Sunday, November 25, 2012

RAKYAT KEDAH DITIPU HIDUP-HIDUP

Di dalam pembentangan Bajet 2013 pada 20 November 2012 MB Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak menyatakan hasil Kerajaan Negeri akan meningkat sebanyak RM40 juta melalui hasil perolehan caj air kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 
Kerajaan Kedah menjangkakan kutipan hasil negeri pada 2013 akan meningkat dari RM550 juta pada 2012 kepada RM640 juta. Peningkatan sebanyak RM105.6 juta ini bakal diperolehi dari hasil premium tanah di Langkawi, Alor Setar dan Bandar Baharu serta bayaran jualan air mentah kepada Syarikat Air Kedah Darul Aman (Sada) dan Kerajaan Pulau Pinang.
Dalam perkara yang sama Lim Guan Eng pada 24/11/2012 terkejut beruk bagaimana Kerajaan Kedah boleh mengeluarkan angka ini sedangkan tiada sebarang persetujuan dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang malah jauh sekali memasukan peruntukan tersebut di dalam Bajet 2013 mereka. 
Lim Guan Eng yang juga selaku Pengerusi Penang Water Authority Holding Bhd telah melenting (corky cocky & arrogant) dan cukup bertegas di dalam hal ini. Katanya di dalam sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris “I’ve never met any Kedah official to discuss such a deal and there is no way we will ever agree to pay for water which flows into the state. If there is any confusion, it is on Kedah’s side.” 
Tegas Guan Eng lagi “..as a matter of procedure there must be a (proper) document before you can table any anticipated revenue in the budget. You cannot just make up a number”. 
Mengikut tafsiran, konsep bajet ialah - ‘satu pernyataan hasil dan perbelanjaan bagi sesuatu tahun (hadapan) yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber-sumber ekonomi negara untuk memenuhi keperluan rakyat dan negara’ 
Melihat percangahan, konflik dan keserabutan kenyataan kedua-dua Kerajaan di atas ini jelas membuktikan Bajet 2013 Kerajaan Kedah yang dibentangkan baru-baru ini ternyata ia merupakan satu belanjawan yang tidak ada intergritinya dan tidak berlandaskan fakta malah jauh untuk diterima pakai sebagai dasar, matlamat dan strategi Kerajaan yang akan dilaksanakan di dalam tahun budget, 2013. 
Bagaimanakah satu angka hasil perolehan dimasukkan dari sumber kewangan yang tidak jelas dan tepat atau figure that pluck from the sky. Malah yang lebih mengeciwakan ialah bajet ini jika diterima ia merupakan satu pedustaan yang amat besar kepada rakyat negeri Kedah. 
Walaubagaimanapun Kerajaan Negeri Kedah masih lagi ada masa untuk mendesak Kerajaan Pulau Pinang supaya membayar hasil air ini dan jika gagal mereka gagal tindakan menyekat air harus dilakukan. Jika masih gagal pimpinan PAS menanggung dosa kerana menipu rakyat.

3 comments:

  1. MR,
    "Cocky" ,bukan Corky.

    ReplyDelete
  2. Husam musa masukkan angannya royalti minyak, azizan masukkan bayaran air - tiada beza.

    Sudah biasa pas akan menawarkan sesuatu yang di luar kawalan mereka, apa nak hairan minyak dan air, syurga pun mereka 'offer' pada ahli dan penyokong serta pengundi. Kalau tak setuju, sebulu dan sehulu dengan mereka, ditawarkan pula murtad dan doa k.o

    ReplyDelete
  3. Ala Pak Lebai Pas memang kaki mohong.
    Ceramah Pak Lebai Pas kena pujiGuan Eng.

    Itulah ceramah Pak Lebai Pas diKedah.
    Punya kecut teloq dgn Guan Eng.

    Kerajaan Pak Lebai Pas memang kaki mohong.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.