelas memperlihatkan kedangkalan Anonymous dan Nurul Izzah dalam memahami anutan atau agama serta kitab masing-masing.
Tok Senawi,
ReplyDeleteSaya rasa anom ni translate verse itu word by word itu pasal dia gelong dari fakta sebenar.
Di planet kita ada sejumlah lebih 6 bilion umat manusia yang semuanya diciptakan oleh Tuhan. Terdapat sekureng-kurengnya 4 agama besar, Kristian, Islam, Hindu, Buddha dan banyak lagi agama kecil seperti Yahudi dan juga sejumlah signifikan golongan yang tidak percaya agama/Tuhan. Jadi di atas planet ini dah wujud pluralisme agama tanpa ada satu pengawal dominan dan secara tak langsung juga di planet ini dah ada semacam liberalisme Islam kerana Islam pun dah berpecah banyak dan ada yang kata lebih dari 73 fahaman dari Sunnah wal Jamaah al rasuah, Taliban, Hanafi, Wahabi, Darul Arqam Islam ala PAS, ala UMNO, Muhammadiah, alah Muhamad Ali, Ismailite dan tak termasuk lagi yang sonsang atau sonseng. Semua umat dah rasa hidup harmoni meskipun telah berperang antara satu dan yang lain dari satu tempoh ke satu tempoh lain, namun lebih banyak bergaduh walaupun telah diajar oleh setiap agama harus hidup harmoni antara agama.
ReplyDeleteJadi apa yang dikhuatiri dengan realiti dunia? Macam tak tahu realiti profil agama manusia di atas dunia. Ada banyak cerita yang tidak akan disenangi jka terdedah dengan pandangan yang kita harus lebih terbuka. Kes Nurul adalah satu yang dikira yakin dan berani sama juga seperti Kassim Ahmad yang berani berpendapat bahawa warga Islam Malaysia lebih mengguna tafsiran Hadis daripa dokumen yang lebih unggul, yakni al-Quran. Kita harus memperjuangkan isu yang lebih besar seperti melawan kezaliman, rasuah, ketidakadilan terhadap rejim yang korap.
Seperti Anuar Ibrahim respons kenapa tidak heboh daripada orang berkenaan apabila Mahathir ada tegur janggut Nabi Muhamad dan tiada pisau cukur atau Abdullah Badawi menyentuh seperti dengan orang Melayu boleh mengubah agama?
Benar spt kata kawan diatas. Manusia ni memang klu boleh tu nak bebas sebebasnya macam tidak ada had, tidak ada tuhan dan mungkin juga tidak akan mati. Tetapi hakikatnya semua orang akan mati termasuk awak! So bila dah mati bagi kami orang Islam akan ada hari pembalasan @ the judgement day. So klu i buat baik, buat apa yg tuhan suruh spt Solat, puasa, zakat, buat baik dgn manusia lain tidak kira agama pastinya syurga menanti.
ReplyDeleteTapi klu i buat apa yg tuhan larang spt tak solat, tak puasa buat zalim kpd orang lain cthnya jadi terroris, makan rasuah dan macam2 lagi lah yg pada pemikiran kita salah dan songsang - spt LGBT mcm yg Anwar Ibrahim suka atau tukar agama spt yg Nurul pula suka- pastinya klu mati I akan masuk neraka.
Jadi kita ni sebanarnya bertanggungjawab atas apa yg kita buat. Mana ada dlm dunia klu kita buat baik atau jahat semua terima dosa atau pahala.
Mahathir tegur janggut maka dia bertanggungjawab di akhirat kelak. Siapa pun tak blh tolong dia klu dia kena hukum! Cuma tindakan dia hanya melibatkan dia seorang! Tapi bila buat kenyataan bg pihak orang ramai dan yg disetujui itu pula ialah supaya sembah yang lain dari Allah, ini perbuatan yg tidak akan diampun Allah. Orang yg ckp mcm ni kompom dah neraka dia!!
Bakar rumah sendiri tidak sama dgn pakat ramai2 bakar rumah sekampung.
Salah ke kenyataan Nurul Izzah itu bahawa kita tidak boleh memaksa sesaorang itu untuk menerima sesuatu agama termasuk agama Islam ? Dalam erti kata lain boleh ke kita memaksa umat manusia untuk beriman ? Soalan yang harus kita faham disini ialah ‘Boleh ke kita guna paksaan (untuk menerima Islam)’ dan bukan ‘Harus ke kita beri kebebasan memilih (agama)’. Surah Yunus Ayat 99-100, Allah telah berfirman yang bermaksud “Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman? Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah (melalui undang-undang dan peraturanNya); dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami (perintah-perintahNya). “ Dari Surah At-Taghabun Ayat 12 pula “Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk), kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah Allah) dengan jelas nyata”. Berdasarkan Ayat2 Suci Al’Quran ini, salah ke kenyataan Nurul Izzah itu ? Atau kita sendiri yang hendak salah fahamkan kenyataan Nurul itu ? Sama2 lah kita tanya diri sendiri.
ReplyDeleteMR.
ReplyDeleteNak harap Pas dah jual agama.
Nak harap pak lebai Pas pun dah tak boleh harap
Pas ialah parti haram halal ,halal haram.
Dulu cakap lain .sekarang cakap lain.
Yg mana boleh pakai.
PKr lagi teruk.Dah jadi rojak.Semua benda ada dalam dia.
UMNO pula belum habis syok sendiri.
Pada siapa lagi tempat Melayu berteduh.
Semua parti Melayu dah rosak teruk.