Monday, November 26, 2012

REMUK-REDAM HARAPAN UNTUK MELIHAT MUTU BOLASEPAK NEGARA MENINGKAT

Semalam Harimau kecundang di tangan Singapura 3-0. Pagi ini segenap penjuru orang ramai bercakap, berdiskusi, berdialog dan bermonolog meluahkan kekeciwaan mereka akibat kekalahan ini. Kesudahannya apa nak buat nasib tak ada, bola itu bulat.
Semua tahu bola itu bulat, cuma mereka mula mempersoalkan kewibawaan jurulatih Rajagopal. Satu ketika Rajagopal dijunjung dan disanjung semasa ketibaan di KLIA membawa kejayaan juara Piala Suzuki. Bukan setakat ganjaran yang diberi tetapi pengiktirafan juga diberi.
Datukship yang digendong Rajagopal hari ini ternyata berat seperti batu lesung sambal belacan. Memang mutu bolasepak negara ini macam yo-yo ada ketika naik ada ketika menurun tanpa satu penjelasan yang kukuh. Mungkin mengikut angin dan musim.
Mengimbau kembali kenangan FAM, MR ingin memetik tulisan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj di dalam buku Looking Back m/s 135. 
Beliau menulis - “..when I first became President of the Football Association Of Malaysia, which had two or three Indian members. At every meeting they would find cause to quarrel among themselves. At one session when the situation got worse than ever. I had to shout and bang the table for them to stop talking, exclaiming “I have the greatest admiration for Mr Gandhi dan Mr Nehru”.
The late Mr Se Singam asked : “What have they got to do with our meeting?”
I retored, “At least they can control 500 millions Indians, and I cannot even control the two of you”. That fixed it – from then on, they were very quiet- comparatively speaking. 
Itu lah pengalaman berharga Tunku betapa sukarnya mengemudi FAM. Generasi hari ini mungkin sudah lupa jasa Tunku menganjurkan Kejohanan Bolasepak Piala Merdeka pada tahun 1957. Satu kejohanan yang cukup berprestij yang mendapat penyertaan bukan setakat dari negara Asia Tenggara tetapi juga negara-negara Timur Tengah.
MR ada beberapa naskah koleksi buku Looking Back, tulisan Tunku. Kepada pelajar universiti yang berminat sila email kepada mamirokiah@gmail.com untuk 10 naskah pertama percuma. Nyatakan nama, alamat, IC dan universiti.

2 comments:

  1. MR,
    Saya berpendapat mutu bolasepak kita tidak akan kemana. Kerana kita guna acuan seperti kelab Inggris kita akan berakhir seperti England yang mana kelab mereka lebih bermutu dari pasukan negara mereka.
    Pemain lebih condong memburu imbuhan.Tulisan Tunku Abd Rahman sungguh melucukan.Dalam maknanya.

    ReplyDelete
  2. Ada pendapat mengatakan kini kepimpinan FAM yang telah berada di persada selama 30 tahunlah yang mungkin menjadi penyebab sebenar kecorotan mutu bola sepak Malaysia. Tak masuk lagi faktor rasuah yang boleh merosak pemain-pemain kita. Apa pun kepimpinan FAM harus mengubah kepada kepimpinan Malaysia. Kepimpinan kini sedar mereka kelabu asap, bahalol dan tak boleh memberi apa-apa inspirasi yang dan motivasi bermain untuk negara dan bukan untuk wang ringgit saja.
    Lihat Rajagopal yang bertahan bahawa setelah kalah teru dan memalukan Harimau akan bangkit! Logik apa ni? Kalu dia ada harga diri dia pasti belah dan letak jawatan. Muka tebal kerana habuan duit beb! Tap kepimpinan FAM sekarang pun kena belah cepat, tidak cerita frus menonggeng yang lagi benggong ini akan berulang lagi.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.